Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2010

Wall Paper...

Kebiasaannya..untuk wallpaper pc..
1) Masa tunang letak gambar tunang
2) Dah kawen..err tak letak pun gambar bini segan..sbb orang dah tahu tu bini dia..
3)Bila dapat anak sulung..kompem..sebesar besar alam nak letak gambar anak tu..dah x der icon lain pun kat desktop tuh..
4)Bila dapat anak no 2..wall paper tukar kepada window default jer..hehehe...

p/s: Tgh cuba nak maintain letak gambar famili untuk wallpaper...hehehehhe..

Ramlee Salleh....

Kalo orang yang biasa berkunjung ke pejabat pos medan tuanku..mesti dah biasa dgn pemandangan kat bawah jenjantas yang jarang orang guna ni.. Ni adalah opis Ramlee salleh..penulis berdaftar yang sedia menabur khidmat penulisan-penulisan berhubung dengan rayuan LPKP, nat wat lesen ker..siap offer untuk tulis surat kepada KDN berhubung segala jenis rayuan..
hebat bukan?? guna typewriter beb...aku bukan nak memperkecilkan beliau..nak menghina jauh sekalik.. cuba semangat beliau tak luput di telan zaman..biarlah apa orang nak kata pun..
cuma pada aku..KEPADA SESIAPA YANG RASA2 DAH BANYAK KALI WAT RAYUAN HAL-HAL BERKAITAN LPKP KER KDN KER..TAK SALAH..KALO NAK CUBA KHIDMAT BELIAU..AKU PROMOTE NI PUN TAK DAPAT SATU SEN PUN..CUMA-CUMA..MUNGKIN APA YANG KITA CARI KITA BOLE JUMPA KAT OPIS KAT BAWAH JEJANTAS NIH!!..SIAPA TAHU??

Tidur atau Membaca...Taktik nak terus duduk?!

Selalunya aku tak berprasangka buruk..dan bila aku nak berfikir macam tu..seringkali aku fikirkan balik yang baik2..ntah la..rasa tak ada pekdah nya aku nak fikir lebeh2..

Ini pasal tempat duduk dalam LRT n ERL..aku tak nak cakap pasal komuter..sbb jarang benor naik bende alah tu..

Tp kadang2 aku terfikir..ada segelintir umat ni..bila dah dapat duduk terus tidur tak pon terus membaca dgn penuh keasyikkan..tak tgk pon orang sekeliling yang baru masuk dari stesen lain..

bukan sekali dua yang aku terserempak..org mengandung yang kene berdiri..tak pon yang bawak baby kene berdiri..sbbkan yang dapat duduk tu sibuk berdengkur tak pon sibuk membaca...cuma la kan..aku ni tak berkesempatan dan masih lagi diberi keberanian nak suruh orang duduk tu berdiri disebabkan ada orang yang lebih layak duduk dari dia!!!

Tp satu kemusykilan..mereka yang dok asyik membaca dan yang tidur lena tu kan..macam tau2 je stesen mana yang mereka kena turun!!..so..SYMP cakap ..taktik jer lahh..nak kekal duduk kat ke…

En.Jai ..Sahutlah Cabaran Ku!!

KAKITANGAN AWAM PERLU UBAH SIKAP NEGATIF DEMI MANFAAT RAKYAT

Bernama
2010/05/31

SEJAK kebelakangan ini pelbagai isu membabitkan kakitangan awam banyak dibicarakan. Bermula dari kakitangan sokongan hinggalah di kalangan pengurusan dan profesional. Terbaru, isu penipuan sijil sakit kakitangan awam. Pelbagai pihak memberikan pandangan mereka dan memberikan pelbagai cadangan untuk mengatasi masalah ini.

Namun, bagi saya secara jujurnya hanya sikap kakitangan awam itu yang mampu mengubah situasi ini. Selagi ada sikap berasa selesa dengan kedudukan dan jaminan dalam perjawatan dipegang selagi itulah penipuan akan terus berlaku.

Sebelum isu penipuan sijil cuti sakit ini, kakitangan awam ada mengutarakan isu jadual gaji mereka melalui Cuepacs dan meminta kerajaan mengkaji semula pendapatan mereka. Alasan masih sama seperti tuntutan yang pernah dibuat sebelum ini iaitu sebagai dorongan dan memberikan semangat kepada mereka untuk bekerja dengan lebih gigih lagi. Namun, apa yang pasti mutu perkh…

Cerita Pasal MC

Posted by CUEPACS
PUTRAJAYA: Tiga peratus daripada kira-kira 1.2 juta penjawat awam didapati memalsukan sijil cuti sakit mereka, kata Kongres Kesatuan Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs). Presidennya, Omar Osman, berkata kes berkenaan walaupun boleh dianggap terpencil tetapi perlu dipandang serius kerana ia boleh mencemarkan nama semua penjawat awam di negara ini.


Katanya, pemalsuan sijil cuti sakit bertentangan dengan etika kerja perkhidmatan awam yang tertakluk kepada kecemerlangan dan integriti dalam menjalankan tugas.

"Mereka sepatutnya memberikan sijil cuti sakit yang sah yang diperakukan oleh pegawai perubatan kerajaan atau swasta yang membolehkan atau melayakkan mereka menikmati kemudahan cuti sakit oleh majikan. "Kegagalan untuk berbuat demikian boleh menyebabkan mereka dibuang kerja jika didapati bersalah," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Kesatuan Pegawai Pengangkutan Jalan Semenanjung Malaysia (KPPJSM) di sini hari ini. Tu…