Posts

Showing posts from October, 2010

Piala Malaysia 2010 - Apa yang Puas Dan Tak Puas Hati

Semalam terjawab teka teki sapa juara piala malaysia 2010..Tahniah Kelantan aku ucapkan.. Apa pun seperti biasa post mortem sket..apa yang aku puas dan tak puas hati tentang game malam semalam.. Puas Hati Aku rasa game malam semalam cukup menghiburkan..dah lama giler aku tak tengok game mcm tu..terkenang zaman2 azman adnan, subadron aziz, sapa lagi..haaa..fandi ahmad..dollah salleh..matlan marjan..zanal abidin hassan..korang kenal ker diaorang nih..apa lagi google lar.. Sambutan penyokong..mmg superb..bagus la penyokong kelantan..bukan senang nak tgk liga malaysia semeriah nih..silap2 kebiasaannya org tgk liga EPL kat kedai mamak lagi meriah berbanding perlawanan liga malaysia.. Aku puas hati tul ngan komen coach kelantan- Sathia..mmg betul..kalo dapat sokongan pengurusan..apa yang kita nak buat..kita rancang akan jd lebey mudah.. Tak Puas Hati Err..ada lagi mercun2 yang meletup..kata kawalan ketat..tolong la ekk..harga tiket dah naik..kawalan kene lebey sket lar.. Yang ni me...

Terima Kasih !!!

Image
Pernah wat aduan..kali aku nak citer pasal aduan aku buat..tp yang aku berterima kasih..aduan aku ni diambil tindakan pantas oleh pihak BPH..apa tu BPH..haa..google2..jgn malas2.hehe.org govt tau la.. Sket pun diaorang tak pandang remeh aduan aku nih..So..jgn sesekali wat sangkaan buruk pada perkhidmatan kerajaan!!..hehehe..emosional plak..anyway..TQ.. DOMO ARIGATOU !!

DOA

Kali ni nak berpesan-pesan sket..untuk aku dan juga pembaca semua..Soalan : Lepas solat , kita ada amik masa untuk berdoa x?? Aku tergerak nak tulis entri ni sbb aku merasakan tanggungjawab aku untuk sama2 bg nasihat..td lepas solat jumaat..berapa ramai meninggalkan masjid tanpa membaca doa..dulu aku pun macam tu..mcm cepat2 jer nak kuar masjid...tp kadang2 tu takde apa nak kejar punn.. Cuba la kita pk2 balik..apa sangat kita nak kejar tu. takut jalan jem..takut kereta kita block kereta orang??.betul ker kita ni dah cukup bagus sampai tak perlu nak mintak pertolongan dari Allah.. Aku memerhatikan mmg ramai org yang tinggalkan ruang solat tanpa doa..pada aku.. kalu tak sempat nak baca follow imam..tadahla tangan kita..baca doa kita sendirik..aku rasa kita mmg sama2 lemah..sering lalai.. So lepas ni..sama2 la amik masa sket berdoa..tak rugikann.. 

Aku tak Terkejut....

Image
Aku tak terkejut pon kalo survey (Utusan Malaysia) dapat result macam ni..Hebat bukan??..nak gelak?? nak salahkan orang?? Ibu bapa for sure la diaorang balik-balik salahkan guru.. Subjek Sejarah bukan hafalan semata-mata ..kena hayati sket..jiwai sket..mcm subjek Agama Islam..mcmmana kita ingan rukun2..niat2 seme tu..kita hayati kan..same concept la tu.. Tp apa pun aku berbangga..Anak aku 3 thn lebey tu ..bila ada nampak bendera malaysia..tiba2 dia ckp..'Babah..tgk tu..1 Malaysia !!' dengan lenggok pelatnya..patriotik sungguh..hahaha.. Wahai Ibu bapa sekalian..sesekali buat la soklan cepu emas kat anak2..Abang long..bila ekk negara kita merdeka? Tgk apa jawapannya...Jgan nnti ...tiba2 anak tu menjawab..Merdeka? Eh..X tahu pun bila kena jajah..fuhh..haru biru...heheheh

Gores Dan Menang !!

Gores dan menang..ungkapan biasa kita dengar kan..biasanya bende ni orang akan pandai negatif ..tp dlm dok cite negatif tu dah ramai rupanyer dah tertipu..tp kita ingat 'Gores Dan Menang' ni pun berevolusi..modus operandi pun berubah-rubah..kalo dulu kompem agen2 ni akan tunggu kat mana2 ATM tak pon stesen LRT or Station Bas..skang ni diaorang kat mana ekk??..meh aku nak kongsi dua cerita.. Cerita Pertama Mcm ni..ada grand opening pasaraya baru kat taman equine..so kebetulan aku cuti..n wife pun kerja masuk petang..lepas antar anak2 g nursery..aku pun singgah la jap..tgk2..apa yang best kat situ..then..ada satu lot kedai tu..uihh..ramainye orang..pastu aku di sapa oleh seorang mamat..'bang..bang..singgah jap bang..abang nak beg recycle free x?' aku n wife aku pun layan jer laa..ikut mamat tu duduk kat ruang lot kedai dia larr....mamat tu ckp 'bang n kak dengar je apa saya ckp..then wat survey sket..nnti saya bg free gift beg recycle'..mamat tu pun mula la mene...

Nikmat Lupa

'Lupa' tu benda tak elok ker? Negatif sangat ker? Betul ker kalo kita lupa maka kita akan dikutuk habis-habisan..mmgla kan sapa tak marah..kalo kita dah betul2 pesan kat somebody utk bwk sesuatu..pastu lupa plak..pesan dah berkali-kali..tp still lupa gak.hangin la kita.ok2..cukup mukadimah.. Nak kongsi sket ..Bln Mei lepas aku ada attend course dengan sorang Dr ni..dia kata..'manusia ni tak sedar bahawa  'lupa' itu juga satu nikmat dari Allah'..Semua org yang attend mcm terpinga-pinga..apa benda plak la Dr. ni merepek nih..then dia ckp.. Cuba bayangkan yang kita ni mmg tak diberi nikmat lupa..kita tak bole lupakan mimpi ngeri kita.kita pernah eksiden langgar lembu..jumpa hantu ker...kita tak bole lupakan yang kita pernah dimarahi oleh cikgu kita..kita tak bole lupakan pemergian bf or gf yang kita sayangi dulu..atau apa sahaja perkara yang kita rasa kita nak lupakan la..kan dah jadi satu bebanan tuh..sebab itu Allah kurniakan nikmat lupa!!... Ye tak...

Patut La Tak Dapat !!

Audit: K'jaan persekutuan terlebih belanja RM4.83b Kerajaan persekutuan telah terlebih belanja RM4.83 bilion tahun lalu. Ini merupakan defisit kedua tertinggi selepas tersasar bajet operasi RM5.7 bilion pada tahun sebelum itu. “Ini menunjukkan masih terdapat kelemahan dan perancangan kewangan dan pengurusan,” petik Laporan Ketua Audit Negara 2009 sambil menekankan bahawa perbelanjaan sepatutnya hanya dilakukan selepas mendapat kelulusan. Laporan itu juga mendedahkan 11 agensi - termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jabatan Perkhidmatan Awam dan 10 kementerian telah berbelanja melebihi bajet operasi mereka sehingga sebanyak RM3.61 bilion. Ketua Audit Negara juga mendapati 15 kementerian dan agensi terlebih berbelanja RM3.74 bilion bagi 42 projek di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan. Senarai teratas adalah Kementerian Pertahanan yang terlebih belanja RM2.03 bilion untuk tiga projek, diikuti oleh Kementerian Pelajaran ((RM927 juta untuk empat projek)...

Bencana dan Indonesia

Masa kejadian Tsunami kat Acheh ari tu..masa ratusan ribu nyawa terkorban..kita mmg insaf sekejap.. Bila ada suara2 yang mengatakan itu Bala dari Allah..maka timbul plak pelbagai spekulasi.. Ada yang kata bkn hak kita nak 'hukum' kan Acheh la dan macam2 lagi.. Tp pada aku..kita yang tak di uji dengan dugaan mcm tu..patutnya bukan nak cari kesalahan org..walaupun mmg akhir2 ni..sket2 jer bencana yang melanda indon..mgkin wat kita ttanya tanya mengapa Indon.. Pada aku..kita sepatutnya ambil iktibar dengan lebey mendalam..mgkin antaranya.. 1. Solat 5 waktu kita cukup ker.. 2.Macamana dengan mengaji..ada baca Al-QUran sehari sekali.. 3.Lepas solat ..kita baca doa betul2 x..ke x baca doa langsung..kadang2 kita ni sombong.x rasa ke kita patut mintak perlindungan. 4.Zikir? Macamana..ada buat x.. Aku pesan ni untuk diri aku sendiri gak...sering jugak lalai!!..bila senang..bila sihat kita mmg akan lupa!!..

Harga Tiket Naik tapi Sold Out Gak!!

Isu yang hangat2 tahi ayam lewat ini adalah harga tiket perlawanan akhir Piala Malaysia yang naik RM10.. Tp dlm dok protes2 tu tiket pn dah habis dijual semalam..tp kalo kita pk betul2 ..isu yang betul2 nya adalah "Ulat Tiket" sebenarnya.. Nape aku ckp mcm tu.. Oleh kerana nak senang, or sibuk bekerja..majoriti penyokong akan mendapatkan tiket melalui org tengah a.k.a ulat tiket la..so apa jadi.. bila harga tiket naik..diaorang pun up lagi la harga...n believe it or not..sebelum2 ni pun ..ada penyokong yang beli tiket mahal pada harga standard..mcm aku ckp td..nk senang..tak yah beratur panjang2..panaz2..only with one call jer... So sapa dalang ulat tiket ni..pada aku..dia akan balik semula pada cerita seperti DVD cetak rompak yang ada kat pasaran skang ni..kalo takder permintaan maka takdelah pengeluaran..senang bukan..so kalo la kita dok pakat2 beli tiket sendiri..beratur sendiri..takkan kaunter nak up lagi kot harga tiket.. Pada aku isu naik harga tiket tu sebena...

Cerita Di Sebalik Tabir - Pembaziran Terhormat

Image
* Gambar ini di ambil di sebalik tabir rumah aku , kol 2 Pagi (21 Oct 2010) waktu tempatan. *Prime Minister Office dan Masjid Putrajaya adalah 'landmark' supaya korang tahu kedudukan gambar nih. Entri kali ni bukan berniat nak memburukkan sesiapa..tp aku nak bawak diri aku sendiri dan rakan2..menyelami betapa kita sangat bertuah..dan betapa membazirnya kita.. Cerah kan..walaupun dah kol 2 pagi..aku tak suruh kita tutup semua lampu jalan..tp aku rasa kita mesti bole fikirkan satu standard pencahayaan yang selamat la.tp tak perlu terang2 sgt cam ni..Ini silap2 pilot bole silau nih!!. Ada satu bangunan tu terang benderang..n aku tak sure bangunan apa..tp for sure bkn rumah api lar..agak2 la kan..kalo dari rumah aku yang bbrapa kilometer ni bole nampak jelas..amik gambar dgn hp camera 3.2MP pun bole captured elok jer..something wrong la kan..mesti somebody kene pantau nih.. Macam ni la kan..lampu2 jalan or lampu2 bangunan tu mesti ada orang yang kene byr bil nye kan..kalo la...

Bila Masa Plak Aku Tulis Nih - Formula Menambat Hati Rakyat

Image
Aku dok cari buku nota aku..bila aku jumpa..tetiba aku ada tulis sket pasal pilihan raya.bila masa plak aku tulis nih???.ini kompem aku draf sebab nak tulis kat paper masa sibuk PRK yang lepas2.tp x kesampaian lah tu .so aku kongsi lah kat blog nih..by the way ini adalah contoh tulisan doktor yang tidak terlatih..hahaha..

Jiwang Sket - Selamat Ulangtahun Sayang

Entri kali ni jiwang sket lar..pada hari ni (27 Oct ) 4 tahun yang lepas..aku selamat diijabkabulkan.heheh.so hari ni genap la 4 tahun aku hidup sebagai suami isteri...tipu la kalo aku ckp semuanya indah belaka..x ada gaduh.. x ada selisih faham..x ada merajuk..mana mungkin kan..cuma aku rasa ..kehidupan kami masih lagi terkawal ..agama menjadi pegangan..kewarasan fikiran masih lagi di tahap yang optimum.. x de lah cerita2 sadis a.k.a yang tak masuk akal  mcm kat dalam paper nun..Alhamdulillah. Apa pun dalam perkahwinan yang berusia 4 tahun ni..terlalu byk lagi yang perlu diterokai...apa pun aku suka mengimbas kembali pada usia kita 4 tahun apa saat2 yang aku lalui.... Saat Sedih - Bila ultraman dh nyawa2 ikan..lampu merah kat badan tu dah lip lap..tambah plak kalo bapak aku nyakat ultraman tu dah nak mati.. Saat Suka ria - Bila ayah kuar g town..mmg tau dah bila balik nnti beli mainan utk aku... Saat Rasa Dunia yang punya - Bila g kedai ngan mak..mak cakap ada...

20 Rules In Any Office

1. Rule 1. - The Boss is always right. 2. Rule 2. - If the Boss is wrong, see rule 1. 3. Those who work get more work. Others get pay, perks, and promotions. 4. Ph.D. stands for "Pull Him Down". The more intelligent a person, the more hardworking a person, the more committed a person; the more number of persons are engaged in pulling that person down. 5. If you are good, you will get all the work. If you are really good, you will get out of it. 6.. When the Bosses talk about improving productivity, they are never talking about themselves. 7. It doesn't matter what you do, it only matters what you say you've done and what you are going to do. 8. A pat on the back is only a few centimeters from a kick in the butt. 9. Don't be irreplaceable. If you can't be replaced, you can't be promoted. 10. The more crap you put up with, the more crap you are going to get. 11. If at first you don't succeed, try again. Then quit. No use being a damn f...

Kemusykilan Yang Remeh - Korang Perasan x ?

Pagi2 ni .. tiba2 terpk kemusykilan yang remeh..yang mungkin org ckp tu pun ko pk ker..tp takperlah..kepada yang ckp mcm tu aku harap2 sgt respon dr diaorang supaya 'kemusykilan' aku ni terungkai..Korang perasan x : Kalo kita g Mydin , tulisan  yang tulis kat label2 harga (ala..yang tergantung-gantung tu la..) Tulisan dia sama jer..mcm tulis ngan marker jer..tak mcm di printkan pon..tp g la mana2 mydin kat pelusuk negara nih..sama jer..atau mmg ader mesin printer khas?..atau ader orang yang terlatih kena tulis font yang sama untuk semua Mydin? Pegila mana2 Giant kat mesia ni..ramai yang datang adalah dr Kaum Cina naper ek..kalo pasaraya lain nampak yang datang tu lebey kurang sama jer.. Orang kata beli barang basah kat pasar malam (bukan pasar borong) lagi murah berbanding g kat Tesco , Mydin or seangkatan dengan nya..betul ker..atau kita tertarik dengan 'crowd' jerk.. Cukupla 3 kemusykilan untuk edisi pasaraya nih...mmg ni pun aku terpk masa naik LRT pg tadi..heh...

Perlu ker Majlis Penyampaian Sijil / Diploma / Ijazah a.k.a Konvokesyen

Aku tak berkesempatan nak naik atas pentas terima diploma dan ijazah aku.so tak merasa la pakai jubah tuh...bkn sbb atas2 masalah kesihatan..or sbb x pass ker..tp rezeki aku lain macam sket..aku g belajar kat jepun..so untuk diploma n ijazah aku..biasanya wakil setiap fakulti jer pergi ambil naik pentas..yang lain tu tgk jerk kt bwh pentas..mmg budaya or tradisi di Jepun mcm tu..n bila ckp konvo tu x de la semeriah aku tgk kat mesia nih..kat sana cepat je konvo tu..silap2 untuk2 budak2 yg grade setiap tahun tu sekerat ari jerk..mmg pantas.. Sabtu lepas aku g memeriahkan majlis konvo adik ipar aku kat UTM Skudai..mmg mcm2 gelagat la aku tgk..tp ada 2 kemusykilan larr...mgkin memerlukan jawapan... Nape la harga sewa jubah tu mahal benor..spi RM160 tuh..kalo takut org curik bwk balik..guna la sistem letak deposit..RM 200 ker..tp sewa letak RM50 dah la..kompem org tak curik bwk balik.. Sessi amik gambar lepas konvo ..kelam kabut...terkejut aku ..alaf yang moden sebegini..x yah lah nak...

Tahukah Anda - Apa Faedah Tidur Berbantalkan Dengan Lengan Suami?

Cerita diambil drpd email seorang teman; Dari bancian ke atas 10 ribu pasangan yang berkahwin (sumber kajian MOHEMA -) hanya kira-kira 45% sahaja isteri yang tidur berbantalkan lengan suami selepas 3 tahun berkahwin. Dan hanya tinggal 21.7% sahaja isteri yang masih tidur berbantalkan lengan suami selepas 10 tahun usia perkahwinan. Tahukah kaum isteri, bahawa hormon bau phero yang di rembes dari ketiak lelaki/suami boleh mengaktifkan hormon wanita/isteri hingga mereka merasa damai dan tenang. Sebenarnya hampir 65% bau badan lelaki/suami datang dari celahan ketiak dimana kelenjar phero paling aktif. Jadi para isteri semua, ketepikanlah bantal-bantal anda, tidurlah di atas lengan suami hingga ke pagi, hampirkan hidung di celahan ketiaknya, tidak di nafikan anda akan peroleh pengalaman yang cukup rilex dan tenang, ianya tanda bahawa bau phero suami anda sedang bertindak balas dengan kelenjar hormon anda. (pengalaman ini hanya perempuan sahaja yang tahu bertapa asyik dan rilexnya)...FA...

Budak-Budak Sekolah

Ada 3 kejadian yang melibatkan budak sekolah membuatkan aku mmg terkejut tahap gaban la.. Masa dlm LRT aku tgk budak sekolah , pakai baju sekolah , mengorat seorang awek ni..aku rasa awek tu confirm la lagi tua n nampak mcm dah bekerjaya pon..cara mengorat mcm la diaorang dah besar panjang dah.. Masa aku tunggu wife aku kat klinik..aku park kete aku kat depan bus stop..kat bus stop tu ada dua orang budak sekolah tgk isap rokok..tp membelakangi jalan la..tp aku lagi terkejut sebab kat depan bus stop tu ada balai polis!!!.. Nak dijadikan cerita gak..masa tu gak ada sorang budak pompuan n budak lelaki dok lepak..tetiba pompuan tu bukak tudung..n suruh laki tu ikat rambut dia..n pakai balik tudung tu..aiii...pelik2..selama ni tak reti ikat rambut sendirik ker... So..skang ni ...aku tak salahkan sapa2..melainkan mak bapak diaorang..adoi...ada diaorang concern ke.. tolong la ekk..aku harap sangat aku bole handle anak aku jgn jadi mcm ni !!

Jangan Carik Penyakit !

Tak nak komen panjang..klik ke lah link ni . Tak yah susah2.. Dah tahu dah jawapan dia..korang tunggu je lah.. Yang lepas dah kene " TAK BERMORAL" Kali ni silap2 "TAK BERTAMADUN" Plak..Adios

Nasihat Buat Semua Doktor

Kali ni nak bercerita sket ttg doktor..aku yakin sgt..bila kita sakit..mesti kita ke klinik atau hospital..ye lah zaman dah moden..bukan mcm dulu2 agik..jumpa tok bomoh or ustaz mintak air penawar..tapi oleh kerana byk sgt klinik - klinik skang ni.. so maknanya dah byk la..doktor kat pasaran kita skang ni... Aku bukan nak menyoal kredebiliti seorang doktor..apatah lagi nak mempersoalkan tahap kompentensi diaorang..yang mana bukan bidang kepakaran aku pun..tp sebagai patient..kita sama spt customer lain..yang mempunyai hak masing2..so aku ada sedikit nasihat utk mereka yang mana aku pk kan kalo dapat diguna pakai..maka kualiti servis mereka mgkin akn lebey bagus...Antaranya : Pada aku doktor kene lebey sensitif dgn pesakit..korang selalu tak kena tnya ngan doktor.."Encik/Puan ada demam x?"..dia sbgai doktor aku rasa diaorang kene ubah sket cara pertanyaan tuh.korang tak rasa ker diaorang yang patut check kita demam ke x ? Especially kalo melibatkan anak kita..selalunya sok...

Modified Kereta - Antara Yang Mengelirukan dan 'Poyo'

Kalau cerita bab modified kereta ni..mmg la kaum adam x dapat dipisahkan..aku bukan anti- modified kereta..jgn salah faham ..tapi pernah tak terlintas bila kita nampak satu2 kete yang modified..x byk perkataan yang kita ucapkan..antara nya..( pergh lawa siott atau poyo la mamat tu atau pun ish kompius la tgk kete nih)..sedar tak?..kalo kereta tu mmg modified lawa gila..sampai jatuh cinta pandang pertama..aku tak nak komen lagi.mmg category pandai modified la..tapi aku nak category kan dua jenis kereta yang dah modified... Kategori Mengelirukan Abis semua lampu ..signal di 'smoke' kan..sampai signal yang dok elok warna kuning tu jadi itam dah..tak ker mengelirukan org lain.. Lampu signal tu ..dari kuning tukar plak warna merah..mgkin la dia tak tukar bulb tu..di cuma modified casing dia..so bila ambil signal..nampak warna merah yang lip lap..adoi... Pki lampu HD yang x ikut std.. yang ni x salah aku ada spec yang dikeluarkan oleh JPJ or PUSPAKOM..tp kalo dah sampai menyaki...

Camana nak bg tak boring dengan hp yang sedia ada?

Sekaramg ni dah byk sgt hp kat pasaran..yang canggih n macam2 lagik..tp korang pernah terpk x kalo kita dah ada hp yang ada kamera 3.2MP , ada wi fi..ada 3G..perlukah kita nk tukar hp kita..walaupon br pkai dlm setahun..aku tak kata kita tak bole tukar..tp pengalaman aku lar..belum kita optimum kn penggunaan hp tu kita dh sibuk nk trade in..tul x..? syarikat hp kompemla keluar hp baru setiap bulan or setiap tahum..yerlah itu bisnes diaorang.. aku rasa la mgkin ada cara yang boleh kita rasa yang hp kita tu still bole maintain or up to date compare dgn hp baru yang kat pasaran...antara nya... Pastikan kita sentiasa update hp kita..pengalaman aku..hp nokia (yg ada 3G/Wifi or yang seangkatan dgn XpressMusic la) kalo kita update..byk feature baru yang bole kita pakai.. Cari aplication baru dalam OVI (Nokia) ..byk game or application br yang bole kita dload secara free dlm OVI ni..ala..cari warung mamah yg ada wifi..beli teh ais segelas..dload la pa yg patut.. Feature original yang sedi...

Cerita 3.1 Billion

Ari ni dlm utusan dlm ruangan rencana..ada orang tulis pasal 3.1 billion tuh.baca sini . aku tak sure dia penjawat awam atau tidak.Tp yang penting isi yang ingin disampaikan ialah..penjawat awam x yah dok sibuk2 mintak bonus..menafikan hak orang lain la..n bla..bla..biasalah..bab bonus penjawat awam ni mmg panaz sejak2 yang tak dapat bonus nih.. Tp pd aku dia hanya pk bende negatif shj..sbb dia merasakan penjawat awam tak layak dpt bonus..kerja tak bagus la..apa la..lebey sudu dari kuah la..merasakan 3.1 billion tu untuk rakyat la..pelik kan..Apa tiada langsung ke sumbangan penjawat awam kpd rakyat selama ni..apakah 3.1 Billion tu tak wajar diberi pada penjawat awam.. aku mmg tak dapat jawab la..tp ..yang aku tahu.. ada penjawat awam yang buat kerja lebey dari apa dia patut buat...si penulis kena paham..dekat swasta lain..u kerja lebey..u dapat lebey..govt lain sket..benefit swasta pun lain..medical semua superb!!..mana main2 beratur kat klinik kerajaan n...

Perlu ke ada forum/debat/ ulasan lepas pembentangan Bajet 2011?

Bajet 2011 slamat dibentangkan semalam. Aku cuma mampu ckp syukur alhamdulillah walaupun biasa la lumrah manusia, mesti ada yg x puas ati! Tul x? Tp yg plg menarik pd aku, siaran tv sibuk dok tyg forum la, debat la, ulasan la , lps pd pembentangan tu. Pd aku la..mcm dh tlambat je.Ia ibarat kalu kita dh dijodohkan oleh kluarga, pastu br tnya kita setuju ke x ngan pilihan famili kita? Amacam? Setuju ? Pastu aku pn bersimpati gak ngan respon org ramai! Especially psl rm500 tu la.betul gak, bknnya x pndai bsyukur, tp kalo anak dh ramai, camana beb? Apa pun aku cdgkan pasni, abis je belanjawan satu2 thn tu, adakan satu rancangan, mcmana kita nk meneruskan idop kita ngan budget yg dibentangkan oleh govt kita! Br membantu sket.stakat nk dgr luahan, kuar air mata drh pun x dpt ubah satu sen pun! Wallahualam

Defensive Driving

Pernah dengar defensive driving x? setahu aku cara driving mcm ni  mmg memenatkan kepala otak kita..kalo korang tergolong dlm senarai yang aku tulis kat bawah ni..kompem korang pun defensive driving ..kalo tak ade..maknanya Attacking Driving lah tu..hehehe..kene hati2 sket... 1. Bila kat simpang , kita akan amik masa yang lama sket nak menyeberang..kita akan pastikan betul2 tak dak kereta baru masuk simpang.. 2.Macammana pun keadaan traffic , kita mesti bagi signal kanan or kiri..walaupun masa tu dah kol 2-3 pagi hatta kat jalan kampung sekalipon..maksud aku..mmg kompem kereta kita je kat atas jalan tp still kita bg signal.. 3.Kita akan mudah alert kereta yang kat depan or tepi kita..dan boleh agak yang pemandu lain tu nak masuk kanan ke..kiri ker..dan yang pasti ..kita akan mengalah lahh..bagi laluan dengan penuh sopan santun 4.Jarang sgt guna hon..biasanya bagi high beam jer utk alertkan pemandu sekeliling...terasa kalo guna hon tu cam x sopan jer.. 5.Kalo nak brake..ta...

Aku dan Blog En.Ben

Alhamdulillah.Akhirnya aku dah cecah entri ke-90 bg tahun ni.aku tahu ni bkn la perkara yang patut dibanggakan sangat tp, aku cuba bg komitmen at least sebulan entri aku ada 30. Sempena entri ke 90 nih..Aku rasa nak berkongsi sket sejarah aku dan Blog En.Ben ni, dan aku anggap ia mmg unik.sbbnya..biasanya orng jenjalan cari blog kan..tp yang ni lain sket..Ianya bermula di Station ERL Tasik Selatan.Seperti biasa aku mmg guna ERL untuk berulang alik ke tpt kerja.Satu hari aku tgk sorang brader ni duduk kat tpi tangga sibuk dgn laptopnya.Bkn lah niat aku nak mengendap ker..jadi spy ker..tp aku mmg terlihat satu web page banner yang besar kat screen laptopnya .. BEN ASHAARI .. aku pun takdelah nak mengintai apa ditulisnya.. So keesokkan harinya, tiba2 teringat la nama BEN ASHAARI ni..so aku pun search dlm GOOGLE ..tup-tup keluar lah link utk blog En.Ben..aku pun klik..aikk..rasanya muka ni sama jer dgn bro yang lepak kat tepi tangga semalam..so aku pun tahulah dia lah tuan pun...

Selingan - Isu Bahasa Inggeris

Image

Elok Sangat Lah Tu !!

Umur bersara wajib tidak dinaikkan ke 60 tahun 11/10/2010 2:45pm KUALA LUMPUR 11 Okt. - Kerajaan tidak bercadang untuk melanjutkan umur persaraan penjawat awam daripada 58 kepada 60 tahun, Dewan Rakyat diberitahu hari ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata sebarang keputusan mengenai cadangan menaikkan umur persaraan perlu dikaji termasuklah kesan terhadap peluang kerja untuk golongan lepasan sekolah, kolej dan universiti serta keperluan sumber manusia dalam sektor tertentu dalam perkhidmatan awam. "Ketiga (ialah) kesan ke atas usaha kerajaan ke arah bilangan yang wajar. Kalaupun tidak kecilkan perkhidmatan awam, (kita perlu) mengurangkan kos operasi kerajaan tanpa jejas perkhidmatan untuk rakyat. "Keempat (ialah) tahap kesihatan anggota perkhidmatan awam, terutamanya menjelang umur persaraan 58, adakah mereka mampu terus bekerja atau tidak,” katanya menjawab soalan Datuk Idris Haron (BN-Tangga Batu) pada persidanga...

Beza Ilmu Dan Harta

Saidina Ali Karramallahuwajhah pernah berkata: ILMU adalah warisan nabi-nabi HARTA adalah warisan Qarun dan Firaun. Orang yang BERILMU banyak kawannya. Orang yang BERHARTA banyak musuhnya ILMU jika diberikan kepada orang lain ia bertambah. HARTA jika diberikan kepada orang lain ia akan berkurangan. Orang yang BERILMU disebut KARIIM (mulia) Orang yang BERHARTA disebut BAKHIL (kedekut) HARTA minta dijaga daripada pencuri ILMU tidak memerlukan penjaga Orang yang BERHARTA akan dihisab Orang yang BERILMU mendapat syafaat HARTA akan rosak dimakan zaman ILMU tidak akan usang ditelan zaman HARTA mengeraskan hati ILMU melembutkan hati Orang yang BERHARTA mengaku sebagai Tuhan (kerana hartanya) Orang yang BERILMU mengaku sebagai Hamba Harap2 harta yang ada pada kita adalah ILMU ! 

Galas - Siapa Yang Patut Galas??

SEJAK akhir2 ni Galas menjadi femes jap..yer lah berikutan PRK yang tak lama lagi..kalo korang tak caya..cuba korang search Galas kat google ..mesti hasilnya beribu riban..tak caya aku dah search tadi link . Aku tak reti nak cakap siapa yang patut atau tak..tapi aku yakin..org kebanyakan mcm aku ni..hya memerhati..kalo nak baca blog pun bole..sekadar membaca larr.. Blog politik aku tak follow byk..ikhlas aku ckp biasanya aku akan baca 2 blog jer.. 1.  Mesin Taip Buruk 2.  Kickdefella Sbb pada aku mudah jer..sederhana shj dalam memperjuangkan apa2 parti politik pun..pemerhati pun takdelah rasa menyampah sgt..ketaksuban kan tak membawa apa2.. sebab bila bercerita bab politik aku lebih suka menjadi pemerhati dahulu.. sebab aku tahu..kalo org tu taksub dgn sesuatu parti..ko cerita macam mana pon ..fakta yang ko ada 100% betul pun..takkan dapat mengubah apa2..sebab itulah kuasa politik.. pintu mereka dah tertutup dengan dunia lain.. By the way..dua blog yang aku selalu...

Dr. Harlina - Tabah

Image
Apapun tahniah di ucapkan kepada pasangan pengantin nih..aku pun tak melepaskan peluang tgk "live" smlm kat TV3..Tetiba aku ngan wife serentak cakap..muka diorang ni macam Remy Ishak ngan Tiz Zaqyah plak..ada la iras2 kot..apa pun aku ada 2 alasan yang mengatakn Dr.Haslina tu tabah orangnya. 1. Pakaian pengantin pompuan masa potong kek tu lain mcm jer kan..terlalu 'galaxy' larr..tp apa nak wat kan tema angkasa.. 2.Pastu kek tu bole plak bentuk soyuz..adus.. korang tak rasa ker..kalo la korang jadi pengantin pompuan..aku tak rasa naluri sebenar dia nak kan kek spaceship..mesti nak kek yang comel2 jer.. Sbb tu la aku rasa Dr.Haslina tu tabah org nya..demi nak merealisasikan hajat suami dia tu..maka redha je la kan..apa pun tu pendapat aku..ok la tu bg komen dia tabah jer..bukan aper pun...Semoga Bahagia Hingga Ke Anak Cucu Cicit Piut...Miut...AMIN.

Tafsiran Mimpi Patah Gigi

Mimpi selalu dikaikan dengan mainan tidur ataupun mainan syaitan..biasanya kalo kita pk2 lebey sebelum tido kompem terbawak2 dalam tido..ada gak orang cakap kalo mimpi sebelum subuh tu bole la nak amik pakai..tp kalo mimpi lepas subuh tu kompem la mainan syaitan..apatah lagi kalo tak reti2 nak bgun solat subuh..ada gak kajian cakap ..kalo kita tido kat bilik terlalu sejuk a.k.a tido dlm A/C la..kita akan mudah mendapat mimpi ngeri berbanding tido dalam suhu biasa..aku tak tahu la betul ke tak..tp kalo korang nak try apa salah nya..set la A/C yang plg low..tgk apa jadi.. Entri kali ni aku nak cakap pasal mimpi patah gigi..or tercabut gigi ..biasanya org akan kaitkan mimpi ni dgn seseorang yang mungkin meninggalkan kita bermakna akan meninggal la.aku tak suh korang percaya 100%..ajal maut di tangan tuhan apa..tu mmg tak boleh disangkal lagi..apa pun aku nak berkongsi sket la pengalaman aku or family aku.. 1. Wife aku mimpi cabut gigi atas ..awal tahun 2005 (x salah aku)..akhir 2005 a...

Bahana 'Buku Muka" jadi Padan Muka!!

 DUA tiga hari ni ada berita org kene belasah oleh kerana FACEBOOK.Apa jua alasan..bertindak keterlaluan sebegini mmg la tiada faedahnya..sebelum tu ader jugak yang bercerai melalui FACEBOOK ni.. Kalo dahulu org sibuk kata pasal orang bercerai melalui SMS..kini tak lagi..ntah mana akal fikiran..nak cerai berai pun nak bagi kecoh satu dunia ker!!.. So pada aku.kena tahu mana tahap privacy kita..takkan semua bende nak SHARE dengan semua orang..ada kala kita perlu tahu dan sensitif dalam hal ni..kene fikir yang semua org akn lihat dan baca apa yang kita kongsikan..aku rasa itu jer yang menjadi punca masalah2 nih.. Moden macam mana pon kita..Canggih mcm mana sekali pon..aku rasa perkara privacy tetap privacy.. ini bukan bercerita tentang letak gambar2 tak senonoh tp perkara yang paling asas supaya maruah kita tak tercemar..aku rasa semua orang yang menggunakan facebook sedar perkara ni..Cuma masalah Ego yang tak tentu pasal menyebabkan kita berbangga membuka pekung didad...

Keje dan Kaum..

*Ini adalah sekadar pandangan peribadi semata-mata..tak berdasarkan mana2 fakta ataupun bersangkut paut dengan mana2 aliran politik kat muka bumi Allah ni.. Entri kali ni mgkin isu panaz sket..tp aku harap tiada org yang salah paham..tersinggung tak tentu hala..pastu nak wat laporan polis plak... jika kita dok termenung betui2..kat mesia ni ..dlm apa jua pekerjaan kita dah bole agak di monopoly oleh sesuatu kaum..aku tak nak ulas bende ni bagus atau tak. contoh paling mudah..kalo bengkel2 kereta..kebanyakan dimonopoly oleh kaum cina..begitu juga dengan pasal IT dan hp..aku rasa tgk kat plaza low yat pon dah cukup dah..kalo kita g jauh sket..mcmmana dgn customer service or call centre..aku rasa for sure di monopoly oleh kaum india.. dalam pada tu ..kalo sebut melayu ..of coz org akan ckp melayu akn menerajui penjawat awam.. selain dari tu ader org ckp..kuota sesuatu kerja tu terletak kat HR Manager dia..kalo HR Manager kt syarikat tu india maka india la akan ramai kat syarikat ...

Rokok..tak payah tanya syarikat pengeluar la..

Syarikat rokok kecewa kenaikan 16% eksais Pengarah Urusan BAT Malaysia William Toh berkata, pihaknya kecewa kerana peningkatan eksais itu menyebabkan penyeludupan rokok yang sudah sedia ada akan bermaharajalela dalam pasaran. "Lebih besar perbezaan harga antara rokok sah dan seludup, lebih besarlah minat terhadap rokok seludup," katanya sambil mendakwa telah menegaskan perkara itu banyak kali sebelum ini. Mm..tok sah tanya syarikat pengeluar la..kompem la diaorang kecewa..frust menonggeng..guling2 mcm tu..tapi aku yakin dan pasti..sumber2 rapat yang perokok tegar pun hanya mengeluh.."harga rokok naik lagi la!! ishh.." cakap sambil menghisap rokok tuh..   hehehe..hebat kan..jgn takut syarikat pengeluar..korang tok sah takut penyeludupan haram ker..rokok dr langkawi ker..perokok tegar tetap akan support nyer..naik la RM 20 sekotak pon..orang yang isap rokok ni kaya raya..skang RM 10 sekotak pon ..relax jer diaorang beli.. x kisah pon..bln pertama je merungut.....

Nak G Raya.Kena ader invitation dulu ker?

Sekarang ni trend open house memang mendapat sambutan..kadang2 hujung minggu tu dah tak yah masak dah..dari pg sampai malam g open house raya..apa pun syawal pun bakal melabuhkan tirai nya x lama lagi..so weekend ni kompem takder open house dah..hehe.. Baru2 ni aku terpaksa membatalkan open house kat umah aku 2 hari sebelum yang dirancang..agak mendukacitakan jugak la..sbb da jemput dah..tup2 kena hantar sms x jadi plak..tp rakan2 seopis berkumpul sbb ada jamuan raya di opis..masa berbual2 tu ada sahabat ckp " korang perasan tak..skang ni kalo nak g beraya..kene tunggu open house.baru boleh pegi.dulu kita main pegi jer..dah musim beraya..musim ziarah menziarah.." betul gak kan..takkan nak tunggu masak sedap2 baru nak datang..jamu kuih raya..meraikan tetamu kan dah cukup.. Rasanya kita dah terjauh dari konsep beraya la..mmg bagus kalau kita dapat meraikan tetamu yang datang dengan pelbagai juadah..tp kalo diaorang kita tak invite tak bole datang ker? kalo diaorang nak data...

Perlu Tahu ker?

Bila kes cerai ni dah bawak kat mahkamah..rasa mcm pesta memburukkan pasangan masing2..tmbah lagi kalo dah melibatkan artis2..dia tu bekas isteri penyanyi tu la..dia ni bekas suami pelakon tu la..kompem 1 malaya tau..yang baru pasal dia ni la.. bekas laki dia bakal bergelar datuk tak lama lagi.. Walaupun kadang2 terpk juga mungkin dah strategi pemasaran media2 kat mesia ni..kalo citer pasal kontroversi ..keburukan..bende yang tak elok..tu lah yang melariskan jualan diaorang.nk salahkan diaorang ..yg kita g beli paper tu apasal..hehehe..tp kalo x tau rasa cam x up to date plak..segan plak..kang org ckp kita tak mengetahui perkembangan semasa plak dah.. tp perlu kita mengetahui seme tu?..apa terhina sgt ker kalo kita x ambil tahu..aku pon pelik jugak..tp kadang2 tu sampai nak tahu berapa nafkah dia kene bagi bulan2 kat bekas isteri dia..mcm kita dah "bogel"kan seme bende plak..aku rasa kita kene ubah sket2 la pasal isu2 mcm ni..tahu2 ala kadar sudah la..kalo kita tahu bape ...

Tiga Cerita..

Image
Aku begitu bersyukur ke hadrat ilahi Tun M semakin pulih.Usia beliau dah pun menjangkau 85 tahun. Mungkin TunM perlu bnyk berehat..tp yer lah..sebagai negarawan dah tentu beliau tak mampu nak menolak majlis yang memerlukan kehadiran beliau..apatah lagi kalau beliau mengaggap suatu majlis ilmu itu sebagai ibadah..sudah tentu beliau akan cuba sedaya upaya beliau.. Sultan Ibrahim dan sultan2 negeri lain sebelum ni pun ada tekankan isu ni..JANGAN PERTIKAIKAN HAK MELAYU..tolong la paham ekk..adil tak semestinyakena sama rata! Azmin ni pun satu lagi..orang yang tgh sakit pun nak dijadikan isu..tolonglah..buatlah kerja lain yang lagi pekdah..x paham la nak kene kutuk org sakit plak..kalo nak dapatkan publisiti murahan pun berpada-pada lah..! 

Baju - Tak meriah !!

Image
Baca paper utusan arini?..ruangan senyum kambing ada ckp pasal baju kontinjen kita tak meriah..aku pk bende yang sama..mcm tak menunjukkan semangat kontinjen Malaysia seperti yang sebelum2 nih.. dlm pada tu..aku pon merasakan yang diaorang ni patutu pakai baju kebangsaan..tak ke lagi elok?.. tambahan pula kita skang ni dok cerita pasal perpaduan antara kaum..1Malaysian la..rasa mcm tak mencerminkan hasrat kerajaan pula cara diaorang berpakaian..mcm tak ada keseragaman pun sama..apa jua alasan..aku tak rasa isu "budget" akan menjadi alasan utama nnti.. apa pun..harap ada suara dr "atas" ..supaya tak jadi lagi pada sukan komanwel akan datang...