Hati2 Ya Majikan kepada Bibik sekalian!!!
Majikan arah pembantu rumah Indonesia buat kerja lain didenda RM500,000 2011/11/24PUTRAJAYA: Majikan yang menggaji pembantu rumah Indonesia dan mengarahkan mereka menjalankan kerja selain daripada di rumah boleh didenda sekurang-kurangnya RM500,000 atau penjara tiga hingga 20 tahun. Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia, Datuk Sheikh Yahya Sheikh Mohamed, berkata kesalahan mengikut Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007 itu termasuklah mengarahkan pembantu rumah membantunya bekerja di pasar malam atau kedai runcit, menjaga orang sakit di rumah selain di rumah majikan itu serta meminta mereka bekerja di rumah lain walaupun di rumah saudara-mara sendiri."Di Indonesia, apabila kita memohon pembantu rumah, kita akan ditanya untuk tujuan apa, kerana kalau pembantu rumah diambil untuk menjaga orang tua, latihan yang akan diberi khusus untuk jaga orang tua saja. Kalau diambil untuk kerja-kerja rumah, latihan yang diberi hanya berkaitan...