4 Juta Saman Trafik Bagi Kenderaan Singapura Belum DiBayar!!
Perghh. Ratusan juta ringgit tuh, yg x tahan lagi sejak 2005. err dah 7 tahun dah. So polis trafik johor kene lebih pro aktif la. kekadang kat highway ni kete plat diaorang yg mcm pelesit. laju satu hal la. aku syorkan, buat la mcm kat malaysia. blacklist kan nama diaorang smpi tak bole renew roadtax. deal la ngan jpj sana. takkan tak bole kot. undang2 tetap undang2 kan. kalo tak buat mcm tu, diaorang buat bodo jer la. kita kat sini pun kalo x diblacklist, maunya nak bayar. hehehe.
Berita Penuh.
Sebanyak 4 Juta saman trafik membabitkan kenderaan bernombor pendaftaran Singapura bernilai ratusan juta ringgit masih belum dilunaskan pemiliknya sejak 2005.
Justeru, polis negeri ini melancarkan Ops Warta Singapura pada setiap Jumaat bermula 18 Mei lalu bertujuan mengesan pemilik kenderaan tersebut, sekali gus menggalakkan mereka membayar 'hutang' tersebut.
Ketua Trafik Daerah Johor Bahru Selatan, Deputi Supritendan Ooi Kok Seong berkata, operasi itu memberi fokus kepada kes saman trafik membabitkan kenderaan dari republik berkenaan yang tertangguh sejak 2005 serta telah dikeluarkan waran.
"Pemeriksaan bermula tiga minggu lalu dan pemilik kenderaan yang ditahan dibawa ke ibu pejabat trafik di sini untuk menjelaskan bayaran saman berkenaan.
"Setakat dua operasi yang lalu kita berjaya mengutip saman berjumlah RM67,000 dan operasi ini akan diteruskan pada minggu depan," katanya selepas mengetuai operasi itu hari ini.
Kok Seong berkata, pihaknya mendapati pemilik kenderaan negara jiran itu memberikan alasan tidak membayar saman kerana tidak mengetahui mereka dikenakan tindakan saman.
Beliau berkata, terdapat satu kes pemilik kenderaan mempunyai saman terkumpul sebanyak 30 kes yang kesemuanya berjumlah RM4,060.
Dalam pada itu, suasana di Balai Polis Trafik Johor Bahru Selatan di sini yang lengang bertukar sesak apabila dipenuhi kenderaan pesalah trafik dari republik itu yang diminta menjelaskan saman masing-masing serta-merta.
Rakyat Singapura berkenaan kelihatan beratur panjang menunggu giliran masing-masing bagi membayar saman tersebut.
Comments