Skip to main content

Hebatnya Shebby!!

Maaf cakap kalo aku katakan nama Serbegeth Singh tidaklah sepopular Azman Adnan, Matlan Marjan, Subadron Aziz mahupun Rashid Hassan. Namun beliau telah membuktikan bola sepak bukan lah hanya skill di padang, tp anda juga perlu ada skil di luar padang, dn itu yang akan lebih menjamin masa depan pemain bola sebenarnya.

Sebagai rakyat malaysia dh tentulah aku rasa bangga sbb dia dilantik sbgai pengarah bola sepak blackburn. dengan kedudukan ranking negara fifa kita yg jauh nun di sana, masih ada lagi yg menaruh kepercayaan pada org kita. dan tak perlulah kita nak syak wasangka plak. aku tau la org kita ni. dh paham sgt perangai. nk kondem org mmg terer giler.

Apa pun tahniah.
Gunakan peluang ni sebaik mgkin shebby.
Aku tau ada sorang lagi bekas pemain kebangsaan yang pegang peranan penting kat kelab bayern. hehehehe. siapa dia, korang google la. hehehehe.

KUALA LUMPUR - Bekas pemain pertahanan kebangsaan Serbegeth Singh dilantik sebagai pengarah bola sepak kelab divisyen satu England, Blackburn Rovers, mulai musim depan.

Laporan Daily Mail United Kingdom semalam mendedahkan pemilik Blackburn yang berasal dari India, Venky mengesahkan Serbegeth, yang turut dikenali sebagai Shebby, diberikan tanggungjawab tersebut.

Salah satu tugas Shebby kelak ialah bertindak sebagai orang tengah untuk Venky dan pengurus kelab itu, Steve Kean.

Shebby disifatkan arif tentang Liga Perdana Inggeris sebagai pengulas di saluran televisyen berbayar.

Shebby, 43, dijangka meninggalkan kerjayanya sebagai pengulas bola sepak sebuah saluran televisyen tempatan tersebut untuk menggalas cabaran baru itu.

Beliau merupakan bekas pemain kebangsaan Malaysia dari 1978 hingga 1996.

Shebby juga merupakan ketua pasukan Kuala Lumpur dan membantu pasukan berkenaan menjuarai Piala Malaysia sebanyak tiga kali berturut-turut dari 1987 hingga 1989.

Sementara itu, Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Amin berkata, pemilihan Shebby sesuatu yang baik buat negara dan bekas pemain itu.

Kata Hamidin, melalui jawatan yang bakal disandang oleh Shebby, ia diharap dapat memberikannya lebih banyak idea sekali gus mampu membantu pembangunan sukan bola sepak tanah air.

"Saya bangga apabila mengetahui berita ini.

"Saya percaya ada sesuatu yang istimewa pada Shebby sehingga membolehkannya terpilih mengisi jawatan penting itu.

"Ini juga membuktikan bahawa bekas pemain bola sepak kita mempunyai kualiti tersendiri untuk berjaya di peringkat lebih tinggi," katanya ketika dihubungi.

Published with Blogger-droid v2.0.4

Comments

Popular posts from this blog

Tafsiran Mimpi Patah Gigi

Mimpi selalu dikaikan dengan mainan tidur ataupun mainan syaitan..biasanya kalo kita pk2 lebey sebelum tido kompem terbawak2 dalam tido..ada gak orang cakap kalo mimpi sebelum subuh tu bole la nak amik pakai..tp kalo mimpi lepas subuh tu kompem la mainan syaitan..apatah lagi kalo tak reti2 nak bgun solat subuh..ada gak kajian cakap ..kalo kita tido kat bilik terlalu sejuk a.k.a tido dlm A/C la..kita akan mudah mendapat mimpi ngeri berbanding tido dalam suhu biasa..aku tak tahu la betul ke tak..tp kalo korang nak try apa salah nya..set la A/C yang plg low..tgk apa jadi..

Entri kali ni aku nak cakap pasal mimpi patah gigi..or tercabut gigi ..biasanya org akan kaitkan mimpi ni dgn seseorang yang mungkin meninggalkan kita bermakna akan meninggal la.aku tak suh korang percaya 100%..ajal maut di tangan tuhan apa..tu mmg tak boleh disangkal lagi..apa pun aku nak berkongsi sket la pengalaman aku or family aku..

1. Wife aku mimpi cabut gigi atas ..awal tahun 2005 (x salah aku)..akhir 2005 ayaha…

Kenapa dan Kesan Hempedu Di Buang - Based on True Story

Semalam aku didatangi komen dari seorang pembaca...
Ni adalah Lanjutan dari Entri nih..  Erk..Kene Buang Hempedu?!!

Kesan

Alhamdulillah..dah 2 bulan lebih hempedu dibuang..tiada kesan sampingan yang boleh dilihat dari mata kasar..berat badan turun sedikit..bukan sbb kene pantang makan..dari segi pemakanan ..x ada apa yang kene pantang..cuma harus beringat dari segi penngambilan bende berlemak..so..kuantiti kene beringat la beb!..hehehe.. kalo dulu dah biasa makan KFC 3 ketul..makan la 2 ketul jer..lebih kurang macam tu lah

Sebabnya..doktor cakap..dulu aku ada hempedu untuk ditugaskan menghancurkan lemak2 makanan ni..sekara ni .. Hati yang ambil alih tugas tu..
So secara logiknya..kita tak nak lah Hati ni bekerja keras dari biasa..nnti overwork hati kita..dan sakit la hati kita nnti..hehehe..eh..ni betul ni..

Tp dari segi ilmu kedoktoran nnya..nak elakkan hati kita jadi Fatty Liver..hati berlemak lah..
So..kalo dirumuskan.. Alhamdullillah dengan kuasa Allah.. tiada kesan sampingan yan…

Masjid Berhampiran Stesen LRT/Monorel

Aku terpanggil nak tulis entri nih...
Bukan per..kadang2..orang bertanya ngan aku...mana masjid yang berdekatan dengan LRT..
Berdekatan ni maksudnya boleh jalan kaki la..tak lebih 500meter - 1 km gitu..pada aku la..tu pun kat 10 minit gak jalan kalo 1 km..

Orang bertanyakan soklan macam ni especially ari jumaat..sbb nak solat jumaat..kalo nak solat fardhu lain..biasanya ..surau bole kita jumpa kat mana2..

Klik untuk Besarkan Gambar

So..sepengetahuan aku..ada beberapa stesen LRT/Monorel yang berhampiran dengan masjid untuk menunaikan solat jumaat..
1. Stesen Masjid Jamek ( Star LRT / Putra LRT) --> Memang dekat benar dengan Masjid 2. Stesen Hang Tuah (Star LRT / Monorel) --> Kene cross bridge untuk ke Masjid 3. Stesen Titiwangsa (Star LRT / Monorel) --> Ni dalam 500 m dari stesen 4. Stesen KLCC ( Putra LRT) -- Yang ni agak jauh sket..tp bole ikut shopping mall..tp jgn terlajak plak..
Mungkin ada lagi stesen yang berhampiran dgn LRT/Monorel nih..tp aku je yang tak tahu..so..ka…