Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2012

Soalan Bocor Money Drop!

Amboi, kalo soalan bocor. laju jer. hehehe
x la. sahabat aku ada tnya satu soalan ni.
dia kata mgkin soalan bodo, tp kalo soalan bodo mesti bole jawab kan. tp aku takde jawapan. jadinya aku amik inisiatif tanya pada mereka yang arif.Soalannya berbunyi cam ni.Soalan ini sekadar pengetahuan am. Bagaimana lorong touch n go membezakan kenderaan yang lalu itu, kenderaan biasa atau taxi? Kadar tol kenderaan ini berbeza beza kan. Untuk lori mgkin tidak muat utk dilalui di lorong touch n go.----------------------------------------------------Selamat sejahtera,Terima kasih kerana menghubungi Touch'n Go.Merujuk kepada soalan anda, ingindimaklumkanbahawa teksi hanya boleh membuat bayaran tol di laluan tunai sahaja. Walau bagaimanapun, Touch 'n Go telah mempromosikan kad Touch 'n Go Taxi Xs kepada syarikat pemandu teksi di mana mereka boleh menggunakan laluan Touch 'n Go untuk membuat bayaran. Kad Touch 'n Go Taxi Xs telah diprogramkan untuk kenderaan kelas 4. Kad Touch 'n…

Halal Check!

Isu kdai halal haram ni bukan isu baru.
lama dah org kita kompius sama ada kdai makan itu halal atau tidak.
especially kalo melibatkan kdai mamak.
kan dulu ada isu kononnya nak bagi nampak kdai mamak tu halal, so letaklah perhiasan ayat ayat suci al quran.
tp bila test pekerja, jawab salam pun tak pandai!
jadinya susahkan.kadang kadang kita ni bila rasa was was, cara apa yg kita pakai.
ha. cara skodeng la.
cer intai2 kot2 ada org melayu mkn kat kdai tu. x pun kalo nampak pompuan bertudung terus jer kita ckp, tu ada org islam mkn tu, halal lah tu.
kalo semua mengikut proses yg sama, maka nya kalo la dibuat kedai tu haram, mkn termakan la bende haram la kita sbb kita main tgk2 sapa yg makan kat kdai tu.tp, sekarang kita dah ada cara.
cara paling disukai ramai.
iaitu sms jer.
tolong jgn bg alasan tu pun susah nak cek, amboi, kalo afundi tu cepat jer. ni nak cek halal haram berat plak tgn nak tkn hp.so, bila dah ada kemudahan ni gunakan lah.
amacam? pernah cuba x?Published with Blogger-dr…

Betulkan Yang Biasa, Biasakan Yang Betul!"

Ungkapan ni dpt dari seorang ustaz.
Dia dapat daripada itu aku tak tahu.
mulanya agak.pelik jugak.
rupanya mcm ni, kita tak sedar sebenarnya yg biasa tu salah sebenarnya.
nak contoh? aku bg ek.
budak2 wat buat bising dlm masjid, masuk seorang penceramah n ajukan soalan pd penduduk yg selalu dtg ke masjid.
nape budak2 ni bising sgt? jwb jemaah: Ala biasa la tu.ustaz!.budak2. selesai majlis, nampak mat rempit membonceng perempuan yg kompem bukan muhrimnya, soalan diajukan: budak2 tu merempit bwk.anak org , x ade org marah ke? maka jawapan masih lagi sama, ala biasa la tu, budak zaman sekarang.nmpak x, sedar x kita yg perkara biasa tu byk yg menyalahi hukum syariat.
diri sendiri mungkin ada perkara biasa yg kita lalukan sejak kecil, tp x betul. amacam? so kita kene betulkan yg biasa, then baru biasakan yang betul!!Published with Blogger-droid v2.0.3

Tahniah Ayahanda !!

Sultan of Pahang's Birthday Honours List



PINGAT KHIDMAT CEMERLANG - PKC


Ab Rahaman Mohamad, Ab Razad Abdullah, Abdul Halim Abdul Mutalib, Abdul Hamid Abdullah, Abdul Rahman Abdullah, Ahmad Khalid Bahron, Ahmad Zaki Abu Samah, Ariff Jili, Azhar A Rahman, Azman Mahadi, Azmi Yusoff, Chen Sik Kwong, Chew Cheng Yim, Chew Yoon Shin, Chong Tak Sun, Emir Azmir Ahmad, Fa’izah Atan, Fatimah Mohd, Fauziah Omar, Fon Chak Kiam, Gobynathan K R Pillay, Hafizin Umar, Hairudin Abu Hanipah, Halijah Mohd Yunus, Halim Lim Abdullah, Hang Pang Hee Lee, Hanun Mat Din, Harun Mamat, Hassan Mohd Amin, Ibnu Khattab Umar, Ibrahim Ismail, Imbavally R Renganathan, Inoon Mohd Rifa, Ishak Mokhtar, Ishak Zaidin, Ismail Abd Hamid, Ismail Abdul Rahman, Ismail Mohd Said, Jaafar Sidek Muhamad, Capt Jeffery Langkau, ASP Johari Daik, Juliana Mohammad, Juraidah Abu Samah, Kamariah Nan, ASP Kamaruddin Mat Repah, Kamarudin Zainuddin, Kamaruzzaman Kalib, Kamruddin Abd Wahab, Kartini Zainudin, Khairul Aishah Mohd Ali, Khairu…

Gaji SBPA TAK Masuk 31hb Jan !!!

Sahih.. ni kenyataan Media MOF melalui laman web.

PEMBAYARAN GAJI JANUARI 2012 DI BAWAH SARAAN BARU PERKHIDMATAN AWAM (SBPA)

1. Berikutan keputusan Jemaah Menteri bertarikh 11 Januari 2012 supaya pelaksanaan Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) disemak semula, Kerajaan telah memutuskan pembayaran gaji di bawah SBPA hanya akan dibuat setelah semakan semula ini dimuktamadkan.

2. Bagi penjawat awam yang memilih opsyen SBPA, pembayaran baki perbezaan gaji bagi bulan Januari 2012 di bawah SBPA tidak dapat dilaksanakan pada 31 Januari 2012 sebagaimana yang telah diumumkan oleh Kementerian Kewangan melalui kenyataan media pada 9 Januari 2012. Pembayaran gaji bulanan di bawah SBPA mulai Februari 2012 juga tidak dapat dilaksanakan dan akan dibayar mengikut gaji Sistem Saraan Malaysia (SSM).Keputusan ini juga berdasarkan permintaan CUEPACS.

3. Pembayaran pelarasan gaji berdasarkan SBPA hanya akan dibuat setelah semakan semula SBPA dimuktamadkan, dengan mengambil kira tarikh kuat kuasa SBPA pada…

Tazkirah Pagi Jumaat : Amalan Sesudah Mati

Firman Allah S.W.T yang bermaksud:“Kamu diwajibkan, apabila seseorang dari kamu hampir mati, jika ia ada meninggalkan harta, (hendaklah ia) membuat wasiat untuk ibubapa dan kaum kerabat dengan cara yang baik (menurut peraturan ugama), sebagai suatu kewajipan atas orang-orang yang bertaqwa” (Surah Al-Baqarah Ayat 180)Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammads.a.w. bersabda:“Apabila seorang manusia mati,putuslah (tulisan pahala) amalan (setakat itu) Kecuali tiga perkara(yang akan berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu sedekah jariah atau ilmu memberi kepada yang faedah orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya.”
(Hadith Sahih – Riwayat Imam Ahmad) Daripada firmah Allah dan hadith sahih di atas, ternyata mmg ada amalan yg mendatangkan pahala sesudah kita mati.
Islam Itu Indahkan. Setelah kita tiada didunia ni pun masih ada pahala yg dtg hasil peningalan kita.
Selain tiga perkara iaitu sedekah, ilmu dan anak yang soleh, suka aku ingatkan pada diri aku sendiri dan rakan2 yg beta…

Lemas Lagi...Apa Citer Nih.?

Aku rasa minggu nih..tiap-tiap hari dengar citer org meninggal sebab lemas..
Tak kira lah umur berapa or bangsa apa..tapi berita ni menghiasi akhbar2 utama..
Bukan nak menyalahkan sesapa..tp org lemas ni..tak lain tak bukan..
mesti pandang remeh pada kuasa alam..laut or sungai..hatta lombong sekali pun...

So yang patut main peranan lebih..penjaga or parents la..
tak nak cakap orang lain..aku sendirik pun.. kalo terlepas pandang.. besen kat dlm tandas rumah tu pun anak terlepas masuk..so..langkah berjaga jaga kene ambil..

Kalo dah tahu anak tak mahir berenang..jgn biarkan mandi sorang2..
Kalo mahir macam Jefrey Ong sekalipun..kalo dah ombak besar pun..lain jugak citernya kan..
Nak seronok pun ada batasnya..biarlah kita simpan seronok kita tu..
tak ralat pun..

mmgla kalo dah nak berlaku..org kata..jln kaki pun org langgar..
duduk dalam rumah pun ada kete rempuh masuk...
Jadinya..mcm aku cakap masa entri lepas2..Safety First!!

Kata Aku: Paper esok aku tak nak tgk ada berita tentang lemas…

Sembilu 3D

Sekarang ni, producer producer barat berlumba lumba nak terbit semula citer dlm versi 3D.Dari citer kartun lion king sampai la citer epic cinta titanic.
terbaru stat wars episode one pun nak keluar dlm versi 3D.tertanya tanya plak aku producer mesia tak nak wat bende yang sama ker? kot2 bole kuar citer Sembilu 3D ker. wah. pecah panggung tu nnti.hehehe.Published with Blogger-droid v2.0.3

Gaji SBPA Tetap Masuk 31 Jan Walaupun SBPA Ditangguh

Info Update : (27 Januari 2012) Klik SINI.

Ini adalah info paling hot, petang2 rabu lepas raya cina nih...
Walaupun byk ttg SBPA yang aku tulih.. (Pasti atau Tidak..itu bukan kawalan aku..heheh)..
ini info yang paling sedap utk didengar...hehehe..

Semua orang tahu yang SBPA ni tgh di kaji semula..tp info (dari intenet)..dengar citer ada rakan2 yang dah dapat pun gaji SBPA ni 16hb lepas...

Apa pun aku tak nak bercerita panjang..sila cek dengan admin masing2 yer...


 Kata Aku : Tetiba SBPA x jadi..err..duit kene potong balik la ekk...haaaaaaaa........suspen siot...

Nak Jumpa PM?

Dulu..kita mesti pk, sapa la kita nak jumpa PM.
Tp sekarang ni..kita dah berpeluang.. x caya??
Ha.. tu la..main FB jer..hehehehe..
Caranya mudah saja...
Mula-mula klik SINI.

Pastu isikan detail dlm link tu..
InsyaAllah..satu hari nnti..anda akan dihubungi..masih lagi tak percaya?
X apa la..aku hanya tunjukkan jalan saja..sendiri lah usaha..


Kata Aku : Dari dok mengata..cakap tak tentu pasal dlm FB tu..p la jumpa sendirik..tanya sendirik..awat yang hangpa tak puas hati sgt tuh...hehehehe...

Pesanan Tun M Kepada Pelajar Mengenai AUKU

Sila Baca Kuat Kuat untuk No 10!
-------------------------------------------------------1. Saya mengaku yang sayalah orangnya yang telah perkenalkan AUKU (Akta Universiti dan Kolej Universiti) semasa saya menjadi Menteri Pelajaran.2. Walaupun kita sudah merdeka lebih 15 tahun ketika itu tetapi bilangan kelulusan daripada universiti tidak ramai, terutamanya di kalangan orang Melayu. Jumlah jurutera, doktor perubatan, arkitek dan lain-lain ahli profesional amat kecil dan menyedihkan. Sebaliknya maju mundurnya bangsa dan negara bergantung kepada ketinggian jumlah rakyat yang berilmu. Tidaklah sihat bagi Malaysia jika dari rakyat berbilang kaumnya jumlah Melayu dan bumiputera lain yang berkelulusan universiti sangat berkurangan. Setelah Dasar Ekonomi Baru diperkenalkan maka jumlah penuntut Melayu di tiga buah universiti tempatan sudah bertambah dengan banyaknya. Tetapi kemasukan sahaja tidak akan dapat menambah jumlah Melayu yang berpelajaran tinggi jika ramai yang diterima masuk tidak lu…

Iktibar Kisah Fifi

Semua org tau isnin lalu kita dikejutkan citer, lelaki bogel yg masuk rumah org, amik pisau n pastu tgkap seorang budak pompuan buat tebusan.
paling menyeksakan polis, lelaki bogel tu hanya mintak air dan dadah. air bole la bagi bai. dadah sory. dadih boleh. hehehe.
anyway, ni bkn cite lawak.
kene kat family kita, mgkin bertahun tahun trauma.
syabas polis malaysia, walaupun aku yakin dan pasti, seboleh boleh kejadian tu tak nak diakhiri dgn 4 das tembakan dan satu kematian.
tp itulah takdir. kita tak bole lawan.
Allah dah tulis lelaki bogel itu nasibnya. di Akhirat kelak kita tak tahu. hanya Allah yg maha mengetahui.Apapun, bende dah berlaku, mmg dah berlaku.
kita tak ada kuasa nak undurkan masa, barangkali bole kunci pintu, x pun sorokkan pisau. mmg x bole.jadinya. iktibar pada kita yg lain. mgkin kene sentiasa berhati hati.
satu fakta yg mungkin pahit dan sakit hati tahap gaban utk kita telan ialah Malaysia Tak Seaman dulu!! x setuju?
tak apa. ada aku kesah ker. hehehe.dulu, setakat…

H5N1 vs H1N1

INTROInfluenza A virus subtype H5N1, also known as "bird flu", A(H5N1) orsimply H5N1, is a subtype of the influenza A virus which can cause illness inhumans and many other animal species. [1] A bird-adapted strain of H5N1,called HPAI A(H5N1) for "highly pathogenic avian influenza virus of type A of subtype H5N1", is the causative agent of H5N1 flu, commonly known as
"avian influenza" or "bird flu". It is enzootic in many bird populations,especially in Southeast Asia. One strain of HPAI A(H5N1)is spreading globally after first appearing in Asia. It is epizootic (an epidemic in nonhumans) and panzootic (affecting animals of many species, especially over a wide area), killing tens of millions of birds and spurring the culling of hundreds of millions of others to stem its spread. Most references to"bird flu" and H5N1 in the popular media refer to this strain. SUMPTOMThe avian influenza hemagglutinin binds alpha 2-3 sialic acid receptors,wh…

KL Waktu Cuti

Tiap tiap tahun dgr citer sama.
Kalo time cuti, kl akan berukar wajah jadi tempat lepak warga asing.
masalahnya kalo tak wat kecoh tak apa.
sakit mata memandang.
jadinya rakyat mesia yg tak balik kampung, seboleh boleh mengelak nk g kl. kesian kan.
negara sendiri tuh.
rasanya aku dh dgr citer ni 10 tahun lepas kot.
seakan akan kita tak ada cara lagi. redha sahaja.
betul ke kita dah habis pk? atau x pk langsung?
harap2 tahun depan nak dgr citer yg sama.
Kata Aku: Apa kata kita kita letak ibu pejabat imigresen betul betul kat tgh2 kl. saiko sket tgk jadik camana.Published with Blogger-droid v2.0.3

Gong Xi Fa Cai

Mlm ni kawan2 chinese kita akan 'makan besar'.
itu tradisi mereka.
untung kan kita ni, dpt gak cuti pnjang. rehatkan diri bersama keluarga.
Tahun ni tahun naga.
Naga mmg kita tahu haiwan mitos yg ganas. paling tidak pun, takkan ada org nak buat naga ni haiwan peliharaan kalo haiwan ni wujud sekalipun.
tp dikatakan tahun naga ni membawa tuah.
itu kepercayaan mereka.
kita kene percaya qada' dan qadar yg Allah dh tentukan pada kita.
Apa pun, ada juga naga yang baik hati.
tak caya? tu Dibo The Gift Dragon.
Kalu ada Dibo, aku nak satu simpan.kat rumah. hehehe.
Published with Blogger-droid v2.0.3

Sandiwara SBPA

Pakcik dah lotih.
Mari kita lihat kronologi.
Belanjawan 2012 dibentang Oktober 2011.
Sejak dari tu org dah sebut pasal SBPA ni.
berbelit belit lidah org sebut.
Disember 2011, sebelum 31hb penjawat awam kene sign.
Org tak puas hati, tup2 15hb Jan 2012 tarikh akhir penjawat awam kene sign.
Pastu last week, kabinet arah tangguh.
Then baru je tadi dlm berita PM ckp beri masa 3bulan nak kaji semula.
Mmm. nmpknyer mungkin benar citer versi 3hari SBPA dibentuk.
hehehe.
Mari kita coumtdown sama2 yer, letak dlm schedule korang tarikh 21hb April 2012.
Apa citer SBPA ni.
Alamak bulan April tu, aku takut kene April Fool jer.
Naya siot. Hahaha.Published with Blogger-droid v2.0.3

Peguam Negara Failkan Rayuan Kes Liwat Anwar Ibrahim

Ingat ke 'Show' dah habis..rupa rupanya ada sambungan lagik..
Jadik..rakyat kat atas pagar mcm aku ni..
Nak tahu...la episod yang seterusnya..
Tak apa..baik Saiful..baik Anwar...
Teruskan perjuangan masing2 yer.. ini bahagian korang berdua kat muka bumi nih..
Aku tak tahu n tak ada fakta pun nak ulas kes korang..
Tapi ..rakyat akan mendengar..melihat ..membaca..dan akhirnya kami juga akan buat keputusan bila tiba masanya nnti..Selamat Berjuang Untuk Anda Berdua!!!

Klik Sini untuk maklumat lanjut.

Sumber: Papagomo

Midlife Crisis

Midlife Crisis atau middle life crisis ni selalu org pk sbgai salah satu sebab punca perceraian.
bende ni selalu datang bila seseorang tu berusia 40 - 60 thn.
walaupun org selalu kata life begin at 40, tp kalo seme bende baru nak wat waktu tu, dh terlambat weh.
kompem midlife crisis ni menyerang.yg lagi menyukarkan, ia adalh penyakit psikologi yg x bole diubati dgn mkn panadol mahupun menelan soluble.
aku dpt info ni dln perjalanan dr nibong tebal ke ipoh.
(saje je tulis, x berkaitan pun. hehehe)
sebenarnya kita kene set target dlm hidup kita.
senang citer KPI la kalo bhs sekarang nih.
sebelum umur 40 atau cukup2 40 paling minimum kita dah mesti :1: dah ada secure job n lg better kat management level
2: dah ada rumah n kenderaan sendirik (x abis byr pun x pe)
3: dah bole memuaskan hati pasangan masing2ini adalah kombinasi.
tertinggal satu maka tak jadi la.
sbb bila kita dgr org kaya sekali pun, still ada problem midlife crisis.
dia x dapat capai yang kriteria ke 3.memuaskan hati pasan…

Jom Belajar Nuklear Kat UTM Sept Nih!!

Jom..
Dari dok tulis ngarut kat FB..
Gi demo sana..demo sini.. cer pk nak sambung belajar ker..hehehehe..
Ni hebat woo..bukan calang2 orang bole masuk nih..


JOHOR BAHRU 19 Jan. - Buat julung kalinya Universiti Teknologi Malaysia (UTM) akan menawarkan program Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Nuklear mulai sesi pengajian pada September depan.


Naib Canselor UTM, Prof. Datuk Dr. Ir. Zaini Ujang berkata, kursus seumpama itu merupakan yang pertama ditawarkan di institusi pengajian tinggi di negara ini.

"Objektif mewujudkan kursus tersebut mulai sesi akademik 2012/2013 ini bertujuan membekalkan tenaga alternatif kepada sistem yang ada sekarang.

"Kita (UTM) memberi peluang kepada mahasiswa dan calon mahasiswa mendalami hal berkaitan nuklear kerana nuklear diperlukan dalam pelbagai bidang seperti perubatan dan tenaga,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelantikan Dekan Sekolah Pengajian Siswazah (SPS) UTM, Prof. Rose Alinda Alias sebagai Timbalan Naib Canselor (Akademik &…

Islam Untuk SEMUA

Aku nak berkongsi citer sket ari ni.
Aku kenal seorang uncle ni sbb aku ada wat kerja luar sket sejak 6 bulan lepas.
setelah mengenali beliau hampir setengah tahun nih, byk bende aku pelajar hampir setiap kali berurusan dgn beliau.
yg menariknya, ilmu tu bukan ilmu duit semata mata, tp ada juga ilmu akhirat yang aku cedok.rupa rupanya uncle ni aktif dlm NGO.
yg lagi menarik, NGO yg beliau aktif ni bkn sekadar cakap cakap kosong atau buat bende2 biasa.
NGO aktif memperjuangkan nasib palestin.
beliau beberapa kali pergi ke sana dan apabila berkongsi cerita tu, aku dapat rasakan tak semua org mampu buat macam beliau.
ye lah, sebelum pergi ko dah kene siapkan diri, siapkan wasiat, jelaskan pada keluarga yg pemergian tu mgkin pergi tak kembali!! korang agak2 kita mampu buat tak.
bila satu soalan cepu emas aku ajukan, apa compliment yg uncle dapat? beliau hanya menjawab,  ada! tp beliau kata, compliment tu tak dapat dihuraikan dgn kata2.
pejalanan penuh liku2 di bumi palestin tu hnya org yg…

Lori Banyak Kat Highway, Ada baiknya?

Org biasa rungsing kalo byk lori kat highway.
tmbah kagi tgh2 mlm.
tension kan.
tp, tiba2 ada kawan ckp. ada byk lori kat highway ni petanda bagus.
erk.
betul ker?
gini.
kalo byk lori maksudnya, ada moving parts, ada permintaan atas barangan.
maksudnya ekonomi kita bergerak.lagi satu kita tak boleh salahkan lori jugak.
sbbnya KTMB x berapa efisen.
diaorang allocate 5% je untk pengangkutan barangan.
sayangkan.
kalo ktmb betul2 efisen dah tentu bole selesaikan masalh lori2 kat atas jalan nih.Published with Blogger-droid v2.0.3

Hang Tuah, Hang Li Po Tidak Wujud!!

Buku teks sejarah akan ditulis semula bagi menyelaraskannya dengan fakta dan bukannya mitos dan legenda, kata pakar sejarah Prof Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim.Sebagai contoh, katanya, tiada rekod menunjukkan laksamana Melaka Hang Tuan dan Hang Jebat serta Puteri Hang Li Po benar-benar wujud, lapor The Star.Bagaimanapun, tidak jelas sama ada anekdot sejarah yang tidak dapat disahkan akan dimasukkan dalam cadangan baru sukatan pelajaran sejarah untuk 2014.Khoo (kanan) yang juga sebahagian daripada anggota jawatankuasa bagi menganalisis kurikulum itu berkata, cakap-cakap tidak wajar dimasukkan sebagai fakta dalam buku teks."Agenda utama jawatankuasa ini untuk menanamkan unsur patriotisme" (di kalangan pelajar)"Pandangan peribadi saya, mitos dan legenda tidak patut dimasukkan dalam kurikulum."Bagaimanapun, jika mereka pilih memasukkannya, ia mesti dengan jelas menyatakan bahawa cerita-cerita itu bukan berasaskan fakta," beliau dipetik sebagai berkata kepada harian…

Terserempak Dgn Full Time Blogger

Cam biasa, pg2 naik ERL, biasanya jarang jumpa kawan bole berbual.
biasanya masing2 dgn alat canggih masing2, x pedulik pun org sekeliling.
ari ni menarik sket, jumpa kawan lama.
kenal pun melalui blog.
pastu borak2 dlm fb.
last2 tegur menegur kat ERL.
masing2 dgn latar belakang yg berbeza.
brader ni sanggup berenti keje, wat blog full time.
amacam? kita berani ker?
hehehe.
itu rezeki dia, tp aku yakin dan pasti, ia bukan datang bergolek golek dpn mata.
dia usaha, dia tawakkal.
hasilnya Allah yg beri, itu bukan kerja kita.
tp kitaorang ada persamaan utk tahun ni.
masing2 nak sambut baby this year.
Alhamdulillah. itu pun sama, kita kene usaha, kene tawakal.
byk jugak kita org berborak. isu semasa, govt, mahupun politik.
hehehe. sentuh jugak ttg blog aku nih.
dia tnya update berapa kali. hehe.
segan nak menjawab.
apa yg dia dapat sekarang ni ramai org dengki.
ntah, pelik aku.
setau aku dia tak kacau bini org pun.
apatah lagi laki org. hahaha.
Gud Luck Bro.
ops, lupa nak bgtau.
nama blog…

Lokasi KR1M

Alhamdulillah,
Sekarang ni dah banyak kedai rakyat dibuka..
Nak tahu kat mana..senang saja..

Mula-mula cari laman web rasmi KRIM - http://www.kedairakyat1malaysia.com.my/

Pastu cari la Store Location - http://www.kedairakyat1malaysia.com.my/en/store-location




Mudah bukan??.siap bole tunjukkan jalan lagi...

Ugut Letup Helikopter PM!

Adoi..pelajar pelajar sekarang dah pandai sangat gamak nyer..
Dah takder thesis nak kene wat..
Pendek kata.keje diaorang carik pasal jer..
Pelik??
Belajar la sampai abis dulu..
Menyusahkan bukan...
Dah habis kene tempias ngan pelajar lain..
Bende2 gini yang jadi mangsa nyer nanti..anak2 kita gak..
Dok elok2 dah ada ada kebebasan..dah kene control nnti...

Pelajar USM ditangkap

Polis menahan seorang pelajar Universiti Sains Malaysia (USM) kampus kejuruteraan selepas membuat kenyataan berunsur ugutan menerusi laman blognya, di Georgetown hari ini.

Menurut Bernama, dalam kenyataannya pelajar terbabit dikatakan mahu meletakkan bom pada helikopter yang akan dinaiki Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam lawatannya ke kampus itu minggu hadapan.
Pelajar terbabit akan disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya.
Ketua Polis Negeri Datuk Ayub Yaakob yang dihubungi mengesahkan perkara itu dan akan mengadakan sidan…

Berkira-kira Untuk Pendidikan Anak

Pagi2 aku anta anak anak g tadika,
pagi2 jugak melayan kerenah aku no2 yg agak sukar nk g tadika.
anak aku yg sulung, Alhamdulillah.
dh paham agaknya keperluan untuk belajar.
ye lah, kalo kita dok ckp, kalo tak belajar nnti susah. mgkin dia paham jugak akhirnya penting nya belajar.aku ni golongan pertengahan.
x kaya, x miskin.
Alhamdulillah sekali lagi.
cumanya tiap2 kali aku anta anak aku, aku perati jer kete2 yg menghantar anak2 kat tadika nih.
mak aih, kete besar2 je a.k.a ratus2 ribu la.
bukan per, tempat tadika yg aku anta tu pun tak lah nak kata murah sgt, tp org kata berpatutan.
tiba2 aku terpk, mak ayah diaorang ni mampu pkai kete mahal2? tp berkira kira plak nak letak anak kat tadika yg lebih elok.kalau aku lah, dh tentu aku masukkan anak aku tadika yg lagi bagus. betul, aku juga setuju kalo mahal tak semestinya bagus.
tp pada aku, kalo kita byr mahal kita dah tentu boleh demand kan.tp sayang, kita tersalah meletakkan keutamaan.
nak kete besar, rumah besar. tempat didikan an…

Nenek Kene Rogol!!!

Haih!! Nafsu kambing gurun tul.Published with Blogger-droid v2.0.3

SBPA Tangguh: Bukan Salah CUEPACS

Alamak, aku tertinggal lagi perkataan, patut nye entri aku berbunyi pertanyaan, patut ada 'ke?' kat ujung entri tu.
hehehe.
bukan per, aku terima 2 komen dari pendekar tanpa nama semalam, yang berbunyi kat bawah ni:
------------------------++-----+----------------------
ehh. setau aku ceupacs dah tak kata apa dah.. dah setuju dah.. kabinet yang pandai-pandai buat keputusan tak jadi,. apa presiden cuepacs lebih besor kuasa dari kabinet ker? taktik jer tu. ceupacs jadi kambing hitam. padahal kabinet yang tarik balik..duit tadak ooooo... on SBPA Tak Jadi?!
Anonymousdia pk panjang utk keadilan sume pihak.kalu stakat bdk mentah xde pngalaman yg bru msuk government,xtahu apa2.len kali tanya kalu xtahu.jgn maen kutuk.bdosa.jangan jd bodoh sombong. on SBPA Tak Jadi?!
Anonymous
--------------------------------------------------------tu la korang, jgn la kutuk2, rilek la.
apa pun terima kasih kerana komen.
especially daripada org lama.
niat aku mudah, aku nak menyuarakan yg sebenarnya…

Tazkirah Jumaat: Ikhlas

IkhlasMaka, perkara maha utama dalam agama ini ialah soal keikhlasan insan terhadap tuhannya. Ia adalah perkara rohani yang paling ramai manusia gagal menunaikannya. Bukan sahaja orang jahil yang gagal dalam menanganinya, telah gagal juga orang alim. Bukan sahaja gagal para penceramah agama, telah gagal juga para mujahid yang berperang di jalan Allah. Bukan sahaja telah gagal mereka yang membaca buku biasa, tetapi telah gagal mereka yang membaca al-Quran. Bukan sahaja telah gagal penderma kecil, tetapi telah gagal juga penderma yang besar.Sabda Nabi s.a.w: “Orang yang awal dibicarakan pada Hari Kiamat seorang yang mati syahid. Dia dibawa memperkenalkan diri. Allah bertanya: “Apakah yang telah engkau lakukan di dunia?” Dia menjawab: “Aku telah berperang keranaMU sehingga syahid”. Allah berkata: “Engkau bohong, sebaliknya engkau berperang supaya engkau dikatakan berani, dan itu telah pun dikatakan padamu”. Lalu diperintahkan agar dia dihukum, diheret wajahnya sehingga dihumbankan ke dal…

SBPA Tak Jadi?!

Geram tul.
Tu la bnyk sgk cekadak.
Mana bole nak puaskan hati seme org.
Anak kita yg ada berapa org pun pening kepala nak berlaku adil.
inikan berjuta juta lemon!
Kata Aku: Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.
Serius bengang tahap gaban!! kalo seme sign je ikut tempoh ari tu kan senang. cuti raya cina dpt la lebeh dari biasa.
x reti nak bersyukur! aku dapat borang jer terus sign. nak pk pnjang2 buat apa. sebelum masuk gomen ari tu dah 100 hari aku pk. hahahahaha.------------------------------------------------------- Kabinet arah tangguh skim SBPA sektor awam

SHAH ALAM - Kabinet memutuskan untuk menangguhkan pelaksanaan sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA), yang berkuat kuasa sejak 1 Januari lalu, dipercayai ekoran rasa tidak puas hati di kalangan sebahagian besar kakitangan awam.Sinar Harian difahamkan keputusan mengejutkan ini diputuskan dalam mesyuarat mingguan semalam.Isnin lalu, kenyataan Kementerian Kewan gan menyebut pembayaran gaji penjawat awam bagi bulan…

Awas Yer Lelaki Buncit!

KEADAAN perut buncit pada lelaki merupakan salah satu petanda penambahan hormon estrogen yang membuatkan seseorang itu mengalami mood tidak menentu dan mudah marah-marah.so kalo kita belajar penakulan mantik, ala takkan dah lupa kot.
aku bagi contoh yer.john suka makan pisang,
monyet suka makan pisang,
jadi john adalah monyet.ingat dah?so kalo korang suka marah2, maknanya korang tu perut buncit lar!! hehehe.Published with Blogger-droid v2.0.2

Akan Ada Liwat II + I ?

Siapa kata semuanya dah selesai?
Masih byk lagi skrip2 yang tak dipakai.
Director masih belum puas dgn ending citer ni. hehehe.-------------------------------------------------- Azlan Mohd Lazim, bapa kepada pengadu kes liwat II, Mohd Saiful Bukhari berkata beliau akan mempertimbangkan untuk mengambil tindakan sivil susulan keputusan Mahkamah Tinggi Isnin lalu yang memihak kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.Katanya, buat masa ini beliau masih menunggu langkah yang akan diambil peguam negara -- sama ada akan merayu keputusan tersebut.Peguam Negara juga masih belum menghubungi beliau berhubung tindakan itu, kata Azlan, 58, ketika ditanya pada sidang media hari ini.Dalam pada itu, Azlan turut menyelar Majlis Peguam yang sebelum ini membuat saranan kepada Peguam Negara untuk tidak merayu kes berkenaan."Pada hemat saya, tindakan majlis peguam itu... langkah untuk menidakkan hak seseorang warganegara untuk diadili dan didengar rayuannya ke peringkat tertinggi," katanya.Badan itu seba…

Tawaran Jingga vs Tawaran Biru

Org dah sibuk mengatakan pasal PRU, tak kisah la pembangkang ker kerajaan ker.
masing masing nak menambat hati rakyat.
tadi br je dgr sharing knowledge dr seorang sahabat, katanya
kalo di jepun dalam masa 5 thn ni dah tukar 5 org pm kalo tak salah.
tak tahu bende tu bagus atau idak. tp dari satu sudut, kat sana rakyat mereka berani.
kalo rasa tak boleh perform, anda harus bersedia untuk turun.
itu PM tu, belum lg citer pasal ketua kampung, ahli jkkk mahupun bos bos kat jepun nun.
maksud nyer, perubahan tak menjanjikan kebaikan, tp pengekalan juga tak bermaksud semuanya terbela.
apa pun kita harus pandai cari maklumat.
kalau baca dari satu sumber, dh tentu kita akan jd stuck kat satu tempat. kalo kita pk2 kan apa hikmahnya Allah bg kita ilmu ttg internet nih. mesti ada sebab musabab nyer.apa pun pembangkang dah nak reveal tawaran jingga mereka. Apa agaknya tawaran biru yer?
Tunggu. heheheheTAWARAN JINGGA Sebahagian daripada manifesto Pakatan Rakyat untuk pilihan raya umum ke-13 akan …

Bila Boleh Dapat Gaji SBPA?

Info Update (27 Jan 2012) :  Klik SINI

Lagi mengenai gaji SBPA, ntah kenapa ada 2 version pasal nih.
Version 1:
16hb ni penjawat awam akan dapat gaji ssm dl, then pada 25hb Jan baru dapat lebihan yg sepatutnya penjawat awam dapat kalo ikut SBPA.
Version 2:
Gaji SBPA akan dapat start pada hari gaji bln feb.
maknanya bulan jan ni dpt gaji ssm dulu lar.
then bukan feb nnti dapat gaji baru beserta lebihan yang patut korang dapat pada Jan 2012.
Amacam? mana satu korang percaya? hehehe
Published with Blogger-droid v2.0.2

Ucapan Sulung Khalifah Abu Bakar RA

Dalam sejarah Islam, apabila Khalifah Abu Bakar RA dipilih menjadi Khalifah selepas wafatnya Rasulullah S.A.W. beliau menyampaikan ucapan sulungnya :“Wahai tuan-tuan !, Saya telah dipilih menjadi pemimpin kamu, pada hal saya bukanlah orang yang terbaik di kalangan kamu. Sekiranya saya berlaku baik tolonglah saya, sekiranya saya melakukan kesilapan perbetulkan saya, benar adalah amanah, bohong adalah khianat “.Inilah contoh keterbukaan seorang pemimpin yang menjadi teladan, meminta semua pihak berlaku ikhlas dan berani, jangan mengampu sehingga berbohong, yang betul dibantu, yang salah diperbetulkan, yang silap ditegur secara beradab, kalau menjadi makhluk perosak maka diturunkan dengan cara setimpal .Sumber: Tuan Guru Abdul Hadi AwangPublished with Blogger-droid v2.0.2

Journey 2 - The Mysterious Island

Brendan Fraser diganti ngan The Rock!
Cam best jer.Published with Blogger-droid v2.0.2

May 2012 - Boleh Pilih Lesen Memandu Auto Atau Manual

IPOH 10 Jan. - Mereka yang memegang lesen memandu selepas diuji dengan kenderaan transmisi automatik hanya dibenarkan memandu kenderaan jenis itu sahaja mulai Mei ini, kata Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha.


Beliau berkata, melalui pelaksanaan sistem baru itu, pemandu yang lulus selepas diuji menggunakan kenderaan manual dibenarkan memandu kedua-dua jenis kenderaan, transmisi automatik dan manual.

"Kita sedang membuat satu rancangan pengubahsuaian terhadap Kurikulum Baru Pendidikan Pemandu siap yang merangkumi ujian menggunakan kereta automatik sebagai satu pilihan.

"Terpulang pada pelajar untuk memilih sama ada mereka hendak diuji dengan kenderaan automatik atau manual untuk belajar. Mereka yang diuji kereta manual lesen memandu boleh digunakan untuk memandu manual dan auto manakala mereka yang diuji dengan kereta auto, pemegang lesen hanya boleh memandu kereta auto sahaja,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini. - BERNAMA



Berapa Yang Anda Nampak?

Lampiran C Bagi SBPA

New UPDATE ( Dec 2011) --> Klik Sini untuk Download Info Lampiran C



UPDATE : Bole dapat info mengenai apa didalam Lampiran C dalam Blog Mat Kedah. Klik SINI.


Ramai yang bertanyakan mana nak dapat Lampiran C SBPA..
Memang kalau carik dalam laman web SBPA takkan jumpa (setakat ni laa)..

Sebenarnya Lampiran C ni kene refer pada Bahagian Sumber Manusia Kementerian/ Jabatan / Agensi masing-masing..ok..




Hebatnya Head Line Media

Betul la org ckp, nk jadi wartawan ni kene pandai cari headline.smlm aku mmg dok pk apa agaknya header utusan nak tulis psl anwar.
tgk, pandai tak diaorang.
diaorang tak ckp pun anwar tak bersalah, hehehe. hebat2.Published with Blogger-droid v2.0.2

Anwar 'Terlepas' , Siapa yang Untung?

Hari ini..ramai yang nak tahu apa keputusan kes ni,
Mahkamah memutuskan Anwar tak bersalah, pembangkang kompem meraikannya. Perkasa/Pekida/ Rakan-rakan Saiful dengar citer 'redha' dengan keputusan nih..
Tapi Ibrahim Ali dok cakap masih belum berakhir.. x tau la..dia nak buat apa dan aku tak nak tahu pun..
Kerajaan?..Ntah..setakat ni tak dengar2 apa..cuma ader la pak menteri yang dok komen mengatakan Mahkamah kita tak 'terikat' ngan mana2...


1. Untung pada pembangkang, at least tok sah pk sapa nak ganti Anwar, walaupun diaorang dok cakap dah ada pengganti sebelum ni (Kalo Anwar bersalah)..ingat senang ker nak lantik orang lain...

2. Untung jugak pada kerajaan, at least boleh jugak buat modal mengatakan Mahkamah kita ni telus, tak mengira siapa anda..

Kan..semua tu ada keuntungan masing2..hehehe.
Apa keuntungan rakyat???
..
...
.....
......
........
............
................
..................
.......................
...........................
......................…

Juara Piala Sumbangsih 2012

KUALA LUMPUR 7 Jan. - Negeri sembilan menjulangtrofi PialaSultan Ahmad Shah apabila mengejutkan Kelantan 2-1 dalamaksi pembuka tirai Liga Malaysia 2012 di StadiumNasional Bukit Jalilmalamini.Wira Hoben Jang Hoben dalam perlawanan itu adalah penggempur import dari Cameroon, Jean Emmanuel Effa Owona yang menjadi pemusnah Kelantan dengan dua jaringan pada minit ke-31 dan 63 walaupunRedWarriorsmemimpin perlawanan terlebih dahulu melalui pemain paling bernilai tahun lalu, Norshahrul Idlan Talaha pada minit ke-22. - UTUSANKata Aku: Awang import dh mula tunjuk taring!! Player tempatan jgn tumpang gembira jer, jgn lupa bersaing sama!Published with Blogger-droid v2.0.2

10 Syarat Nak Sertai 901

Polis dah bg permit, sapa nak g pastikan korang tau 10 Syarat dari Polis. Syarat-syarat tersebut ialah:1. Penggunaan risalah/ banner dengan tagline ‘Bebaskan Anwar 901’ atau ‘Bebaskan Anwar’ adalah tidak dibenarkan sama sekali semasa perhimpunan berlangsung.2. Penggunaan pembesar suara selain daripada ‘loud hailer’ tidak dibenarkan. Penggunaan (2) dua buah loud hailer dibenarkan bagi tujuan mengawal selia peserta perhimpunan.3. Pengucapan awam tidak dibenarkan sama sekali.4. Penganjur perlu memastikan peserta perhimpunan tidak boleh membuat apa-apa perbuatan, membuat bising, memberi apa-apa isyarat yang boleh mengganggu prosiding mahkamah.5. Tempat perhimpunan yang dibenarkan adalah di pakir awam sebelah kiri jalan utama ke mahkamah. Kawasan ini akan diletakkan pita polis untuk menentukan batasan dan sempadannya. Peserta tidak dibenarkan berada di luar kawasan tersebut.6. Sekiranya kawasan tersebut sudah dipenuhi dengan peserta perhimpunan maka peserta lain hendaklah bersurai dan bere…

1501 : Halatuju SBPA

Aku rasa majoritinya memilih opsyen bersara 60 Tahun..
Alasannya mudah...
Kalo golongan yang baru masuk govt, dah tentu sign, sebabnya lmbat lagi 60 tahun.
Kalo golongan senior, dah tentu sign, sebabnya dah tentu nak BERKUASA lagi..
Hehehe.. mudah bukan...x caya..tepuk dada sendirik lar..
Cer bgtau kat aku sapa yang tak sign opsyen nih..

Tentang soal gaji..nak memuaskan hati semua orang memang la susah...
Nak berlaku adil..lagi lah susah..harus diingatkan Adil x semestinya Sama kan??
Kini isu gaji pensyarah plak..kata nya terpinggir..
Fuhh..pening2...

Aku tak tahu la camana JPA pikirkan untuk selesaikan kemelut nih..
Orang govt, beruntung sebab ada CUEPACS..
Tp... org awam sering pk orang govt ni lebih sudu dari kuah la..itu lah.. ini lah..
X puas hati..apasal korang tak apply SPA ..masuk kerja govt..
Senyap udah lah..
Apa..ingat korang sorang jer bayar tax..kitaorang pun bayar apa..

Tapi aku harap bende ni tak drag lama lagi..
Kesian weh..
Aku terbaca satu komen dalam satu blog tu..

Kelas Jepun Sensei Edin

Pendaftaran di buka...cepat2...

Ombak Rindu 2 Keluar 2013

x caya..saksikan sedutan shooting dibawah...


Aku pun terkena daaa.....
Sumber dari Facebook

Blogger Kutuk Ustaz Azhar Sbgai Agen Iblis

MasyaAllah.
Agaknye zaman skang ni zaman fitnah memfitnah kot.
korang nilai la sendiri lepas baca entri ni. http://azmykelanajaya.blogspot.com/2012/01/azhar-idrus-bukan-nabi-dan-bukan-wali.htmlKata Aku: Gila Traffic blogger nih!!!Published with Blogger-droid v2.0.2

901 Dan Nur Amalina

Sekali lagi jgn campur aduk kan tajuk di atas.
cuma harus aku ingatkan kat mana kita dapat info berkenaan dua topik kat atas tuh.Ttg 901 tu dah mmg sahih, landskap politik kita mmg begitu.
Nak PRU nnti korang akan dgr mcm2 citer keluar.
Ia ibarat pekasam yang disimpan lama2 supaya sedap rasanya bila dh cukup masa utk dikeluarkan.
Atau ia juga mcm budu, bila dh seme bakteria yg patut keluar makin lazat di cicah.
Heran kan, org suka dgr citer peribadi dari nak tau apa yg dia mmpu buat utk kita.
sorry to say, bab politik ni aku sukar nak percaya sapa2.
sbb nye demi kemenangan org sanggupkan lakukan apa saja. korang pk sendiri la makna perkataan apa saja tu.Nur Amalina? kalo itu gambar dia, marilah kita doakan dia pulang ke pangkal jalan. dia lupa byk perkara tu. yg orang boleh access gambar2 dia sesaat lepas dia upload. tak payah la kita nak tambah ajinomoto plak. lepas semayang, tadah tangan mohon Allah beri petunjuk pada sekalian umat islam. mudah bukan. Amin.Published with Blogger-dro…

Bila Waktu Mula dan Tamat Solat Sunat Dhuha

Solat DhuhaSoalan:Bila waktu yang dibolehkanatau sesuai untuk solat Dhuha dan bolehkan dibuat secara berjemaah?Jawapan:Waktu dhuha ialah diantara setengah jam selepas waktu syuruk hingga setengah jam sebelum waktu zuhur. Boleh dilakukan secara jemaah.Sumber: Jabatan Mufti N9Published with Blogger-droid v2.0.2

OngBak Rindu

Aku terjebak.
Keluar dari kedai Ah Siong (Kedai Rakan DVD kami),
wife aku cakap dia beli citer best.
Aku ingat Real Steel nyer gambar dh ok.
sekalik dia ckp, citer ombak rindu dah kuar.
hampeh.
dah la aku yg suh dia kuar ngan kawan dia tgk citer tuh.
hehehe.
skalik dia p beli dvd plak.
ada propaganda nak suh aku tgk jugak nih.balik umah, pas je aku mandi2 seme.
skalik citer tu dah terpasang.
aduyai, kompem kene layan jugak nih.
mmg pon. selamat!!mmg aku layan sampai abis.
gilo.
selain dari citer hantu2, ni first time aku layan citer cinta melayu plak untk thn 2012.Kata Aku: Aaron belum cukup gentleman, kalo dia x cinta kat lisa, nape dia 'balon' gak pd malam pertama tuh. Aaron patut tgk cite yang ramai2 mati kat TV3. ala yg slot kol 7mlm. Apa ntah tajuk dia, haa. tentang dhia. kat si Adi Putra tu lari balik cari balik bini first dia pd mlm pertama tuh. Tp aku lupa la cite tu byk pki bomoh, ombak rindu x ada! Published with Blogger-droid v2.0.1

Silent Treatment

Diam aje sudah kan.
Dlm kita nak pertahankan sesuatu, kita rasa kita wajib berhujah sehingga titisan terakhir.tetapi, tanpa kita sedari jugak, dgn silent treatment kita mgkin berjaya membuatkan kita berada di kedudukan yg benar.
x percaya?dah cuba?
kadangkala orang mudah melihat kesilapan kita.
orang akan menhemburkan 1001 kesalahan yg mungkin kita x buat pun. sakit ati kan? cuba kawal amarah anda.
mmg susah. bertenang, bila kita berdiam, orang tu mgkin akan tnya kenapa kita diam.masa tu br kita jawab. dan pada masa tu lah masa yg paling sesuai untk kita bgtau yg kita di pihak yg benar.apa pun, adalah mudah untuk menulis drpada berkata kata, dan lebih mudah berkata kata dari melakukannya!!Published with Blogger-droid v2.0.1