7 Dari 10 Pelajar 13-18 Tahun Alami Masalah Jerawat

Ada jerawat? biasalah tuh. tertarik plak ngan berita kat utusan online ari nih. pasal jerawat pun bole wat kajian tuh. betul juga, kalo dh byk sgt bole ganggu ketrampilan diri, dn akan ganggu emosi pelajar utk belajar juga. tetiba terpikir, kalo aku nal sambung master, nk wat kajian apa ek? ada cadangan?

Utusan Online, 5 Jun - Kajian pasukan penyelidik dari Unit Pembangunan Panduan Amalan Klinikal (CPG), Kementerian Kesihatan mendapati 67.5 peratus pelajar berumur 13 hingga 18 tahun dari dua buah sekolah menengah mengalami masalah jerawat.

Pengarah Hospital Kuala Lumpur (HKL), Datuk Dr. Zaininah Mohd. Zain berkata, angka itu adalah tinggi dan membimbangkan kerana berlaku di kalangan remaja yang sensitif terhadap keterampilan diri dan boleh menyebabkan gangguan emosi.

Sehubungan itu, menurutnya, satu set buku CPG terbaru berkenaan jerawat akan diedarkan ke semua hospital dan klinik kesihatan seluruh negara dalam masa terdekat bagi memberi pendedahan mengenai cara mengatasi dan mengubati masalah tersebut secara lebih berkesan.

"Pendedahan mengenai cara mengatasi masalah jerawat ini perlu dilakukan bagi mengelak gangguan emosi terutamanya di peringkat remaja," katanya kepada pemberita selepas melancarkan buku tersebut di sini hari ini.

Published with Blogger-droid v2.0.4

Comments

Popular posts from this blog

Bila Waktu Mula dan Tamat Solat Sunat Dhuha

Kenapa dan Kesan Hempedu Di Buang - Based on True Story

Masjid Berhampiran Stesen LRT/Monorel