Guna MyTeksi Utk Dapatkan Teksi Yang Paling Hampir
Alhamdulillah, satu kemudahan lagi yg bole kita guna dan manfaatkan. Tp tak cerita plak ada xtra caj atau tidak. Harap2 tak adalah. Betul x?
KUALA LUMPUR 5 Jun - MyTeksi Sdn. Bhd. hari ini melancarkan perkhidmatan penghantaran teksi dengan GPS (Sistem Penentu Kedudukan Sejagat) yang membolehkan penumpang mendapatkan teksi yang berada paling dekat dengan mereka dengan mudah.
Pengurus Besarnya, Chew Wei Chuan berkata, syarikat itu akan pertamanya menumpu kepada menyediakan penyelesaian terbaik bagi memadankan penumpang dengan pemandu teksi di Lembah Klang.
Tahun depan ia merancang menembusi pasaran Asia Tenggara, katanya selepas pelancaran aplikasi MyTeksi di sini.
"Aplikasi MyTeksi itu yang dibangunkan dan diuji sejak September tahun lepas menerima lebih 500 tempahan sehari ketika ini," katanya.
Kira-kira RM500,000 dilabur untuk membangunkan teknologi itu dan aplikasi tersebut merupakan yang pertama di negara ini yang menggunakan teknologi berasaskan telefon pintar bagi tempahan dan penghantaran teksi.
Perkhidmatan itu dikuasakan oleh teknologi Machine-to-Machine Maxis, serta memanfaatkan perkhidmatan rangkaian 3G dan 2G meluasnya di Malaysia. - BERNAMA
Comments
Cuma ada sikit musykil..ikut pemahaman pembacaan aku, .."menggunakan teknologi berasaskan telefon pintar bagi tempahan dan penghantaran teksi"..adakah kena guna smartphone untuk tempah??..
Sebab xsemua orang ada smartphone..sori la kalau aku salah faham
Dan RM2 ini dibayar kepada pemandu teksi dan bukan kpd MyTeksi.
Jika nak tempah MyTeksi tetapi takde smartfon, boleh lah tempah dgn SMS. Ikut format kat sini -> http://myteksi.com/sms
Harap semua berjalan lancar nila membuat tempahan. Hari ni kita hanya ada 150 teksi tetapi kami bekerja keras utk menambahkan lagi pemandu MyTeksi di sekitar Lembah Kelang, harap bersabar :)
RM2 ini tidak perlu dibayar kpd MyTeksi.
Dan jika penumpang takde smartfon iPhone & Android, penumpang boleh membuat tempahan melalui SMS mengikut format kat sini -> http://myteksi.com/sms
Hari ini kami ada 150 teksi dan bekerja keras utk menambahkan lagi bilangan teksi di sekitar Lembah Kelang.
Jika anda ada persoalan atau masalah lagi, boleh hubungi kami di support@myteksi.com
sayrikat kami adalah agent yang dilantik oleh coop-myteksi
coop myteksi ada koperasi teksi yang bergabung diantara LCCT, Melaka Sentral dan Putrajaya serta Lembah Klang
Ada beza antara masuk direct myteksi dan coopmyteksi