Kenali Manusia Teragung - Rasulullah S.A.W
Detik Kelahiran Dilahirkan pada malam Isnin 12 Rabuilawal ,Tahun Gajah bersamaan 20 April 570 masihi, di Kota Mekah. Berketurunan bangsawan arab Quraisy. Bapanya bernama Abdullah bin Abdul Mutalib telah meninggal dunia di Syam, semasa baginda berusia 2 bulan dlm kandungan ibunya . Sewaktu Bayi 7 hari setelah ibunya Aminah binti Wahab melahirkannya, datuknya Abdul Mutalib membawa baginda ke kaabah dan tawaf sebagai tanda kesyukyran dan menamakanya Muhammad yang bererti "orang yang terpuji". Sewaktu bayinya ,Nabi Muhammad saw telah dihantar ke sebuah desa yang jauh dari kota untuk disusukan oleh Halimatun Saadiah dan dipelihara oleh ibu susunya itu sehingga 5 tahun. Tujuan baginda dibesarkan di kawasan pendalaman/desa: Udara desa yang nyaman dan bersih sesuai untuk kesihatan ,pembesaran mental dan fizikal kanak-kanak. Suasana desa tidak tercemar dengan unsur-unsur yang tidak baik. Supaya dapat diajar bahasa Arab baku (Arab Fusha) Mendidiknya dengan kesusahan ...