Tawaran Jingga vs Tawaran Biru
Org dah sibuk mengatakan pasal PRU, tak kisah la pembangkang ker kerajaan ker.
masing masing nak menambat hati rakyat.
tadi br je dgr sharing knowledge dr seorang sahabat, katanya
kalo di jepun dalam masa 5 thn ni dah tukar 5 org pm kalo tak salah.
tak tahu bende tu bagus atau idak. tp dari satu sudut, kat sana rakyat mereka berani.
kalo rasa tak boleh perform, anda harus bersedia untuk turun.
itu PM tu, belum lg citer pasal ketua kampung, ahli jkkk mahupun bos bos kat jepun nun.
maksud nyer, perubahan tak menjanjikan kebaikan, tp pengekalan juga tak bermaksud semuanya terbela.
apa pun kita harus pandai cari maklumat.
kalau baca dari satu sumber, dh tentu kita akan jd stuck kat satu tempat. kalo kita pk2 kan apa hikmahnya Allah bg kita ilmu ttg internet nih. mesti ada sebab musabab nyer.
apa pun pembangkang dah nak reveal tawaran jingga mereka. Apa agaknya tawaran biru yer?
Tunggu. hehehehe
TAWARAN JINGGA
Sebahagian daripada manifesto Pakatan Rakyat untuk pilihan raya umum ke-13 akan datang akan didedahkan pada konvensyen pakatan hujung minggu ini, melalui beberapa kertas kerja.
Pada sidang media hari ini, ahli parlimen Kuala Selangor Dr Dzulkefly Ahmad berkata, ‘Tawaran Jingga’ itu akan dibentangkan pada konvensyen di Alor Setar.
“Tawaran Jingga ini akan dilancar dalam manifesto,” katanya.
Katanya, ahli exco kerajaan negeri Kelantan Datuk Husam Musa akan membentangkan kertas kerja mengenai pembaharuan memulihkan perkhidmatan awam manakala Ketua Pemuda DAP Anthony Loke pula mengenai ‘federalisme’.
Sementara itu, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim pula akan menyampaikan kertas kerja mengenai anti-monopoli dan Ketua Biro Felda PKR, Suhaimi Said akan membentangkan kertas kerja tentang reformasi Felda.
Comments
sebab, sebagai contoh, dari pihak kerajaan sering momokkan kepada rakyat supaya terus sokong mereka atas sebab hanya mereka yang pandai memerintah..
kalau pembangkang memerintah, ekonomi akan jatuh, kebajikan rakyat akan terpinggir, dll..
dari pihak pembangkang plak, diorang akan pertahankan integriti dan ketelusan diorang dalam memerintah sebagai satu jaminan mereka, perbandingan antara kerajaan sekarang dengan beberapa kerajaan negeri..
dalam kes ni pembangkang banyak highlightkan apa yang terkandung dalam LKAN..
aku xmampu baca semua LKAN, dah la ada 3, pastu tebal lak tu..
setakat ni xde blog yang ulas teguran n pujian atas satu2 negeri..atau mungkin aku xjumpa kot blog yang ulas..
yang pro kerajaan, dah tentu dok kata kegagalan kerajaan pembangkang urus negri masing2 vice versa..
terpulang pada rakyat untuk mencari maklumat yang sahih, jangan mudah terpedaya dengan janji manis xkisah la mana2 pihak pun..
kaji dan selidik dulu..tapi mesti akan ada yang kata, mana ada kerajaan yang sempurna didunia ini..ayat biasa untuk mereka yang malas nak berubah ke arah kerajaan yang lebih baik (pada aku la)..
panjang lak aku ulas dalam blog ko ni pok din KK (ketua kelas)..hohoho