SBPA Tak Jadi?!
Geram tul.
Tu la bnyk sgk cekadak.
Mana bole nak puaskan hati seme org.
Anak kita yg ada berapa org pun pening kepala nak berlaku adil.
inikan berjuta juta lemon!
Kata Aku: Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.
Serius bengang tahap gaban!! kalo seme sign je ikut tempoh ari tu kan senang. cuti raya cina dpt la lebeh dari biasa.
x reti nak bersyukur! aku dapat borang jer terus sign. nak pk pnjang2 buat apa. sebelum masuk gomen ari tu dah 100 hari aku pk. hahahahaha.
-------------------------------------------------------
Kabinet arah tangguh skim SBPA sektor awam
SHAH ALAM - Kabinet memutuskan untuk menangguhkan pelaksanaan sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA), yang berkuat kuasa sejak 1 Januari lalu, dipercayai ekoran rasa tidak puas hati di kalangan sebahagian besar kakitangan awam.
Sinar Harian difahamkan keputusan mengejutkan ini diputuskan dalam mesyuarat mingguan semalam.
Isnin lalu, kenyataan Kementerian Kewan gan menyebut pembayaran gaji penjawat awam bagi bulan Januari yang akan dilakukan pada 16 Januari ini sempena perayaan Tahun Baru Cina, adalah berdasarkan gaji Sistem Saraan Malaysia manakala perbezaan gaji penjawat awam yang memilih opsyen SBPA akan dibayar pada 31 Januari.
Pembayaran gaji SBPA tidak dapat dilakukan sepenuhnya pada 16 Januari berikutan keputusan kerajaan untuk melanjutkan tempoh opsyen SBPA dari 31 Disember 2011 kepada 15 Januari.
Menurut sumber, Kabinet mempertimbangkan tiga sebab utama dalam memutuskan penangguhan SBPA, yang menggantikan Sistem Saraan Malaysia.
"Antaranya tiadanya perundingan secukupnya dengan wakil pekerja (kesatuan sekerja) dan peratusan kenaikan gaji yang tidak seimbang antara kumpulan kakitangan rendah dan tertinggi," kata
Comments