Apa Ada Dalam Laporan Minoriti?
Dua tiga hari ni kecoh pasal laporan minoriti. ni bukan citer Minority Report lakonan Tom Cruise tuh. Aku bukan menghasut tp sekadar nak bgtau apa ada dlm tuh. nak percaya ke tak nak percaya, itu hak masing2. Malas la aku nak paksa2 orang. Bukan aku ahli politik pun. Sumber: MalaysiaKini LAPORAN MINORITI 1.0 Pendahuluan Ketiga-tiga wakil Pakatan Rakyat dalam Jawatankuasa Pilihan Khas Berhubung Penambahbaikan Proses Pilihan Raya iaitu Ahli bagi kawasan Gombak YB Mohamed Azmin Ali, Ahli bagi kawasan Rasah YB Loke Siew Fook dan Ahli bagi kawasan Kuala Krai YB Dr Hatta Md Ramli telah mencadangkan supaya satu Penyata Minoriti dilampirkan bersama Laporan Akhir Jawatankuasa semasa mesyuarat terakhir Jawatankuasa dijalankan pada 29 Mac 2012. Namun, cadangan tersebut telah ditolak dengan satu undian belah bahagi. Keputusan ialah 3 undi bersetuju dengan cadangan tersebut (Gombak, Rasah dan Kuala Krai) manakala 6 undi tidak bersetuju (Kota Marudu, Kangar, Alor Gajah, Kapit, Hulu Selangor ...