Ranking FIFA Malaysia - 156
Aku rasa orng yang paling senyum sinis sekarang adalah Tan Sri Anuar Musa.
Aku bukan penyokong red warrior, tp aku ambil tahu apa yang dia dah buat kat red warrior. Senang citer, ramai org hargai cara dia naik kan bola sepak kelantan. Dan aku rasa itu juga yang dia cuba buat untuk Bola sepak malaysia.
Tp sayang, org macam ni selalu disalah erti.
Mcm citer ISA jugak.
Tun M pun pernah kena ISA kerana cuba ckp yg betul.
ok lah, cukup pasal anuar musa. pasal bola sepak kita.
Bila dh turun mcm ni baru nak gelabah.
pastu rasa pelik la pasukan yg lemah atas pada kita.
Apa lagi, g la komplen.
mana tau bole naik ranking ker. hehehe.
Moral of the story, jgn takut ditegur.
sbb sayang la org tegur kita!!
Berita Penuh:
Ranking pasukan bola sepak negaramengalami kejatuhan empat anak tangga iaitu ke-156 dunia dalamsenarai terbaru Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), semalam.
Kedudukan itu adalah yang paling buruk sejak Januari lalu iaitu pada kedudukan 148, ke-150 pada Februari dan ke-152 bulan lepas.
Ranking terbaru itu juga menyaksikan kedudukan skuadHarimau Malaya lebih rendah berbanding Bangladesh (ke-152) dan Nepal(ke-149),yang dikenali tidak memiliki infrastruktur yang baik dalam sukan tersebut.
Kemerosotan ranking Malaysia berpunca daripada kekuranganperlawanan persahabatan antarabangsa melibatkanskuadkebangsaan.
Cuma apa yang menimbulkanpersoalan, walaupunnaik 12 anak tangga, Bangladesh tidak terlibat dalam sebarang perlawanan kompetitif yang diiktiraf FIFA sepanjang bulan lalu.
Bukan sekadar Bangladesh dan Nepal yang memiliki ranking lebih baik berbanding Malaysia, beberapa negara yang kurang dikenali dalam dunia bola sepak seperti New Caledoniadan Samoa berada diatas Malaysiaiaitu tempat ke-154 dan ke-155.
Di kalangan negara Asia Tenggara pula, Malaysia berada pada tempat kelima. Walaupun berjaya memintas negara jiran, Singapura (ke-158) namun kita dipintas Filipina, yang naik ke tangga ke-148 ekoranberjaya mara keseparuh akhir Piala Cabaran AFC bulan lalu.
Vietnam kekal sebagai negara terbaik di rantau ini dengan masih berada di kalangan 100 terbaik dunia iaitu di tempat ke-97 diikutiThailand(141),Filipina dan Indonesia (151). Bagi benua Asia, Malaysia berada pada tempat ke-27 daripada 46 negara ketika Australia masihgah selaku pasukannombor satu Asia pada tangga ke-21.
Bagi ranking dunia, Sepanyol masihkekal sebagai pasukan No. 1 diikuti Jerman dan pasukan dari AmerikaSelatan, Uruguay.
Comments
Yang peliknya, nak berubah kepada yang baik, tu yang kena..kalau berubah kepada perkara yang teruk, xde la plak..
Malu sebenarnya..negara kita ada kemudahan bertaraf dunia tapi pencapaian kalah dengan negara yang 1st time aku dengar..new caledoaniadan..
Faktor pemain, faktor pengurusan, tapi tu semua mungkin persepsi kita yang diluar..