Sempena Balik Kampung - Solat Sunat Safar
Utk tujuan perjalanan kemana jua, memang ada dianjurkan solat yg khas iaitu solat sunat safar (perjalanan), 2 rakaat dengan doanya:
Ya Allah, Engkaulah teman dalam perjalanan dan Engkaulah Penjaga keselamatan kaum keluarga, harta benda, anak cucu dan sahabat handai. Ya Allah, peliharalah kami dan mereka daripada keburukan dunia dan kerosakannya. Ya Allah, sesungguhnya kami bermohon kebaikan dan taqwa dalam perjalanan ini dan juga amalan-amalan yang Engkau redhai.
Ya Allah, kami bermohon supaya didekatkan dan dimudahkan perjalanan kami dan kurniakanlah kami disepanjang perjalanan ini keselamatan tubuh badan, agama dan harta benda.
Ya Allah, sesungguhnya kami berlindung denganMu daripada segala mara bahaya didalam perjalanan dan perkara-perkara yang mendukacitakan, jauhilah buruk pandangan pada kami, kaum keluarga, harta benda, anak cucu dan sahabat handai kami
Ya Allah, letakkanlah kami dan mereka sekalian didalam peliharaan Mu, janganlah Engkau lucutkan ni'matMu daripada kami dan mereka, janganlah Engkau mengubahkan kesihatan yang ada pada kami dan pada mereka, Wahai Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Selamat Beramal.

Comments