Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2011

Selamat Menyambut Aidilfitri 1432 Dan Hari Kemerdekaan ke 54

Selamat menyambut hari 'Kemenangan'..

Tahun ni agak istimewa sket.. sbb kita sambut Aidilfitri sama dengan hari kemerdekaan negara kita..

Meraikan 'kemenangan' kita tahun ni cukup simbolik..

Kemenangan menentang hawa nafsu dan juga menyingkap sejarah 'kemenangan' menentang penjajah menuntut kemerdekaan negara kita..

Dahulu mgkin kita pernah dengar 'kongsi raya'..dan menimbulkan kontroversi sedikit waktu tu..kali ni mgkin boleh bagi tema special sket..dan tak salah juga...waktu kita menziarahi kubur sanak saudara kita di pagi raya..kita sedekahkan Al-Fatihah pada perajurit..wira2 negara yang terkorban demi menjamin kesejahteraan kita sekarang..tanpa mereka juga mungkin kita tidak merasa aman menunaikah ibadah puasa sepanjang bulan ni...

Apa pun.. Selamat Hari Raya Aidilfitri..Maaf Zahir dan Batin...

Bulan Oh Bulan

Waktu puasa n raya ni lah bulan menjadi glamer..nak mula puasa pon kita tgk bulan..nak decide bila nak raya pon tgk bulan...

Kalo selain pada masa ni..kita jarang menghargai bulan.. sesekali lihatlah keagungan ciptaan Allah..moga kita mendapat iktibar dari setiap ciptaanNya..

Sempena Balik Kampung - Solat Sunat Safar

Utk tujuan perjalanan kemana jua, memang ada dianjurkan solat yg khas iaitu solat sunat safar (perjalanan), 2 rakaat dengan doanya:




Ya Allah, Engkaulah teman dalam perjalanan dan Engkaulah Penjaga keselamatan kaum keluarga, harta benda, anak cucu dan sahabat handai. Ya Allah, peliharalah kami dan mereka daripada keburukan dunia dan kerosakannya. Ya Allah, sesungguhnya kami bermohon kebaikan dan taqwa dalam perjalanan ini dan juga amalan-amalan yang Engkau redhai.



Ya Allah, kami bermohon supaya didekatkan dan dimudahkan perjalanan kami dan kurniakanlah kami disepanjang perjalanan ini keselamatan tubuh badan, agama dan harta benda.



Ya Allah, sesungguhnya kami berlindung denganMu daripada segala mara bahaya didalam perjalanan dan perkara-perkara yang mendukacitakan, jauhilah buruk pandangan pada kami, kaum keluarga, harta benda, anak cucu dan sahabat handai kami



Ya Allah, letakkanlah kami dan mereka sekalian didalam peliharaan Mu, janganlah Engkau lucutkan ni'matMu daripada kami dan…

Harga Barang Kawalan Raya 2011..Terkawalkah??!!

Semalam KPDNKK dah umumkan harga barang kawalan untuk raya nih...
Bukan nak menidakkan penguatkuasaan atau yang seangkatan dengan nya..tapi realiti nya..hanya pengguna dan pembeli yang tahu..
Harga kat atas hanya rujukan..kalo kasar sket..on paper jer lah..

X caya..korang cuba p bazar ramadhan pun dah cukup dah..kat situ peniaga pun dah mengeluh dah harga barang naik..end up..pembeli la yang kene tanggung harga tinggi..

So..secara tradisi nya..percaya atau tidak ..harga barang yang kita nak beli tu nnti kompem takkan sama dengan di atas...

Orang Malaysia..bukan sahaja kaya dengan budi bahasa..tp kaya juga dengan pelbagai ALASAN..
sedangkan tsunami kat  jepun pun bole wat alasan harga ayam naik...hebat tak hebatnya orang kite...

Kata aku..berjimat cermatlah..beri ikut keperluan..bukan kemahuan...

Renungan Ramadhan

Mengapa Hawa tercipta disaat Adam tertidur?


Seorang laki-laki jika dia kesakitan, maka dia akan membenci. Sebaliknya wanita, saat dia kesakitan, maka semakin bertambah sayang dan cintanya,, Seandainya Hawa diciptakan dari Adam As saat Adam terjaga, pastilah Adam akan merasakan sakit keluarnya Hawa dari sulbinya, hingga dia membenci Hawa. Akan tetapi Hawa diciptakan dari Adam saat dia tertidur, agar Adam tidak merasakan sakit dan tidak membenci Hawa. Sementara seorang wanita akan melahirkan dalam keadaan terjaga, melihat kematian dihadapannya, namun semakin sayang dan cintanya kepada anak yang dilahirkan bahkan ia akan menebusnya dengan kehidupannya.

Sesungguhnya Allah menciptakan Hawa dari tulang rusuk yang bengkok yang tugasnya adalah melindungi Qalbu(jantung, hati nurani). Oleh karena itu, tugas Hawa adalah menjaga qalbu. Kemudian Allah menjadikannya bengkok untuk melindungi qalbu dari sisi yang kedua. Sementara Adam diciptakan dari tanah, dia akan menjadi petani, tukang batu, tuka…

Nak Harap Org Komen or.. Nak Harap Orang Baca ??

Kalo la ikut kata nafsu..dua2 nak la..sbb bila komen baru la rasa ader orang baca..

Tapi..bulan2 pose..sbb mmg kita bgantung pada nafsu kita jer..kita rasa ..seme kita nak..

Kalo kita baca jer..tp tak komen..tak semestinya kita tak suka kat entry tu..

Mgkin kita rasa senang kalo kita tak cakap apa2.. kita dah jenguk kat blog tu pon dah kredit dah pada owner blog tuh..

Elok jugak kot..bulan2 puasa ni ..kita tak banyak komen sana..komen sini.. mgkin masa ni kita amik peluang komen diri sendirik..Muhasabah dirik!!..

Why n Why

Konsistensi!Konsistensi!

Aku pernah jd kalut x tentu pasal sbb x ada idea nk update blog satu hari satu entry.
Bengong kan..tu yg berbulan aku pernah x update tu..
Aku lupa yg x ada sapa monitor aku pun, bengong lg..
Pastu br aku sedar, wat apa tiru cara org..ikut kemampuan sendiri lar..so tahun ni..plg kurang satu minggu satu entry! Apa.? Sket? X apa la..yg penting konsistensi!

Senarai Semak Amalan Harian - Bulan Ramadhan

Semoga sama2 kita boleh amalkan..Amin.

Bayar Zakat Fitrah Secara Online!

Menarik......

Bayar zakat fitrah online akan dipertimbang


KUALA LUMPUR 5 Ogos — Kerajaan sedia mempertimbangkan cadangan supaya pembayaran zakat fitrah dapat dibuat secara dalam talian menerusi portal Pusat Pungutan Zakat (PPZ), kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Beliau berkata proses itu boleh dilaksanakan sepertimana pembayaran zakat pendapatan dan zakat perniagaan.

"Jika sistem pembayaran itu dilaksanakan, umat Islam tidak perlu gusar kerana pembayaran zakat seumpama itu dikira sah dari segi akadnya walaupun dibuat secara online.

"Kebiasaannya pembayaran zakat firtah dibuat melalui amil-amil yang telah dilantik tetapi Insya-Allah cadangan ini akan kita pertimbangkan di masa akan datang,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan penjenamaan semula portal PPZ Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), di sini malam tadi.

Jamil Khir berkata cadangan sebegitu mempunyai kebaikan memandangkan pembayaran zakat perniagaan dan zakat pe…

Buka Puasa Kat Luar..Membazir??

ni hasil bancian kat utusan online..
hampir 50% kata membazir..tp yang ni bukak puasa kat hotel or restoran lima bintang..
Kata aku..sekali sekali ok lah..mcm mana nak define sekali sekala..puasa 30 hari ..
so..kalo sekali sekala..pada aku tak lebih dari 4 kali la...anggaplah seminggu sekali..
Tp tu pun bukan la kat hotel/restoran sampai 100/person..makan apa tu beb sampai RM100...
tu belanja seminggu tuh...below rm60 or rm50 ok la...

apa pun ..tanya dirik sendirik la..sbb beli kat bazar ramadan pun boleh tahan..
ayam golek rm20 sekor...
air..rm3..
kuih..at least rm3...
belum lauk pauk..ikan bakar ..apa seme..
So ..pada orang yang undi membazir tu beringat la jugak..jgn kalo hari2 belanja kat b azar ramadan sampai 40-50..sama la gak korang g makan kat hotel 5 bintang tu ..hehehehe...