Perihal Ariel,Hakim Syarie..
BANDUNG - Vokalis Ariel Peterpan atau nama sebenarnya Nazriel Irham, dijatuhi hukuman penjara tiga tahun enam bulan dan didenda 250 juta rupiah (RM85,000) atau penjara tiga bulan oleh Mahkamah Daerah Bandung semalam, setelah didapati bersalah membuat dan mengedar video pornografi melibatkan dirinya dengan artis Luna Maya dan Cut Tari. Di negara kita.. GEORGE TOWN - Seorang Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang dan pasangannya dihadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam atas tuduhan berkhalwat di sebuah kuarters kerajaan dekat sini pada Disember tahun lalu. Adam Tumiran, 43, dan penasihat kewangan, Nurul Izani Md. Isa, 34, mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Syarie, Nik Bukhari Hashimy Nik Yahya pada pukul 10.30 pagi. Mereka didakwa berada bersama-sama dalam keadaan yang menimbulkan syak kira-kira pukul 2.05 pagi, 5 Disember tahun lalu, di rumah nombor 18B, kuarters kerajaan negeri, Jalan Masjid Negeri. Tu la dun...