Posts

Showing posts from April, 2012

Pathmanabhan Dibebaskan

Image
Update: Pathmanabhan,tigapekerjaladangdiperintahbela diri SHAH ALAM 30 April - Bekas peguam, N. Pathmanabhan dan tiga pekerja ladangnya, T. Thilaiyalagan,R. Matan serta R. Kathavarayan hari ini diperintahmembela diri olehMahkamahTinggidisini atas tuduhan membunuh jutawan kosmetik,DatukSosilawati Lawiya dan tiga lagi,dua tahun lalu. Hakim Datuk Akhtar Tahir memutuskan demikiandiakhir kes pendakwaan selepasberpuas hati bahawapihak pendakwaan berjaya membuktikan kes primafacieterhadap kesemua tertuduh.- UTUSAN ------------------------ ? (sorry terlupa letak kat tajuk diatas) Apa akan berlaku jika perkara diatas menjadi kenyataan. Byk pengajaran yang bole kita ambil. Sebenarnya rakyat kita dah menghukum dia sebelum mahkamah buat keputusan. Semasa berita ni jadi sensasi, setiap hari org dok ckp citer ni. maaf cakap, yg ambil kesempatan pon ramai. akhbar apatah lagi. sanggup siar gambar dia walaupun masa tu masih belum sure. err. ada korang ikut perbicaraan kes ni. aku beran...

Apa BBC Tulis Pasal BERSIH 3.0?

Image
Ternyata, kalo nak tulis berita mesti kene sensasi. baru tarik perhatian orang. Terfikir juga, byk.kerosakan yang berlaku, ternyata org kita masih dibelengu dgn emosi. baik polis atau peserta, ternyata gagal mengawal amarah masing2. yg berada kat sana semalam, dh sampai rumah, buat post mortem, kenapa kita gagal kawal perasaan. slogan duduk bantah x semua patuhi. aku tulis mcm ni x semestinya aku sokong kerajaan 100%. mcm kata Dr. MAZA, ada bende kerajaan buat kita tak setuju, dan sama juga ada bende pembangkang yg kita x setuju juga. mana boleh kita terima je semua bende. sbb tu Allah bg kita akal untuk berfikir. Apa pun setakat ni belum ada berita tentang kematian. Alhamdulillah. Kat bawah ni aku copy dr BBC Online. Baca dan nilai! Malaysia police fire tear gas at protesters Malaysian riot police have fired tear gas and used water cannon on a crowd of protesters who had converged on the centre of the capital, Kuala Lumpur. Thousands of protesters marched on a central s...

BERSIH 3.0 Live Update

Seperti yang aku duga, Malaysiakini akan menyiarkan laporan langsung, lantak la apa org nk kata pasal portal ni. Nak harapkan saluran lain, jgn harap la kan. Aku tak suruh korang percaya bulat2. Tp suruh korang berfikir. Dah fikir baru decide nak percaya atau tidak. mudah kan. ni dgr jer percaya. baca je percaya. melainkan tgk dgn mata kepala sendiri. itu mgkin tiada arguement. apa pun kepada peserta BERSIH, jaga tata susila. ingat, niat tak menhalalkan cara. jgn rosakkan harta awam, itu duit kami juga. jgn mencemuh sesama sendiri, itu bukan amalan nabi kita. kepada penguasa, bertindaklah ikut akal dan bukan emosi. anda dilantik menjaga keamanan. duit yg anda terima adalah hasil cukai rakyat juga. so ikuti live update di sini. http://m.malaysiakini.com/news/196323 Published with Blogger-droid v2.0.4

BERSIH 3.0 - Jam Berapa dan Dimana?

Image
Sumber Dari MalaysiaKini. Aku x suruh korang pegi. Dan tak suruh juga korang x pegi. hehehe Apa ni? xpaham arr. Mana la tau, kot tetiba korang rasa nak p shopping. dh bole elak jalan2 dlm gambar tu. Dengar cite kat negeri lain pun turut berlangsung. wahh. meriah. Satu pesanan aku, bila polis tertumpu mcm ni. mesti ada pihak yg amik kesempatan. so sentiasa berhati hati ya!! Published with Blogger-droid v2.0.4

Segmen Kenali Manusia Agung : Cincin Rasulullah

Image
InsyaAllah aku akan cuba kongsikan hadis-hadis sahih yang aku perolehi dari buku kat atas setiap jumaat. Buku ni mengenai perwatakan, gaya hidup, amalan harian Rasulullah S.A.W Kalo korang nak kongsi pun kongsi lah tiada masalah. Salah satu cara memupuk cinta kepada Rasulullah S.A.W adalah dengan cara mengenali keperibadian baginda. Kalo ada kesempatan beli buku ni pun bagus juga. Tak mahal Rm35 shj. p la cari kat MPH ke Popular ker. Maaf la kalo aku amik gambar jer. aku rasa tu cara mudah dn tepat. Ok. Selamat tgk gambar dan baca isi kandungan nya. Kongsi kongsikan la. Aku tak marah pun. hehehehe. Published with Blogger-droid v2.0.4

Semak Kesahihan Darjah Kebesaran Secara Online

Selalu kita dengar orang kene tipu oleh penipu yang menggelarkan dirinya 'Datuk' la, Tan Sri ker. Kadang2 melibatkan jumlah duit yg byk. Mudahnya kita di tipu. So, mcm biasa. dlm bisnes kita kenala wat homework sket. walaupun aku sekadar pernah jual nasik lemak dn kuih raya jer. rasanya rule of thumb bisnes sama jer. kene sentiasa bewaspada. dah mmg itu realitinya. apa pun, untuk nak check yg kita deal tu datuk kebesaran or sekadar datuk bercucu, kita dh ada altenatif. bole semak online. klik kat www.istiadat.gov.my pastu pergi ke menu kebesaran negeri or persekutuan. buatlah kerja lebey sket. setakat dia mengaku n tunjuk certificate. itu mudah sgt sekarang nih. apa yang tak bole di'ciplak'? orang pun kita bole ciplak apa. so, org2 bisnes n byk duit kat luar sana, berhati hati la ek. melainkan kalo korang buat duit x betul, maka Allah pun tarik la balik la tu kalo kene tipu plak. Sendiri mau ingat ek! Published with Blogger-droid v2.0.4

Uncle Gedek Hilang?!!

Image
Adoi... Mana p uncle gedek nih.. Baru jer lately banyak dapat ilham bila tgk blok ..eh..blog uncle.... Jangan kene culik udah... Sempat baca entri pagi tadi..dia kata wife dia gaji ari ni... Aii..trus ilang uncle.......

Tanda-Tanda PRU 13 Semakin Hampir

Image
Gambar Dari Shahrul Farhan FB Nak aku terangkan lebey ker? Tak payah la kan.. Hehehehe...

Cara Pendaftaran Sekolah Murid Darjah Satu 2013/2014 Putrajaya

Image
Ada anak lahir 2006 or 2007?? ha..jgn leka ek ibu2 bapak2 sekalian...termasuklah diri aku sendiri.. Aku beruntung..sbb bapak aku guru besar dulu..so dia selalu ingatkan aku.. bkn pe..takut terlepas.. nnti nak kene merayu lah..silap2 x dapat sekolah yang dekat ngan rumah kita.. kan dah menjadi masalah kan.. So ni cara2 nyer... Mula2 klik gambar kat atas..atau sini http://apps.moe.gov.my/sppm/ Pastu klik nak daftar tahun 1 or pra sekolah Pastu isi lah maklumat diri/anak Then cetak untuk simpanan kita.. Kita akan dapat email seperti di bawah : * Sila buat perakuan disekolah dimana anak jagaan didaftarkan dalam tempoh 14 hari selepas membuat pendaftaran * Keputusan penempatan akan di keluarkan pada 1 Jun 2013 * Rayuan secara online akan dibuka pada 1 Jun 2013 hingga 30 Jun 2013 * Keputusan Rayuan secara online akan diketahui pada 15 Julai 2013 Gambar kat bawah adalah dokumen yang kita perlu bawa masa g sekolah buat perakuan: Cepat ekk... Untuk tahun ...

Nassha Anggun Collections

Image
Hari ni nak tolong sahabat promote kan bisnes wife dia. Kalau sesama kita tak tolong, sapa lagi?? So bole klik kat gambar di atas untuk maklumat lanjut. Nassha Anggun Collections menawarkan kepada anda pilihan pelbagai fesyen baju moden rekaan tempatan dan antarabangsa. Dengan pilihan yang pelbagai, Nassha Anggun akan menjadi alternatif pilihan golongan wanita yang berbelanja secara online. Silalah layari blog ini dan kami berjanji memberi perkhidmatan yang terbaik buat anda kerana moto kami "Terkini, Terbaik,Diyakini".

Menangis Kat Tepi Jalan

Semalam masa kuar p beli susu anak, aku park kat tepi jalan, yer lah takkan nak park tgh jalan plak. aku perasan ada org kumpul kat depan tpt aku park. tp sbb x mencurigakan langsung, aku pun blah je la. terus menuju ke kedai. pas beli susu seme, aku tgk ada lagi org kumpul. tetiba perasan seorang wanita menangis kat tepi jalan. hah,apahal plak nih. err. x payah lah nk bz bodi. pastu datang seorang lelaki berusia, mcm pangkat pakcik gitu dtg ke arah wanita. lepas tu. . . aku blah la. takkan aku nk tggu plak. susu pun dah beli. tetiba terpk. pernah menangis kat tepi jalan x? aku cuba jugak flash back. mmm. x ingat. jgn citer masa kecik2 la. kalo korang ckp masa sebelum akil baligh, mcm la korang ingat sangat pun. lain la korang akil baligh umur 17thn. hehehe. apa pun. hebat kan kuasa Allah. Allah jadikan kita dgn mcm2 perasaan. Bole keluar air dr mata kita. Kata Aku: Ada jugak org ckp, kadang2 kita perlu jugak menangis. baru 'lepas' perasaan kita tu. Publ...

Tak Dapat Playstation, Bapa Ditembak!!

Image
**Gambar Sekadar Hiasan Yer** Ni citer kat riyadh arab saudi.. Budak empat tahun tembak MATI bapanya kerana tak dapat playstation.. Fuhhh... Camana ekk.. nak salahkan budak tu..mmm..baru empat tahun... standard la mengamuk kalo tak dapat barang... Salah bapak?? kalo dah memang tak dak duit ..nak beli ngan apa..kalo mencurik..silap2..kene tembak ngan polis plak.. Kene panggil Sherlock Holmes selesaikan kes ni... Apa pun ..ni citer betul ekk.. Bukan aku reka2.. Gambar kat atas tu ya..aku buat gambar hiasan gitu... Moga apa yang berlaku ada hikmah nya.. Besok budak tu dah besar ..mesti dia menyesal..dia bunuh ayah dia sbb Playstation!!! Berita Penuh ( kang korang cakap aku buat citer plak!!) RIYADH 24 April - Seorang kanak-kanak berusia empat tahun menembak mati bapanya kerana enggan membeli PlayStation, lapor media Arab Saudi hari ini. Akhbar harian Ashaq memetik jurucakap polis di selatan Jizan berkata, kanak-kanak berusia empat tahun tujuh...

Asal Bukan MU!!

Image
Rilek2..jgn nak pukul aku.. Aku tahu ramai 'die hard' MU kat luar sana.. Aku takde kene mengena ngan gambar di atas... Bukan apa lately ..byk sgt dengar akronim.. ABU - Asal Bukan Umno ABAI - Asal Bukan Anwar Ibrahim TIBAI - Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim Pasni tak tahu apa yang keluar..kreatif orang kita ni..tp kreatif menjatuh kan orang!! So aku google..'Asal Bukan MU'...tetiba ..aku jumpa ..dua website di atas... Seperti yang aku jangka..x dapat sambutan.. 4 orang jer 'like' kat dlm FB... Silap2 individu sama create 4 akaun..hahahahaha.. X payah la nak dok menghasut orang.. Eh..ni aku citer pasal bola tau.. Pasal politik...yg tu tggu jer la PRU..pegi ngundi..baru bole citer.. Setakat nak hu ha hu ha..daftar SPR pon belom.. pergi tgk doraemon jer lah..hehehehe Senang citer...sokong pasukan sendiri jer dah lah.. Dah diaorang dah sokong MU..suka ati diaorang la.. Buat apa nak hasut2.. Moral o...

Pesanan Dr. MAZA Kepada Peserta BERSIH.

Ada orang bertanya saya, apakah saya menyokong BERSIH? Saya kata saya masih di UK, tapi saya sokong keadilan dan pemberian hak secara yang wajar. Saya tidak kisah siapa pun menang dalam pilihan raya, tetapi menanglah dengan cara yang adil dan saksama. Setelah keadilan dibuat, lalu rakyat membuat pilihan memilih parti tertentu, itu adalah hak mereka. Kita mesti akur dengan kerajaan pilihan rakyat secara adil dan saksama. Saya ada ramai kawan dalam BN, juga ramai kawan dalam Pakatan Rakyat. Saya tidak bersetuju perkara-perkara tertentu dalam di pihak BN, juga di pihak Pakatan. Tapi, saya inginkan agar apabila pilihan raya berlaku, ia berlaku dengan seadilnya, supaya saya tahu apa yang menjadi hak rakyat diberikan secara yang wajar. Saya tidak mahu bahas soal pendaftaran undi dan seumpamanya, ambil soal media sahaja. Saya rasa tidak semua rakyat suka untuk hadir ke tempat ceramah politik. Ia bercampur positif dan negatifnya. Namun, rakyat perlu tahu apakah idea parti-parti yang bertan...

Pemakanan Bagi Mereka Yang TIADA Hempedu

Image
Mungkin secara kebetulan, keluar soalan SPM Biologi plak pasal ni. Bebudak yg aku ajar terus gelak n ingat kat aku kalo  pasal hempedu ni. Walaupun kat tuisyen aku x ajar bio, student ckp nmpak soalan ni terus ingat kat aku. hahahaha. Kebetulan aku ada ckp, aku kene pantang makanan berlemak sebelum diaorang jawab soalan nih. hehehe. walaupun pilihan jawapan mengelirukan tp aku rasa ada jawapan yg tepat dlm pilihan tu. Kalo ikut doc, mmg kene jauhkan makanan berlemak. Sebenarnya kalo ada hempedu pun, makanan berlemak ni mmg tak bole makan selalu pun. sbbnya malaysia ni mewah dgn makanan, tu yg kita terlepas pandang. Apa pun, kesihatan mmg perlu dijaga. sakit atau tak, mmg kene berpada pada. Kesihatan mmg tiada nilai, tp nilainya akan dikira bila kita sakit!! X percaya? bila kita sakit baru datang macam2 bil perubatan kan? Published with Blogger-droid v2.0.4

Penerima Biasiswa Perlu Atau Wajib Berbakti Kepada Negara?

Belajar tanpa keluar satu sen pun duit mak bapak kita mmg benda yang kita idamkan. Yerlah, semuanya ditanggung, tambah2 lagi kalo g belajar oversea. dh la dapat peluang yg tak semua org dapat, untung kan? Semalam TPM ckp pelajar yg dpt biasiswa perlu berbakti kepada negara. Aku setuju sgt. aku lagi setuju kalo TPM ckp wajib. opss. tolong ketepikan ideologi politik dl ya. Berbakti kepada negara tak semestinya kene kerja kerajaan. kene jadi polis, askar. paham betul2. maksudnya kita sumbang sesuatu kepada negara kita la. sbb kene ingat biasiswa tu hasil negara kita, dn salah satu hasil tu adalah cukai rakyat negara kita la. sbbnya ramai jugak yg g kerja kat oversea. mgkin la diaorang bole bawak masuk keuntungan pada negara. itu aku tak tahu. tp yg jelas aku tahu jugak kenapa mereka tak balik2. aku tak salahkan mereka pun. itu rezeki mereka. kalo balik malaysia x ada kerja pun lagi hampeh kan. tp untuk menuju negara maju. aku rasa kita menagih kepakaran diaorang nih. kalo mereka b...

Pemakanan Untuk 'Brain Booster'

When You Need a Brain Boost...  Eat This:  Blueberries Antioxidants in blueberries help protect the brain from free-radical damage, which could decrease your risk of Alzheimer's and Parkinson's diseases, and improve cognitive processing. Wild blueberries, if you can find them (or grow them!), have even more brain-boosting antioxidants than the cultivated variety. Not That!  Ice Cream Sugary foods incite sudden surges of blood glucose that, in the long term, cause sugar highs and lows, and make you as distractable as a toddler in the Disney store. And foods high in saturated fat can clog blood vessels and slow the flow of nutrients and blood to the brain. Published with Blogger-droid v2.0.4

Cuba Teka, Mana Silapnya?

Image
Tgh dok tunggu ERL, terpandang satu pintu berlabel. Owh, bilik 'Cable Riser' rupanya. Eh, jap2. Macam ada yang tak kena jer. Perasan tak? Carik sendiri lar. Ari ni malas nak tulis panjang2. Hehehehe. Kata Aku: Itu lah jadinya kalo kita fikir 'Sekadar Buat' !! Published with Blogger-droid v2.0.4

Pulangkan, Jika Anak Jantan!!

" Saya ingat mereka semua anak jantan, jadi mereka patut pulangkan ," Ni ayat menteri pengajian tinggi bila mengulas pelajar yg berkhemah bantah isu PTPTN. Isu ni akan terus berkemundang sehinggalah selesai PRU nnti. Zaman aku dah habis, aku bernasib baik, ALLAH bg rezeki dpt biasiswa. kini masa anak2 pula. Mcm2 org komen pasal isu ni. tp kalo seme berkiblatkan politik maka jawapannya dah ada sebelum berhujah. Maknanya yg sokong kerajaan akan ckp x boleh mansuh, dan pembangkang akan kata boleh. Itu lah masalahnya. Hapus PTPTN mgkin bukan jalan penyelesaian yg terbaik. tp kalo betul nak tolong rakyat, fikirlah jalan atau mekanisme yg bole ringankan beban kita nih. Sebenarnya ada bagusnya isu ni diketengahkan, kalo x, sampai bila kita dok rasa PTPTN tu adalah segalanya. Org akan malas nak pk cara baru, pendekatan baru yg lagi baik. Rugikan. Dan itu juga di namakan syok sendiri. Aku bg contoh , Org fikir kalo kita reload touch n go, kita akan dikenekan caj 50sen set...

Bila Semua Orang Yakin

Tgk jer berita, x ada citer lain. Kerajaan yakin dengan sokongan anak2 muda. Lautan biru la merah la. Bkk intenet pun sama. Pembangkang yakin dengan sokongan rakyat. Kita yakin boleh tawan putrajaya. Sama gak lautan ijau la, kuning la. Menjadi ketua mmg kene yakin. kalo ketua x yakin, ahli ahli lagi la hancus. Tp aku yakin jugak, kalo bab2 berhimpun ni x semua yang sukarela. ada juga yang paksa rela . Politik mmg mcm sesumpah. Rakyat juga bijak. Ada mkanan free, baju free, artis wat konsert. ramai je yang datang. x kira la sapa yang anjur. Silap2 kat rumah, mcm2 warna baju ada. biru, ijau, kuning, ungu seme ada. mana ada orang nak marah. sapa nak pergi check! lain la kalo korang nampak anwar pakai baju biru n najib pakai baju kuning. tu da buang tebiat lah tu. aku rasa itu la yang berlaku kat kebanyakan tempat. rasa cam ramai sokong,  bila abis undi. lain plak jadinya. jadinya, keyakinan tu bukanlah boleh dilihat dengan berhimpun saja. mmg bole jadi ukuran. tp ...

Kisah Khalifah Umar Dengan Salman al Farisi

Saya teringat kisah Khalifah Umar bin al-Khattab yang disebut oleh Ibn Qayyim (meninggal 751H) dalam I'lam al-Muwaqi'in bagaimana satu hari beliau bangun berucap di hadapan rakyatnya sambil berkata: "Hendaklah kamu dengar dan taat!" Tiba-tiba sahabat Nabi SAW yang lain, iaitu Salman al-Farisi bangun dan berkata: "Kami tidak mahu dengar". Umar pun bertanya: "Mengapa wahai Salman?" Jawab Salman: "Engkau membahagikan kepada rakyat pakaian seorang sehelai, sedangkan engkau mengambil sebanyak dua helai." Jawab Umar: "Sabar wahai Salman! Lalu Umar berkata kepada anaknya: "Wahai Abdullah (bin ‘Umar), beritahulah dia bahawa pakaian yang aku pakai ini adalah bahagian engkau yang engkau berikan kepadaku." Jawab Abdullah bin ‘Umar: "Ya, demi Allah". Jawab Salman: "Kalau begitu, silakan, kami mendengar (taat)". Kita perlu mengembalikan jenama kita yang tinggi nilai di mata manusia. Kita umat yang 'berje...

Beza Raja Kita Dengan Queen - Dr MAZA

Kita mengutuk ataupun mengkritik Barat tetapi kita jangan lupa bahawa banyak nilai yang baik Barat telah bina untuk kehidupan mereka. Di samping perkara-perkara yang kita tidak setuju tentang mereka, mereka mempunyai banyak perkara positif yang kita gagal dalam kehidupan kita. Ambil sahaja soal hak rakyat dalam mempersoalkan sesiapa yang menyalahgunakan harta awam dan wang pembayar cukai, mereka miliki hak itu. Surat khabar dan media mereka berhak mempertikaikan baju, cuti dan segala perbelanjaan yang digunakan oleh HM Queen dan istananya. Tiada sebarang hukuman kerana itu. Belanja Queen dan istana dibentangkan kepada rakyat jelata. Mereka berhak mempersoalkannya. Jadilah mereka bangsa yang bermaruah dalam soal tersebut. Kita tahu pada tahun ini kerajaan British menolak untuk HM Queen Elizabeth membeli kapal persiaran. Padahal Queen telah 60 tahun berkhidmat. Jurucakap PM David Cameron, Steve Field menyebut: "I don't think anyone is suggesting public money should be used ...

Pemakanan Untuk Hilang Stress

When You're Stressed... Eat This:  1 Cup of Low-Fat Yogurt or 2 Tbsp of Mixed Nuts Scientists in Slovakia gave people 3 grams each of two amino acids — lysine and arginine — or a placebo and asked them to deliver a speech. Blood measurements of stress hormones revealed that the amino acid–fortified public speakers were half as anxious during and after the speech as those who took the placebo. Yogurt is one of the best food sources of lysine; nuts pack tons of arginine. Not That!  A Can of Soda A study from the American Journal of Public Health found that people who drink 20 ounces of soda daily are three times more likely to be depressed and anxious, compared with those who drink less. Published with Blogger-droid v2.0.4

Mempersenda Dan Dipersendakan

Pagi2 jumaat ni dah dengar citer pelik. Dah lama tak dengar org ejek aku. Dulu zaman aku sekolah. Mmg trend panggil nama bapak. Malah sampai sekarang ada kawan2 yang nama bapaknya lagi glamer dari nama dia sendirik. Fikir2, kurang ajar jugak bunyik nya. Pastu waktu assembly, mmg suka ajuk cikgu. Ade je idea nak mengata. Pastu gelak sama sendiri. Pengawas kat tepi usha2 gak, tp tak bole nak wat apa. Sbb nye kalu ngadu kat cikgu, kita org pakat2 pulaukan dia dan label dia sbgai BARUA. hehehe. Ejek nama bapak ni ganaz gak. kadang2 ada yang bawak bergadoh. Biasanya junior tu pun ejek gak senior. Tp sama2 diaorang. Bila lepas sekolah, borak balik, baru tau apa gelaran diaorang plak pada senior. kdg2 sadis gak dgr.hahahaha. Politik malaysia pun x kurang jugak budaya persenda nih. sama saja lah. kerajaan or pembangkang. bila dah dpt microfon biasalah naik hantu seme orang. Bila dgr ada dakwaan ada pembangkang persenda raja, aku malas nak komen pnjang. aku tak dengar dan ...

Ranking FIFA Malaysia - 156

Aku rasa orng yang paling senyum sinis sekarang adalah Tan Sri Anuar Musa. Aku bukan penyokong red warrior, tp aku ambil tahu apa yang dia dah buat kat red warrior. Senang citer, ramai org hargai cara dia naik kan bola sepak kelantan. Dan aku rasa itu juga yang dia cuba buat untuk Bola sepak malaysia. Tp sayang, org macam ni selalu disalah erti. Mcm citer ISA jugak. Tun M pun pernah kena ISA kerana cuba ckp yg betul. ok lah, cukup pasal anuar musa. pasal bola sepak kita. Bila dh turun mcm ni baru nak gelabah. pastu rasa pelik la pasukan yg lemah atas pada kita. Apa lagi, g la komplen. mana tau bole naik ranking ker. hehehe. Moral of the story, jgn takut ditegur. sbb sayang la org tegur kita!! Berita Penuh: Ranking pasukan bola sepak negaramengalami kejatuhan empat anak tangga iaitu ke-156 dunia dalamsenarai terbaru Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), semalam. Kedudukan itu adalah yang paling buruk sejak Januari lalu iaitu pada kedudukan 148, ke-150 pada Februari d...

Kerja Untuk 'Cuti'

Ari ni ari pertabalan agung. Daulat Tuanku. So cuti umum la ari ni ya. Tp ada gak org tak cuti kan. Yer lah, cuti hari ni, x salah 2 bulan lepas baru umumkan. so ada company yang tak prepare utk cuti hari ini. kalo keje gomen kompem la cuti. nnti kira menderhaka pada raja plak. so mereka yg terpaksa kerja ni camana? hehehe. pada aku dah jd lumrah la kan. kalo bos kata kene kerja, kerja la kita. sapa plak nak bayar gaji kita nnti. ada gak orang yang kerja ari ni untuk cuti. sbb company x bagi claim duit, so dia bagi kita claim cuti. dpt la xtra annual leave untuk kita. Published with Blogger-droid v2.0.4

Bagaimana PTPTN Boleh Dimansuhkan - Nasrudin

Isu penghapusan Perbadanan Tabung Pinjaman Tinggi Nasional [PTPTN] semakin rancak apabila reaksi mahasiswa dan anak muda terhadap tindakan kerajaan menafikan hutang Tan Sri Tajudin Ramli sebanyak RM589 juta.  Tan Sri Tajuddin menyebabkan liabiliti tanggungan RM8 bilion. YAB Datuk Seri Najib Tun Abd Razak memutuskan hutangnya sebanyak RM589 juta kepada Dana Harta dihapus kira walaupun tiga tahun lalu mahkamah memerintahkan beliau melangsaikannya. Berbangkitnya  isu PTPTN oleh anak - anak muda dewasa kini, juga ekoran tindakan PTPTN bermaharajalela melebihi bank dan dilihat menindas graduan. PTPTN tidaklah dilesenkan sebagai sebuah institusi kewangan di bawah peruntukan Akta Perbankan dan Institusi Kewangan, apatah lagi tidak dikawal selia di bawah pengawasan Bank Negara Malaysia.  Kalau kita disenaraihitamkan oleh bank kerana tidak membayar hutang, samaada hutang rumah atau kereta, mereka dakwa kita di mahkamah mengikut prosedur, dan kita masih boleh ke mana-mana hatta ...

Hidup Penuh 'Ugutan'

Dari kecik sampai ke besar, kita mmg hidup penuh dgn ugutan. X percaya? Meh aku singkapkan. Kita belajar dlm kelas, kalo x boleh jawab kene berdiri atas kerusi, jemur tgh panas. Masa PMR, kalo x dapat cemerlang x bole amik aliran yang kita suka. Padahal kita rasa kita ada minat dgn aliran tuh. Masa SPM, ini adalah segala galanya, x lepas maka anda diugut tidak akan berjaya dalam hidop!! 17 tahun anda hidop, akhirnya takdir anda ditentu oleh tiga perkataan SPM. Mgkin ia bukanlah ugutan berbentuk fizikal. Tp otak kita letih. Kini kita dimomok kan plak dgn negara muflis lah. melayu akan tergadai la. Ugut lagi. Sekarang orang bknnya x paham. Kalo ko nak belanja beli sesuatu yg perlu, rakyat tak marah. Rakyat marah bila procument tak betul. Kalo karipap paling sedap kat malaysia ni pun aku yakin takkan lebih rm5 satu, tp janganlah ko beli jugak bila harga rm100 sebijik!! Itulah contohnya. Takder org nak gadai negara dia. nk tgk negara muflis. Udah udah la dgn budaya mengugut,...

Telur Penyu Di HARAM Kan?!

Pernah makan telur penyu? Sedapkan? Bukan apa ni citer pasal WWF, bukan wrestling tau. Diaorang dok cakap penyu dh makin pupus. Jadinya salah satu faktor kepupusan ni sbb kiya makan telur penyu ni lah. Mmm. Susah jugak kan. Bila makanan halal diharamkan ni, org akan carik jalan jugak nak mkn. Sedangkan makanan haram pun org dok baham jugak ini plak yang halal. Jadinya, aku lebey risau kesan sbb pengharaman telur penyu nih. 1. Harga telur penyu akan melambung tinggi 2. Org sanggup buat apa shj kerana telur ni, silap2 ada sindiket curik telur penyu plak. Itu baru kesan2 yang bole dipk oleh budak UPSR, harus diingat org kita mmg 'advance' bab2 jahat ni. So, langkah2 selepas pengharaman tu yang lagi penting. Ni berita penuh: WWF gesa M'sia haram sepenuhnya makan telur penyu Tabung Hidupan Liar Sedunia (WWF) Malaysia cawangan Terengganu menggesa kerajaan meminda Akta Perikanan 1985 secepat mungkin bagi mengharamkan aktiviti memakan telur penyu di seluruh negara. ...

WWW 1 = RM500K ! !

Image
Apa ada pada nombor? Mmg x paham. Sanggup berbelanja besar kerana nombor? Nape tak jual je 43 bilion. bole terus byr utang PTPN. opss, Aku harap sangat kalo nombor plat yang top ten mahal sebelum ni bukan dipunyai oleh org kita or Islam khususnya. Kenapa? Dari dok belanja ke nombor plat baiklah g sedekah kat sapa yang patut. Err. kali dh mampu bila no plat cam tu. nak tnya, umrah dh g ker? haji? Kalo korang cakap x sampai seru, meh aku lukukan kepala supaya seru tu sampai. Published with Blogger-droid v2.0.4

Doa Apabila Isteri Marah

Image
Published with Blogger-droid v2.0.4

Kompius Jantina Isteri? Mohon Check DNA!

Macam2 sekarang. Bole plak dah kawen, pastu kompius plak dengan jantina isteri. Hehehe. Sbb tu kene pilih betul2. Jgn main tgk muka cantik, Dahi licin terus rembat. Ni berita dari utusan: KUALA LUMPUR 5 April - Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini menetapkan 23 April ini keputusan permohonan seorang bekas dekan di sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) untuk mendapatkan perintah agar isteri ketiganya menjalani ujian asid deoksiribonukleik (DNA) bagi memastikan jantina sebenar wanita itu. Bekas Dekan Penyelidikan & Inovasi Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr. Bahrom Sanugi, 61, membuat permohonan tersebut pada 18 Januari lalu selepas meragui jantina sebenar isterinya, Sri Wani Choo Abdullahyang merupakan seorang pengusaha pusat kecantikan. Permohonan menjalani ujian DNA itu dibuat mengikut Seksyen 85 Akta Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1998. Pasangan yang berkahwin di Songkhla, Thailand pada 19 Ogos 2008, kini dalam proses unt...

Doa Hilang Stress Dan Tekanan

Image
Doa yang mudah untuk sama2 kita amalkan. Sumber: Ustaz Don Published with Blogger-droid v2.0.4

Apa Ada Dalam Laporan Minoriti?

Dua tiga hari ni kecoh pasal laporan minoriti. ni bukan citer Minority Report lakonan Tom Cruise tuh. Aku bukan menghasut tp sekadar nak bgtau apa ada dlm tuh. nak percaya ke tak nak percaya, itu hak masing2. Malas la aku nak paksa2 orang. Bukan aku ahli politik pun. Sumber: MalaysiaKini LAPORAN MINORITI 1.0 Pendahuluan Ketiga-tiga wakil Pakatan Rakyat dalam Jawatankuasa Pilihan Khas Berhubung Penambahbaikan Proses Pilihan Raya iaitu Ahli bagi kawasan Gombak YB Mohamed Azmin Ali, Ahli bagi kawasan Rasah YB Loke Siew Fook dan Ahli bagi kawasan Kuala Krai YB Dr Hatta Md Ramli telah mencadangkan supaya satu Penyata Minoriti dilampirkan bersama Laporan Akhir Jawatankuasa semasa mesyuarat terakhir Jawatankuasa dijalankan pada 29 Mac 2012. Namun, cadangan tersebut telah ditolak dengan satu undian belah bahagi. Keputusan ialah 3 undi bersetuju dengan cadangan tersebut (Gombak, Rasah dan Kuala Krai) manakala 6 undi tidak bersetuju (Kota Marudu, Kangar, Alor Gajah, Kapit, Hulu Selangor ...

Almarhum Raja Ashman

Bila baca status seorang sahabat dl FB, aku tertarik nak kongsi dlm blog murahan aku nih "Bila google2 gambar Almarhum Raja Ashman, tengok sume gambar yang baik2 je..MasyaAllah..macam mana lah agaknya bila kita mati ? Kenalan kita mesti buka FB kita tengok gambar2 kita adakah gambar2 boleh ingatkan mereka pada Allah atau yang boleh mendatang seksa kubur yang dasyat ke atas roh kita dan dosa yang berterusan pada diri kita. Nauzubillah. Mohon delete gambar pelik2 atas diri ambo, dan pakat delete lah gambar2 yang boleh buka aib kita dan menyumbang pada dosa terutama gambar yg dedah aurat." - Akmal Sukeri Nampak mudah n remeh kan. Aku nasihat pada diri aku sendiri, kalo ada gambar kita yg pelik2 atau dedah aurat cepat2 delete. ataupun wasiat lah pada isteri or waris terdekat tutup akaun FB bila kita dah tiada nnti . Kata Aku : biarlah org sedekahkan Alfatihah kepada kita bukan dlm status FB tapi dlm hati mereka!! Published with Blogger-droid v2.0.4

Kadar Radiasi Nadir di Lynas Lebih RENDAH Daripada Radiasi Garam Masakan?!

Image
Err. Ini fakta ke auta? Fakta la kot nye tu. Dh keluar dlm paper. hehehe. Kalo gitu kita dok makan bhn beradiasi tinggi la tiap2 hari. patut la, byk penyakit. Aku rasa kalu gitu, Lynas juga bertanggungjawab bgtau kat org ramai penemuan ini. bukan apa, takut pakar pemakanan kita tak sempat nak check. kalo ikut figure tu 7 kali ganda garam makanan lebih radiasinya. fuhh. so pasni bukannya kempen kurangkan manis je patut kene wat. kurangkan masin pun kene war war kan lah. Kata Aku: Kita nak makan makanan bernutrisi tinggi, bukan BERADIASI tinggi!! Published with Blogger-droid v2.0.4

RON 97 Naik 10 Sen

Harga petrol gred RON97 akan naik 10 sen mulai tengah malam tadi meningkat daripada RM2.80 kepada RM2.90 seliter. Harga baru ini sepadan dengan harga rekod yang ditetapkan pada Mei tahun lepas. Bagaimanapun, harganya turun RM0.10 seliter pada bulan berikutnya. Persatuan Peniaga petrol Malaysia, Abdul Wahid Bidin mengesahkan ini. Minggu lepas, kerajaan persekutuan mengumumkan ia telah meningkatkan subsidi petrol RON95 gred - yang paling banyak digunakan di Malaysia - sebanyak 10 sen ekoran harga minyak mentah global yang semakin meningkat. Ini adalah kerana kerajaan persekutuan berkata ianya penting untuk mengekalkan harga RON95 bagi menghindari tekanan inflasi. RON95 diperkenalkan pada bulan September 2009, selepas kerajaan persekutuan memutuskan untuk mengapungkan harga RON97 yang disemak setiap bulan. Kenderaan pendaftaran asing tidak dibenar menggunakan minyak RON95. Published with Blogger-droid v2.0.4

Kenapa Adam Adli Kena Tumbuk?!

Image
Aku rasa isu ni hanya penduduk kat pangsapuri pkns jer bole jawab. Baru kita dgr negara kita selamat la, aman la n bla. bla. Ternyata rundingan dengan mulut x selalunya berakhir dengan mulut. kadang2 kaki n tangan pun naik sekali. Apa pun, aku rasa bende ni bole selesai dgn elok. ikut emosi bole mati. Berikut petikan dari MalaysiaKini Adam Adli ditumbuk ketika rundingan penduduk 11:05AM Apr 3, 12 Rundingan 34 penduduk pangsapuri PKNS Kampung Kerinchi dekat Kuala Lumpur bersama pihak berkuasa tempatan (PBT) yang mahu merobohkan kediaman mereka pagi ini dicemari oleh insiden aktivis pelajar, Adam Adli ditumbuk. Menurut saksi kejadian, Adam Adli Abd Halim kelihatan ditumbuk ketika menuruni pangsapuri empat tingkat itu oleh lelaki, dipercayai penduduk setempat. Adam yang hadir bersama seorang lagi aktivis pelajar Ekhsan Bukhari kelihatan mengalami kecederaan di bahagian bibir dan mata. Adam ketika dihubungi Malaysiakini mengesahkan dikasari dan mengalami kecederaan yang kini sedan...

Tanpa Pengawasan?!

Image
Brader ni x salah pun. Dia pun ditemu ramah. Takkan nak ckp malaysia bahaya giler mcm palestin. X bole keluar kene bom or tembak. Tp kalo aku, x nak lah menjawab over kompiden gitu. Sbbnya aku rasa sekarang teramat la jauhnya berbanding dahulu. org x terdesak nak buat dirinya diculik, x kira lagi yang main jual2 organ tu. Smlm PM dah umum hasil GTP, NKEA seme. Apa benefit kepada kita korang carik sendiri la ek. ada tu mmg ada. Tipu la kalo aku ckp x ada. Bersyukur dgn apa yg kita perolehi. Cumanya sekadar peringatan. Malang kan x berbau. Kalo berbau dah tentu kita dah boleh hidu sebelum terkena!! Published with Blogger-droid v2.0.4

Ziarah Kematian dan Orang Sakit

Maksud sabda Rasulullah s.a.w.: "Dan apabila sakit hendaklah ziarahinya dan apabila meninggal dunia hendaklah menghantarnya ke kubur." (Riwayat Bukhari) Semalam pergi ziarah kematian dekat klang. Kakak ipar punya mak mertua meninggal. Kiranya biras aku punya mak yang meninggal. Takziah diucapkan. Dengan izin Allah, aku sempat bersembahnyang jenazah dan menghantar jenazah ke kubur. Ternyata suasana kat kampung berbeza. Semangat kejiranan yg kuat. Pengurusan jenazah pun cepat dan mudah. Fadilat ziarah. Ziarah Kematian Daripada Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang hadir menziarah jenazah sehingga dia dapat menyembahyangkannya, maka baginya mendapat pahala sebuah gunung dan sesiapa hadir menziarah sehingga jenazah itu dikebumikan. Maka ia mendapat pahala sebesar dua buah gunung." (Riwayat Bukhari dan Muslim). Tatasusila Semasa Menziarahi i. Hendaklah melahirkan perasaan muhibbah, bersimpati dan bermanis muka ketika berc...