Posts

Showing posts from June, 2012

Perihal Cuti PM

Pada aku, berbelanja lah berapa pun, asalkan tiada satu sen pun yg diselewengkan. Aku harap juga, pembangkang jgn suka suka jer nak tnya berapa figure yg dibelanjakan. Ingat kelak, jika anda diberi mandat, soalan sama yg aku ajukan. Sekarang pembangkang suka cari perihal kerajaan, sbb mmg keje pembangkang pun. tp jgn sampai anda lupa, apa yang anda cari hari ini bkn sekadar nk dipolitikkan, tp untuk kesejahteraan rakyat kan! K'jaan pertahan cuti peribadi Najib di Milan 7:27PM Jun 29 2012 Selepas didesak oleh anggota parlimen pembangkang, Jabatan Perdana Menteri (JPM) mengakui Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bercuti peribadi di Milan menggunakan pesawat rasmi. Bagaimanapun, menurut jabatan itu, hanya jumlah minimum pegawai-pegawai mengiringinya dalam percutian itu bagi memastikan keselamatannya terjaga. Keseluruhan lawatan peribadinya daripada 18 hingga 25 Mei -dua hari di Washington dan lima hari ke Milan dengan transit di Dubai - menelan belanja RM273,799.57 menggunaka

Kenali Manusia Agung: Kenyang Cara Rasulullah S.A.W

Image
Published with Blogger-droid v2.0.4

Bahaya Tuh!!

Image
Kalo korang baca flyers ni, mesti korang rasa hidup korang tak pernah cukup pun. hehehe. Bukan la suh duk rumah goyang kaki. Tp kalo kita dok menghitung apa yg kita x ada jer, smpai bila kita rasa nak cukup. Sesekali hitunglah kenikmatan yang kita punyai, panjatkanlah kesyukuran kepada Allah, apa yg kita ada, org lain tiada. Pesanan untuk diri sendirik. Published with Blogger-droid v2.0.4

Pergi Dan Balik Kerja : Kemalangan Meningkat

Kemalangan ketika pergi-balik kerja meningkat 3:02PM Jun 27 2012 Kadar kemalangan ketika pergi dan balik kerja membabitkan pekerja meningkat setiap tahun sejak lima tahun lepas, kata Timbalan Ketua Eksekutif (Operasi) Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), Datuk Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed. Beliau berkata sebanyak 24,809 kes kemalangansemasapergi-balik ke tempat kerja direkodkan berlaku di seluruh negara pada tahun lepas berbanding 22,036 kes tahun sebelumnya (2010). "Sebanyak 90 peratus daripada 24,809 kes kemalanganitu melibatkan penunggang motosikaldan hampir 55 peratus daripada kemalanganitu berlaku dalam lingkungan satu hingga lima kilometer dari tempat kerja," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kempen Keselamatan Jalan Raya Perkeso negeri Selangor dengan kerjasama Panasonic Appliances Air-Conditioning Malaysia Sdn Bhd di Shah Alam hari ini. Mohammed Azman berkata jumlah keseluruhan kemalangan melibatkan pekerja yang direkodkan pihaknya sepanjang tahu

Datuk Bandar KL Yang Baru

Datuk Ahmad Phesal dilantik Datuk Bandar KL 7:06PM Jun 25 2012 Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Ahmad Phesal Talib dilantik sebagai Datuk Bandar Kuala Lumpur yang baharu untuk tempoh dua tahun berkuatkuasa 18 Julai ini. Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin dalam satu kenyataan hari ini berkata Ahmad Phesal, 58, menggantikan Tan Sri Ahmad Fuad Ismail yang tamat tempoh kontraknya pada 15 Julai depan. Katanya Ahmad Phesal yang telah berkhidmat selama 35 tahun dalam perkhidmatan awam mempunyai pengalaman luas dalam pentadbiran, pembangunan, dan perancangan wilayah serta pergurusan kerajaan tempatan sebelum dilantik sebagai Ketua Setiausaha di Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar pada 2007. "Semasa memegang jawatan Ketua Setiausaha Kementerian, beliau terlibat secara langsung dengan dasar-dasar mengenai Wilayah Persekutuan khususnya Kuala Lumpur seperti '

Kumpulan Sokongan Epilepsi

Image
Apa itu Epilepsi? Epilepsi (dari bahasa Yunani Kuno πιληψία Epilepsia'''') adalah gangguan neurologis umum kronis yang ditandai dengan kejang berulang tanpa alasan. Ini adalah tanda-tanda kejang sementara dan / atau gejala dari aktivitas neuronal yang abnormal, berlebihan atau sinkron di otak. Sekitar 50 juta orang di seluruh dunia memiliki epilepsi, dengan hampir 90% dari orang-orang yang di negara-negara berkembang. Epilepsi adalah lebih mungkin terjadi pada anak-anak muda, atau orang di atas usia 65 tahun. Published with Blogger-droid v2.0.4

Kenali Manusia Agung : Ambil Makanan Yg Dekat Dahulu

Image
Sama sama lah kita cuba. Kadang2 bila kita p kenduri ker, ada jamuan makan2 ker. Kan ada bnyak lauk atas meja. Mesti ada lauk kegemaran kita. Dah tentu kita nak amik lauk tu dl. Tp kalo lauk tu jauh dr tpt kita, ambillah lauk yg dekat dgn kita dahulu. InsyaAllah, ada keberkatan di sebalik tindakan kita tu. Mari kita cuba!! Published with Blogger-droid v2.0.4

Pendapat Dr. MAZA Ttg PRU Ketika Musim Haji

Dr Asri: Pilihan raya waktu haji satu kesalahan Ahmad Fadli KC | 8:28AM Jun 21 2012 Mantan Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainal Abidin berpendapat mengadakan pilihan raya umum (PRU) sewaktu musim haji adalah satu kesalahan. "Mengadakan PRU semasa musim haji seakan-akan sengaja solat di tempat orang lalulintas. "Kesalahan bukan kepada yang melintas tetapi kepada yang sengaja memilih tempat solat di tempat orang ramai melintas. "Orang yang sengaja memilih tempat lalulintas itu yang berdosa," katanyakepada Malaysiakini. Menurutnya lagi, perkara itu sebenarnya pernah diulas ramai ulama, termasuk Ibn Hajar dalam bukunya berjudul Fathul Bari yang mengulas hadis-hadis sahih Bukhari. Asri juga menggesa agar ulama yang mengkaji perkara itu agar "memahami dan melihat hukum pada dimensi yang lebih luas". Polemik pilihan raya umum sewaktu musim haji mula timbul apabila Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyeru anggota parti itu yang terlibat

Hebatnya Shebby!!

Maaf cakap kalo aku katakan nama Serbegeth Singh tidaklah sepopular Azman Adnan, Matlan Marjan, Subadron Aziz mahupun Rashid Hassan. Namun beliau telah membuktikan bola sepak bukan lah hanya skill di padang, tp anda juga perlu ada skil di luar padang, dn itu yang akan lebih menjamin masa depan pemain bola sebenarnya. Sebagai rakyat malaysia dh tentulah aku rasa bangga sbb dia dilantik sbgai pengarah bola sepak blackburn. dengan kedudukan ranking negara fifa kita yg jauh nun di sana, masih ada lagi yg menaruh kepercayaan pada org kita. dan tak perlulah kita nak syak wasangka plak. aku tau la org kita ni. dh paham sgt perangai. nk kondem org mmg terer giler. Apa pun tahniah. Gunakan peluang ni sebaik mgkin shebby. Aku tau ada sorang lagi bekas pemain kebangsaan yang pegang peranan penting kat kelab bayern. hehehehe. siapa dia, korang google la. hehehehe. KUALA LUMPUR - Bekas pemain pertahanan kebangsaan Serbegeth Singh dilantik sebagai pengarah bola sepak kelab divisyen satu Engla

Datuk Seri Dr Ali Hamsa KSN Baru Ganti Tan Sri Sidek Hassan

Tahniah!! Ali Hamsa dilantik KSN yang baru Bernama | 4:41PM Jun 19 2012 Ketua Pengarah, Unit Kerjasama Awam Swasta, Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ali Hamsa, 57, hari ini diumumkan sebagai Ketua Setiausaha Negara yang baru berkuat kuasa mulai 24 Jun 2012. Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan hari ini berkata beliau menggantikan Tan Sri Mohd Sidek Hassan yang akan tamat kontrak perkhidmatannya pada 23 Jun ini. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan pelantikan Ali, kata kenyataan itu. Ali yang dilahirkan di Kluang, Johor pada 29 Ogos 1955, berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi (Kepujian) dari Universiti Malaya dan Ijazah Sarjana Ekonomi serta Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Environmental Science & Economics dari Oklahoma State University, Amerika Syarikat. Beliau mula berkhidmat sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 5 Jan 1981 sebagai Penolong Setiausaha di Kementerian Perdagangan dan Perindustrian. Beliau mempunyai pengalam

Kenapa dan Kesan Hempedu Di Buang - Based on True Story

Image
Semalam aku didatangi komen dari seorang pembaca... Ni adalah Lanjutan dari Entri nih..  Erk..Kene Buang Hempedu?!! Kesan Alhamdulillah..dah 2 bulan lebih hempedu dibuang..tiada kesan sampingan yang boleh dilihat dari mata kasar..berat badan turun sedikit..bukan sbb kene pantang makan..dari segi pemakanan ..x ada apa yang kene pantang..cuma harus beringat dari segi penngambilan bende berlemak..so..kuantiti kene beringat la beb!..hehehe.. kalo dulu dah biasa makan KFC 3 ketul..makan la 2 ketul jer..lebih kurang macam tu lah Sebabnya..doktor cakap..dulu aku ada hempedu untuk ditugaskan menghancurkan lemak2 makanan ni..sekara ni .. Hati yang ambil alih tugas tu.. So secara logiknya..kita tak nak lah Hati ni bekerja keras dari biasa..nnti overwork hati kita..dan sakit la hati kita nnti..hehehe..eh..ni betul ni.. Tp dari segi ilmu kedoktoran nnya..nak elakkan hati kita jadi Fatty Liver..hati berlemak lah.. So..kalo dirumuskan.. Alhamdullillah dengan kuasa Allah.. tiada kesan s

Baik Korang Simpan IPhone Korang!!

Kalo korang ada iphone yg first generation tu simpan lah. pastikan ia berfungsi dengan elok. x payah nak trade in lah. . sbbnya lagi 36 tahun x mustahil harganya jadi juta juta,x caya? Baca ni. . . Komputer Apple tahun 1976 dilelong AS$374,500 NEW YORK 18 Jun - Sebuah komputer jenama Apple yang dikeluarkan pada 1976 dilelong pada Jumaat lalu di sini dengan harga AS$374,500 (RM1.2 juta), 500 kali ganda lebih tinggi daripada harga asalnya. Syarikat lelong Sotheby's yang menganjurkan acara lelong tersebut berkata, komputer terbabit masih berfungsi dengan baik dan melebihi anggaran nilai lelongan sebanyak AS$150,000 (RM465,000). Acara lelong tersebut turut melelong beberapa buku lama termasuk manuskrip. - REUTERS Published with Blogger-droid v2.0.4

Cara Guna Lif Tanpa Perlu Berhenti

Image
Bole caya ker? Ada yg try x ? Published with Blogger-droid v2.0.4

4 Terma Tambah Baik Perkhidmatan Awam

Suruhanjaya Khas Mengkaji Transformasi Perkhidmatan Awam hari ini mengumumkan empat terma rujukan bagi menambah baik kualiti perkhidmatan awam melalui penyampaian berkesan kepada rakyat. Menurut kenyataan sekretariat suruhanjaya berkenaan, terma rujukan itu termasuk 1: Merasionalisasi perkhidmatan awam bagi meningkatkan keberkesanan dan kecekapan penyampaian perkhidmatan. 2: Memastikan transformasi kepimpinan perkhidmatan awam yang berupaya menyeimbangkan kepentingan politik dan pentadbiran. 3: Memperkasa modal insan perkhidmatan awam bagi menyampaikan perkhidmatan yang responsif kepada kehendak pelanggan. 4: Mengutamakan kebajikan penjawat awam dengan memastikan perkhidmatan awam yang lebih fleksibel dan adil. Suruhanjaya khas yang dipengerusikan bekas Ketua Hakim Negara Tun Zaki Tun Azmi itu telah bermesyuarat dua kali iaitu pada 7 Jun dan Rabu lepas dengan kesemua enam anggota suruhanjaya menghadirinya. Suruhanjaya itu turut mempelawa orang ramai mengemukakan cadangan dan pan

50 Perkara Yang Anda Tak Perlu Tahu!!

Image

Apa itu 'Bokeh'?

BAGI peminat fotografi yang sudah lama berkecimpung dalam hobi ini, perkataan bokeh seakan-akan satu perkara asing bagi mereka. Ini disebabkan bokeh yang berasal daripada perkataan Jepun, 'boke', yang bermaksud kabur atau jerebu kini diadaptasikan dalam elemen fotografi yang bermaksud nilai estetika kawasan kabur dan mula digunakan oleh peminat fotografi masakini. Bokeh mula diperkenalkan pada tahun 1997 melalui majalah Photo Techniques oleh editornya pada ketika itu, Mike Johnston. Namun, bokeh bukanlah hanya teknik fotografi yang mengaburkan bahagian latar belakang sahaja tetapi ia lebih kepada nilai atau suasana menarik di bahagian latar belakang. Sebagai contoh, rakaman dilakukan dengan subjek berlatar belakangkan pancaran cahaya dari kejauhan atau kilauan matahari yang melalui celah-celah dedaunan. Ini akan menghasilkan satu bentuk cahaya yang bulat dan menghasilkan efek yang menarik. Untuk mendapatkan efek ini, lensa utama atau prime lens sering digunakan termasuk le

Kenali Manusia Agung : Bila Terlupa Membaca Bismillah

Image
Published with Blogger-droid v2.0.4

Bootikz : It's all about Middle East Stuff! !

Image
Sekadar menolong sahabat!! Basic Info About: It's all about Middle East stuff Location: Al Barsha Dubai, United Arab Emirates Detailed Info Description: We are selling Middle East clothing and accessories /Kami menjual pakaian dan aksesori dari Timur Tengah . Price Range: $$$$ (50+) Facebook: facebook.com/bootikz Contact Info Email: bootikz@yahoo.com Phone: +971503594475 / +971501598824 / 23BC52D2 Published with Blogger-droid v2.0.4

Teka Kereta Apa Yang Bertuah Pakai WWW 1?

Image
Ntah kenapa entri ari ni masih lagi pasal WWW1...hehehehe.. Ni aku dapat dari sini... JejakTrend Cer la teka... Haaa..bertuah kereta tuh... X nak la nak ulas panjang2..sekadar nak kongsi2 jer... Tp aku rasa tu cukup untuk menjawab yang kat bawah ni kot... Moral of the story...ish..pk sendiri larr....

Tripple Double U One - Sultan Johor MURKA

Sultan Johor murka terhadap Mohammad Nizar NUSAJAYA 14 Jun - Sultan Johor Sultan Ibrahim hari ini melahirkan rasa murka terhadap bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang mengkritik tindakan baginda membida nombor pendaftaran kenderaan WWW 1 menerusi laman Twitter baru-baru ini. Sultan Ibrahim bertitah, tindakan Mohammad Nizar itu juga merupakan satu penghinaan kepada rakyat dan kedaulatan negeri Johor dan baginda berharap Anggota Dewan Undangan Negeri Pasir Panjang itu sedar mengenai kesilapannya. ``Baru-baru ini ada pemimpin politik yang secara terang-terangan mengkritik tindakan saya membida nombor pendaftaran di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). ``Adakah dia lupa tentang adab Melayu atau sememangnya dia seorang yang jahil dan cetek akalnya? ``Janganlah cuba berlagak pandai jika tidak berilmu dan janganlah mengeluarkan kenyataan sesuka hati jika tidak tahu perkara yang sebenar. ``Bukankah berdiam diri itu lebih baik daripada berkata yang tida

Kenapa Mesti Lari Ke Lombok?!

Image
Err.tgk peta topography... apa yang menarik nya... Kadang2..aku tertanya tanya gak..kenapa mesti lari ke lombok? Ada bubur lambuk free ke hari2 kat sana?? Kompius aku.. Tapi akhirnya terjawab... rupanya ada.. ohh..ada ni plak.. ishh...ada lagi.. dannn.. patut la org suka lari ke sana...   Siott.. jer..lari tak ajak..hahahahahaha... Kata Aku: Secara tak sengaja plak aku g promote lombok ni..err..Duta Lombok dah di isi ker???

Akta Keterangan (Pindaan) (No.2) 2012 dan Hak Pengguna Internet

Image
*Section 114A: – A person whose name, photograph or pseudonym appears on any publication depicting himself as the owner, host, administrator, editor or sub-editor, or who in any manner facilitates to publish or re-publish the publication is presumed to have published or re-published the contents of the publication unless the contrary is proved. – A person who is registered with a network service provider as a subscriber of a network service on which any publication originates from is presumed to be the person who published or re-published the publication unless the contrary is proved. – Any person who has in his custody or control any computer on which any publication originates from is presumed to have published or re-published the content of the publication unless the contrary is proved. (Computer here means any data processing device, including tablets, laptops and mobile phones.) Kami, para pengguna internet yang mendukung kebebasan berinternet ingin menggesa pihak Kerajaa

Hebatnya Triple Double U

Lagi isu semasa. Sebenarnya to be fair, jgn la citer sebelah pihak jer. No plat ni mmg jadi kegilaan org berduit. betul x? X kan la x ada seorang pun ahli politik pembangkang pun beli no nih. x logik kan. aku x kata aku sokong kerajaan 100%. yg tak betul n x setuju, aku x sokong gak. apa pun, hentam punya hentam. akhirnya ada berita ni. so, who's next ? MalaysiaKini : Liow akhirnya lepaskan WWW15 4:15PM Jun 11 2012 Setelah dikritik hebat, Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai akhirnya membuat keputusan melepaskan nombor pendaftaran 'cantik' WWW15 yang hampir menjadi miliknya. Liow juga menegaskan tidak pernah membida mendapatkannya tetapi hanya memohon nombor [pendaftaran untuk kenderaan rasmi kementerian daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). "Pejabat saya telah menerima surat rasmi daripada Jabatan Pengangkutan Jalan pada 6 Jun 2012, mengesahkan kelayakan pemberian nombor pendaftaran percuma tersebut. "Setelah mendapat makluman bahawa

PaYa TaYa PaYa TaYa AinYaNun

Image
Hehehehe.. PTPTN laa... Mesti korang tertanya tanya kan.. Isu yang tak sudah2 kan.. Tp kesian la plak budak2 jadi mangsa.. Tp kan..kenapa la pembangkang tak amik peluang.. buktikan yang mereka bole cari duit utk bebudak nih.. Sayang kan..dah.. peluang datang sekalik jerr.. Kerajaan saja nak test..bagi bola lambung ..korang tak nak smash plak.. sapa suruh.. owhh.. aku bukan pakar ekonomi.. tak bole nak dapatkan duit tu..cakap mmg senang la.. Ishh..Marah plak org yang sokong pembangkang.. Pedulik apa aku..hehehe..

Titian Perjalanan Yang Sebenar

Image
Renungan pagi ahad . Published with Blogger-droid v2.0.4

Kahwin = Workshop ??

Image
Sumber Gambar : Aunty Acid

Kenali Manusia Agung : Cara Rasulullah S.A.W Makan

Image
Jgn risau sangat kalo kita tgh menikmati makanan tetiba ada rakan datang, pelawa lah dia makan sekalik. Jgn risau makanan x cukup. Nabi dah ckp, pasti cukup kalo kita sentiasa ingat dengan Allah. Allahuakbar! Published with Blogger-droid v2.0.4

Jersi No 9 Pasukan Euro 2012 Ada Toksik?!

Perghh. mcm2 kali nih. Teringat citer yg ada masa satu world cup tu, air minuman yg kat tepi padang tu diaorang bubuh something supaya pemain cepat letih. Tak tahu dah nak percaya sapa daaa. . . LONDON 7 Jun - Satu penyelidikan yang dijalankan pertubuhan pengguna di Eropah menunjukkan jersi sebilangan pasukan yang bersaing dalam Euro 2012 bertoksik. Kaji selidik terhadap bahan kimia yang digunakan untuk membuat jersi pasukan Poland, Sepanyol, Jerman, Rusia, Ukraine, Itali, Perancis, Belanda dan Portugal itu mendapati jersi kesemua sembilan pasukan kebangsaan itu mengandungi tahap bahan kimia yang membimbangkan. - AGENSI Published with Blogger-droid v2.0.4

Mengapa Allah Tak Kabulkan Semua Doa2 Kita ? - UAI

Image
Betul juga..kadang2 aku terpk juga.. Tgk org kaya makin kaya.. Yang miskin makin miskin.. Tp yang kaya tu bukan islam.. Yg miskin tu islam.. Tp harta bukan la ukuran kita di sisi Allah.. Tgk amalan kita mcm mana.. Susah sedikit atas dunia.. InsyaAllah kita senang lenang di dunia akhirat kelak.. Sumber Gambar : Komuniti Rakan Dakwah

Ron 97 Turun 10sen Esok

Dari Malaysia Kini Kejatuhan harga minyak mentah global telah mendorong kerajaan persekutuan untuk mengurang harga minyak RON97 dari RM2.90 kepada RM2.80 seliter, berkuatkuasa esok. Bagaimanapun, harga petrol gred RON95 kekal pada RM1.90 seliter, yang menurut kerajaan membabitkan kos subsidi tahunan RM2 bilion untuk mengekalkan. Sumber rapat dengan kabinet berkata, oleh kerana harga RON97 ditentukan oleh apungan terurus, harganyaakan turunnaik. Harga RON97 naik empat kali tahun lepas. Mei lalu, harga minyak mentah melepasi paras USD100. Published with Blogger-droid v2.0.4

7 Dari 10 Pelajar 13-18 Tahun Alami Masalah Jerawat

Ada jerawat? biasalah tuh. tertarik plak ngan berita kat utusan online ari nih. pasal jerawat pun bole wat kajian tuh. betul juga, kalo dh byk sgt bole ganggu ketrampilan diri, dn akan ganggu emosi pelajar utk belajar juga. tetiba terpikir, kalo aku nal sambung master, nk wat kajian apa ek? ada cadangan? Utusan Online, 5 Jun - Kajian pasukan penyelidik dari Unit Pembangunan Panduan Amalan Klinikal (CPG), Kementerian Kesihatan mendapati 67.5 peratus pelajar berumur 13 hingga 18 tahun dari dua buah sekolah menengah mengalami masalah jerawat. Pengarah Hospital Kuala Lumpur (HKL), Datuk Dr. Zaininah Mohd. Zain berkata, angka itu adalah tinggi dan membimbangkan kerana berlaku di kalangan remaja yang sensitif terhadap keterampilan diri dan boleh menyebabkan gangguan emosi. Sehubungan itu, menurutnya, satu set buku CPG terbaru berkenaan jerawat akan diedarkan ke semua hospital dan klinik kesihatan seluruh negara dalam masa terdekat bagi memberi pendedahan mengenai cara mengatasi dan meng

Rahsia Solat

Image
Firman Allah Swt melalui Surah Al-Ankabut Ayat 45 yang bermaksud: "Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran, dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun) sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya) dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu k...erjakan" PENGERTIANNYA Allah Tidak Pernah Memungkiri JanjiNya. Seandainya Sholat seseorang itu dan jika kita semua tidak mampu Mencegah Diri daripada Kejahatan, terutamanya Zina, pasti ada sesuatu yang tidak kena dengan Sholat yang kita kerjakan. Bukan sahaja daripada Aspek Cukup Syarat atau Sah Tidak Sahnya Sholat itu, malah Intipati dan Maknanya. Mari kita sama-sama periksa solat kita. insyaAllah. Sumber : Cukuplah Allah Bagiku

Guna MyTeksi Utk Dapatkan Teksi Yang Paling Hampir

Alhamdulillah, satu kemudahan lagi yg bole kita guna dan manfaatkan. Tp tak cerita plak ada xtra caj atau tidak. Harap2 tak adalah. Betul x? KUALA LUMPUR 5 Jun - MyTeksi Sdn. Bhd. hari ini melancarkan perkhidmatan penghantaran teksi dengan GPS (Sistem Penentu Kedudukan Sejagat) yang membolehkan penumpang mendapatkan teksi yang berada paling dekat dengan mereka dengan mudah. Pengurus Besarnya, Chew Wei Chuan berkata, syarikat itu akan pertamanya menumpu kepada menyediakan penyelesaian terbaik bagi memadankan penumpang dengan pemandu teksi di Lembah Klang. Tahun depan ia merancang menembusi pasaran Asia Tenggara, katanya selepas pelancaran aplikasi MyTeksi di sini. "Aplikasi MyTeksi itu yang dibangunkan dan diuji sejak September tahun lepas menerima lebih 500 tempahan sehari ketika ini," katanya. Kira-kira RM500,000 dilabur untuk membangunkan teknologi itu dan aplikasi tersebut merupakan yang pertama di negara ini yang menggunakan teknologi berasaskan telefon pintar bagi

Nilai Hantaran Anak Perempuan Anda Mengikut Tahap Pendidikan!!

Image
Erkk..ini baru tahun 2012...tak tahu lagi 20 tahun camana.. Agak kompius.. Aku harap..kita semua berbalik pada asal.. Ikut lunas2 Islam.. Pesanan ni utk diri aku jugak... Wallahualam.. Sumber Gambar : BEN ASHAARI

4 Juta Saman Trafik Bagi Kenderaan Singapura Belum DiBayar!!

Perghh. Ratusan juta ringgit tuh, yg x tahan lagi sejak 2005. err dah 7 tahun dah. So polis trafik johor kene lebih pro aktif la. kekadang kat highway ni kete plat diaorang yg mcm pelesit. laju satu hal la. aku syorkan, buat la mcm kat malaysia. blacklist kan nama diaorang smpi tak bole renew roadtax. deal la ngan jpj sana. takkan tak bole kot. undang2 tetap undang2 kan. kalo tak buat mcm tu, diaorang buat bodo jer la. kita kat sini pun kalo x diblacklist, maunya nak bayar. hehehe. Berita Penuh. Sebanyak 4 Juta saman trafik membabitkan kenderaan bernombor pendaftaran Singapura bernilai ratusan juta ringgit masih belum dilunaskan pemiliknya sejak 2005. Justeru, polis negeri ini melancarkan Ops Warta Singapura pada setiap Jumaat bermula 18 Mei lalu bertujuan mengesan pemilik kenderaan tersebut, sekali gus menggalakkan mereka membayar 'hutang' tersebut. Ketua Trafik Daerah Johor Bahru Selatan, Deputi Supritendan Ooi Kok Seong berkata, operasi itu memberi fokus kepada kes sam

Salah Soalan??!!

Image
So camana nak semak jawapan nih...heheheheh...

Perjanjian RM3

Image
Kecik2..RM3..dah besar nanti..RM3 Bilion..hehehehehe

Segmen Kenali Manusia Agung : Cara Rasulullah S.A.W Berjalan

Image
Published with Blogger-droid v2.0.4

Jawapan KKR Untuk Jurutera CFS

Jurutera kontrak perlu mohon untuk diserap ke jawatan tetap KEMENTERIAN Kerja Raya (KKR) merujuk kepada surat bertajuk Jurutera Kontrak Lama Berkhidmat Mohon Diserap ke Jawatan Tetap yang disiarkan dalam ruangan ini pada 15 Mei 2012. Untuk makluman, pelantikan Jurutera Gred J41 secara Contract For Service (CFS) merupakan satu inisiatif yang dilaksanakan oleh kerajaan dalam membantu pelaksanaan projek di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9). Pelantikan pegawai CFS telah dilaksanakan secara berperingkat dan dibayar atas konsep pembelian perkhidmatan di mana bayaran ditetapkan terhad kepada gaji, imbuhan tetap khidmat awam dan imbuhan tetap perumahan berdasarkan gred jawatan pegawai tersebut. Pegawai CFS juga layak mendapat bayaran dan kemudahan ketika menjalankan tugas rasmi seperti yang telah ditetapkan dalam perjanjian dan lain-lain kemudahan yang diluluskan dari semasa ke semasa. Berdasarkan konsep pembelian perkhidmatan tersebut, emolumen dan kemudahan yang diperol