Gaji SBPA TAK Masuk 31hb Jan !!!

Sahih.. ni kenyataan Media MOF melalui laman web.

PEMBAYARAN GAJI JANUARI 2012 DI BAWAH SARAAN BARU PERKHIDMATAN AWAM (SBPA)

1. Berikutan keputusan Jemaah Menteri bertarikh 11 Januari 2012 supaya pelaksanaan Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) disemak semula, Kerajaan telah memutuskan pembayaran gaji di bawah SBPA hanya akan dibuat setelah semakan semula ini dimuktamadkan.

2. Bagi penjawat awam yang memilih opsyen SBPA, pembayaran baki perbezaan gaji bagi bulan Januari 2012 di bawah SBPA tidak dapat dilaksanakan pada 31 Januari 2012 sebagaimana yang telah diumumkan oleh Kementerian Kewangan melalui kenyataan media pada 9 Januari 2012. Pembayaran gaji bulanan di bawah SBPA mulai Februari 2012 juga tidak dapat dilaksanakan dan akan dibayar mengikut gaji Sistem Saraan Malaysia (SSM). Keputusan ini juga berdasarkan permintaan CUEPACS.

3. Pembayaran pelarasan gaji berdasarkan SBPA hanya akan dibuat setelah semakan semula SBPA dimuktamadkan, dengan mengambil kira tarikh kuat kuasa SBPA pada 1 Januari 2012.


Kata Aku : Terima Kasih CUEPACS!! ( Baca dengan nada masing2 yer) hahahahahahaha.....Lu Pikir La sendirik....

Comments

Tuan Cecupak said…
terima kasih cecupak... mcm mana pun rata2 KERA2ni di jabatan kerajaan mcm tu gak keje (minum, bungkus makanan dalam plastik beg merah, pegi jualan, pegi tari menari menyanyi, kursus keagamaan (tp x sedar gak)dan main fb di pc) masa pengumuman SBPA. So skang ni atas permintaan cecupak, lg la diorg x wat keje sbb gaji x naik. Kumpulan sokongan ke pelaksana ke sama je - mentaliti nak ada kemudahan mcm pegawai (gaji, bilik, pegi mesyuarat) tp usaha mengalahkan PAP lg (mengulor, tido, part time etc)...

Dh x lama dh org melayu di malaysia ni gamaknya

Popular posts from this blog

Bila Waktu Mula dan Tamat Solat Sunat Dhuha

Kenapa dan Kesan Hempedu Di Buang - Based on True Story

Masjid Berhampiran Stesen LRT/Monorel