10 Berita Terhangat 2011
Susunan mengikut undian daripada pembaca laman portal Malaysiakini. 1 : Perhimpunan BERSIH 2.0 pada Julai menjadi topik paling popular di kalangan pembaca untuk tahun ini. 2: Skandal dalam National Feedlot Corporation 3 : Kontroversi di sebalik cincin bernilai RM24 juta. 4: Berita berkaitan kegiatan aktivisme pelajar serta kempen untuk memansuhkan AUKU. 5: Pilihan raya negeri Sarawak. 6: Liputan berhubung siasatan suruhanjaya diraja ke atas kematian Teoh Beng Hock. 7: Kontroversi yang timbul daripada kenyataan timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu berhubung Mat Indera. 8: Liputan ke atas pertikaian yang ditimbulkan ke atas daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya. 9: Liputan mengenai langkah tidak konsisten kerajaan berhubung dasar untuk mengajar subjek Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris. 10: Liputan berhubung dakwaan mengenai usaha minoriti Kristian untuk mengambil alih negara. Sumber: Laman web MalaysiaKini Published with Blogger-droid v2.0.1