Posts

Showing posts from September, 2010

Budak Hilang..Sebarkan

Image
Aku tak sure berita budak ilang ni dah lama di war2 kan atau tidak..tp yang pasti masa nak bkk web maybank2u tadi aku nampak iklan..harap2 sama2 kita membantu..kalo kita yang jadi mak bapak dia dah tentu kita akan gelisah..moga2 budak ni dapat dijumpai semula..

Akhirnya...

Samy Vellu lepas jawatan Presiden MIC sebelum akhir tahun 30/09/2010 1:27pm KUALA LUMPUR 30 Sept. – Datuk Seri S. Samy Vellu bersedia melepaskan jawatannya sebagai Presiden MIC sebelum akhir tahun ini. Menurutnya, langkah itu adalah bagi memberi peluang kepada timbalannya, Datuk G. Palanivel membuat persediaan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13. “Saya akan umumkan tarikh peletakan jawatan tidak lama lagi. Selepas meletak jawatan, saya tidak akan mencampuri urusan dalaman parti dan hanya akan menjadi ahli biasa MIC,” katanya selepas mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat MIC di sini hari ini. Ari ni ntah kenapa entri2 aku berunsurkan politik sket..tp secara logiknya pun..elok la tindakan macam tu..parti komponen BN lain ..MCA or UMNO dah silih berganti tukar pucuk pemimpinnya..aku yakin kaum India pon ada calon muda yang berkelayakan..apa pn..harap2 nye tunaikan lah janji tu..kita tunggu sebelum 31 Dec 2010 jam 12 mlm..ada 93 hari atau 2232 jam lagi dari hari ni..heheheh...

Awang Import Kembali?

'Awang import' mungkin kembali Oleh Harris Rajahdin 2010/09/30 BERDASARKAN cakap-cakap yang kedengaran dari Wisma FAM, peluang melihat semula aksi pemain import dalam Liga Malaysia musim depan, semakin cerah. Berdasarkan pemerhatian dalam sesi percambahan minda bermula semalam, ia menjadi agenda utama yang disuarakan peserta dalam sesi dua hari di Shah Alam, semalam. Sejak khidmat pemain import diharamkan selepas 2008, perjalanan Liga Malaysia dilihat suram dengan penurunan mendadak daripada segi jumlah penonton dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengakui, hanya Kelantan dan beberapa negeri saja mampu mengekalkan jumlah kehadiran penuh di stadium setiap minggu. Antara persoalan yang dibangkitkan peserta daripada ahli gabungan dan pihak luar dalam sesi itu semalam ialah sama ada kehadiran pemain import benar-benar diperlukan, mampu menarik penonton, mampu menaikkan mutu skuad kebangsaan dan di dalam kemampuan pasukan yang mahu menggajikan khidmat mereka. Semu...

Isu Tugu Negara - Dalam Utusan

Bekas jeneral sedih Tugu Negara semakin dilupakan SAYA harap Utusan Malaysia tidak keberatan berkongsi pandangan saya dengan para pembaca berkenaan Tugu Negara. Daripada perhatian dan analisis, saya amat bimbang di atas usaha sekumpulan cerdik pandai Melayu yang mahu rakyat melupakan Tugu Negara, lambang kemenangan rakyat memperjuangkan pemberontakan bersenjata komunis. Yang benci dan mencaci Tugu Negara ini adalah orang Melayu bekas ahli Parti Komunis Rejimen ke-10. Mereka mengatakan kerajaan patut bina tugu menunjuk rakyat menentang British dan bukannya tugu menentang komunis. Sudah puluhan tahun kita memperingati mereka yang gugur dan meletakkan kalung-kalung bunga di Tugu Negara. Letakkan kalung bunga adalah praktik antarabangsa dan bukannya praktik satu-satu agama. Apakah kita sudah bersalah dari ajaran Islam selama ini? Di manakah pembesar-pembesar negara asing yang melawat Malaysia akan meletak kalung bunga memperingati pahlawan kita. Pengertian saya patung yang disemb...

Isu Wang Judi...

Hari ini terpampang dalam utusan pasal wang judi dipulangkan..aku tak pandai cerita dari sudut politik tp aku tertarik pendapat bekas mufti perlis yang ditulis dalam malaysia kini ..  Antara petikan komen beliau adalah "Bukannya ia diberikan atas nama hasil judi. Contohnya ada kawan hendak belanja kita kerana dia menang judi, tidak boleh kerana itu meraikan judi. "Tapi kalau orang bukan Islam sekalipun belanja kita makan dan beri kita ang pau, tidak mengapa kerana dia hendak belanja," tambahnya. Katanya lagi, Nabi Muhammad sendiri pernah menerima hadiah daripada orang Yahudi dan juga daripada pemerintah Rom. "Buktinya, memang tidak salah jika hendak mengambil apa yang hak kita. Nabi mengambil hadiah daripada orang Yahudi walaupun nabi tahu orang Yahudi menjalankan kegiatan (ekonomi) riba dan pemerintah Rom terlibat dengan kezaliman," katanya. Aku pun rasa ada juga logiknya..tp aku tak nak lah nak komen lebey2.korang baca artikel tu dulu...bukan k...

Gambar yang menggayatkan!!

Image
Biasanya orang tgk gambar..rasa menggiurkan..rasa takut ker..ngeri ker..ni aku nak kongsi gambar yang bole buat korang rasa gayat..hehehe..

Aku, Lim dan Islam (Coretan En.Abdullah)

Aku, Lim dan Islam by Abdullah Dari Jeram Pasu on Monday, September 6, 2010 at 10:11am Aku punya seorang rakan baik dari zaman kanak-kanak. Lim Wei Choon. Sana-sama bersekolah rendah hingga ke peringkat menengah . Selepas SPM. Aku masuk ke Tingkatan 6, manakala Lim dihantar keluarganya melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat. Kenangan sewaktu kanak-kanak hingga ke zaman remaja terlalu banyak yang dikongsi bersama. Setiap kali hariraya menjelang, Lim pasti berkunjung ke rumah ku untuk menikmati dodol arwah ayahku yang amat digemarinya. kadangkala, jika ada kenduri kendara dirumahku, pasti Lim akan turut serta. Aku jarang ke rumahnya kecuali umtuk beberapa sambutan seperti harijadi dan juga Tahun Baru Cina. Aku takut dengan anjing peliharaan keluarga Lim. Dengan Lim juga aku belajar matematik manakala subjek Bahasa Malaysia sering menjadi rujukannya padaku. Kenangan-kenangan seperti memancing, mandi jeram, ponteng sekolah untuk melihat pertandingan 'breakdance', semuanya...

Semoga Cepat Sembuh

‘Ali Setan’ diserang sakit jantung di Syria 29/09/2010 3:36pm Oleh MUZLINA ABU BAKAR KUALA LUMPUR 29 Sept. - Bekas pelakon dan pendakwah bebas, Azmil Datuk Mustapha dikejarkan ke Hospital Al-Andalus, Damsyik, Syria awal pagi kelmarin selepas mengadu sesak nafas. Azmil, 58, yang terkenal dengan lakonannya melalui filem Ali Setan, kini dirawat di unit rawatan rapi hospital berkenaan dan dijangka menjalani pembedahan pintasan koronari pada pukul 2 petang waktu tempatan (7 malam Malaysia). Menurut anaknya, Nor Amalia Batrisya, bapanya kini berada dalam keadaan stabil dan doktor sedang memantau kesihatannya. - Utusan Aku tertarik dengan berita terkini kat utusan..cuma pendapat peribadi aku..pihak utusan sepatut tak guna lagi nama samaran 'Ali Setan" tu..walaupun bende tu perkara kecil..dan mgkin dengan cara semua orang akn kenal..tp kadang2 mcm tak sesuai la plak..lgpun beliau dah lama jadi pendakwah..mcm tak kene jer kan.. Apa pun aku doakan beliau selamat.. tiba2 teri...

Main Kutu-- Haram?

Main kutu haram di Malaysia MAIN kutu yang popular di kalangan masyarakat rupa-rupanya salah di sisi undang-undang. - Gambar hiasan KUALA LUMPUR - Aktiviti main kutu yang popular di Malaysia dan banyak dianjurkan secara kecil-kecilan di kalangan masyarakat di negara ini sejak dahulu lagi rupa-rupanya salah di sisi undang-undang. Ramai yang tidak menyedari hakikat itu. Mengikut undang-undang, tidak ada individu mahupun syarikat di negara ini dibenarkan menganjurkan pelaburan wang kutu termasuk aktiviti mengutip wang orang lain bagi tujuan membina rangkaian perniagaan. Pengarah Kanan Penguatkuasaan, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Muhd. Redzuan Abdullah berkata, kegiatan itu dilarang mengikut Akta (Larangan) Kumpulan Wang Kutu 1971. "Pelaburan itu sama sekali tidak dibenarkan memandangkan ia menimbulkan kekhuatiran berlaku penyelewengan yang akan merugikan pelaburnya. "Skim kutu diharamkan. Jika sabit kesalahan individu terbabit bakal berhadapan dengan hukuman...

Kan aku dah cakap....

Artikel aku tulis dah kuar dalam Berita Harian hari ini..pasal masalah pekerja rapidkl tuh..lain kali dengan customer jgn gurau bukan2..pk la jugak kalo diaorang duduk kat tempat pelanggan...mcm mana kalo kene mcm tuh..

Contohi Lin Dan.

Image
Dari riak wajah Lin Dan..nampak sgt dia tak puas hati..dan nampak dia mcm nak makan je Datuk Lee Chong Wei..apa pun Tahniah datuk!..mng dgn musuh tradisi... Tp aku rasa kita pun patut cam tu..walaupun redha dengan kekalahan..kita perlu tanamkan azam untuk menebus kekalahan kita...!!

Jangan Main-main !!

Image
Aku kembali mengomel..dulu aku rajin mengomel dalam utusan or berita harian (ruangan surat atau forum).aku tak tahan dengan layanan kat kaunter rapidkl sabtu lepas..so kalau ada kat berita harian or utusan esok lusa..Alhamdulillah..kasik RapidKL bukak mata sket.. Pada pagi Sabtu 25 September lepas, kami sekeluarga bergegas ke Stesen Bas RapidKL Putrajaya.Setelah tiba di kaunter, isteri saya bertanyakan kekerapan masa bas dari Putrajaya ke Cyberjaya.Pegawai yang bertugas menjawab “setiap 30 minit kak”. Isteri saya inginkan kepastian lalu bertanyakan “Pukul 9:00 pagi , 9:30 pagi macam tu ke?” lalu dibalas “ ye kak, macam tu , InsyaAllah kalau bas tak rosak ada la”.Oleh kerana isteri saya harus sampai ke Cyberjaya tepat pada masanya, isteri saya bertanyakan pula tempoh masa yang perlu diambil untuk sampai ke destinasi. “Dalam 20 minit kak.Kak, kalau kakak rasa susah sangat, kakak beli je kereta, kan senang” di jawab sinis oleh pegawai bertugas. Saya begitu terpanggil untuk berkongsi in...

Khas Untuk Blogger Tegar!

Image
Ni sekadar tips yang mungkin semua orang tahu la..tp kali ni bole la bercakap ngan fakta sedikit..mgkin ada antara kita usung laptor ke hulu ke hilir..ye la nak update blog..so mungkin kita kena prihatin kot2 terlupa nk shut down..especially bila kita dah sampai kat umah..adios..

Pahang Oh Pahang...

Pahang berpesta gol tewaskan Kuala Lumpur 27/09/2010 3:01am KUALA LUMPUR – Walaupun terpaksa menjadikan Stadium Bola sepak Kuala Lumpur sebagai tuan rumah, itu tidak menjadi masalah besar buat Pahang mencatatkan kemenangan bergaya 5-2 ke atas Kuala Lumpur dalam saingan Kumpulan B Piala Malaysia, malam tadi. Gol Pahang dijaringkan oleh Mohd. Fazli Baharuddin pada minit ke-29, Azammuddin Mohd. Akil minit ke-45, R. Karthigesu minit ke-63, Mohd. Saiful Nizam Miswan minit ke-70 dan Famirul Asraf Sayuti pada minit ke-84. Manakala dua gol Kuala Lumpur diperolehi melalui pemain Mohd. Badrul Hisham Azmi pada minit ke-65 dan minit ke-67 hasil jaringan Ahmad Hazwan Bakri. - Utusan Entri kali ni nak citer sket tentang bola..satu masa dahulu aku sangat2 meminati pasukan bola sepak negeri kelahiran ku..ada satu waktu aku akn beli apa sahaja majalah..paper..yang ada citer pasal pasukan pahang..dan potong setiap artikel tu..untuk letak dalam buku..masa tu tahun 92~95..mmg zaman kegemilangan p...

BLOG LIST BEN ASHAARI SEPTEMBER

Image
Assalamualaikum... Oleh kerana abang ben wat Blog list dibuka .. Limited Edition .. takkan nak sia2 plak..Limited Edition tuh.. Sesungguhnya kita sering bertemu di alam nyata..tetapi berkomunikasi di alam maya... Hehehe..unik gitu.. Apa2 pun akan cuba update blog sehari sekali..paling teruk pun hari bekerja..awal2 dah declare..tak nak wat janji palsu..boleh update sehari sekalik..kalo berkesempatan ..ada kemudahan untuk update sehari sekali..insyaAllah akan di usahakan.. Nak join kategori...Tulis Diari..TQ.

Khutbah Jumaat (24 September 2010 / 15 Syawal 1431)

Hari ni Khutbah Jumaat yang aku dengar agak ringkas, padat dan mudah difahami...aku yakin khatib yang menyampaikan tidak mengikut teks khutbah sebijik sebijik..sbb cara penyampaian bukanlah seperti membaca teks..tetapi pada pengamatan aku ..beliau teliti dulu dan menyampaikan kepada jemaah tanpa meninggalkan rukun khutbah jumaat..walaupun agak meleret..tp aku rasa cara begini juga mampu memberi pemahaman yang baik kepada jemaah..  Ringkasnya..beliau ingin menekankan apakan persiapan kita menuju akhirat. perbandingan cukup mudah.. betapa kita begitu membuat persiapan pulang berhari raya..supaya kita selamat menuju ke destinasi kampung halaman untuk bertemu ayahbonda tercinta..kita siapkan beg takut brg tertinggal..kita g servis kereta..dan yang penting..kita sanggup menempuh apa jua halangan supaya kita dapat memastikan diri dan keluarga kita sampai ke kampung halaman.. betul gak ekk..kalo difikirkan betul2..kita sanggup menempuh jem..mcm2 lagi..asal dpt beraya kat kampung.. ...

Sebab itu saya "CooL"..

Image
Laporan berita Harian.. Suspek utama nafi terbabit bunuh 2010/09/24 Peguam dakwa 2 beradik tak diberi peluang pertahan diri sebelum direman Antara isi kandungan laporan ni: " Mereka mendakwa tidak diberi peluang mempertahankan diri sebelum ditahan reman, katanya ketika ditemui di IPKKL, semalam. Vijandran bersama peguam Ravi Nekoo dan Pushpa Ratnam tiba di IPKKL kira-kira jam 3 petang bersama isteri kedua-dua suspek utama sebelum meninggalkan pekarangan ibu pejabat itu 30 minit kemudian. Difahamkan, isteri kedua-dua suspek itu dibenarkan berjumpa suami masing-masing kira-kira 10 minit. Ini pertemuan pertama mereka sejak ditahan 11 September lalu. Dalam pada itu, Vijandran turut menyuarakan rasa kesal dengan laporan akhbar sejak kejadian berkenaan yang disifatkannya berat sebelah, sedangkan kes itu belum pun dibawa ke mahkamah. Selagi kes ini belum dibawa ke mahkamah dan sehingga hakim memutuskan siapa yang bersalah, anak guam saya tidak bersalah. Sepanjang berada...

Berani Kerana Benar !!

Image
Aku x memahami sangat perjuangan Presiden Iran sekarang.. yang aku tahu..kalo berani bercakap perkara ini di perhimpunan yang besar cam ni..pastinya bukan calang-calang orang lah.. Apa-apa pun x sabar nak tunggu Perdana Menteri kita pulak berucap..amat berharap apa yang akan disampaikan dapat dimanfaat kan oleh semua orang..x gitu?

Siapa Punya Tugas...

Image
"Masa aku menuggu giliran dipanggil doktor kat suatu klinik..aku sempat membelek majalah..dan tertarik ngan artikel nih..." Dalam suatu organisasi terdapat individu bernama SEMUA , SESEORANG , SESIAPA dan TIADA SIAPA . Terdapat suatu tugas yang mustahak untuk disempurnakan, dan SEMUA diminta melaksanakannya. SEMUA yakin yang SESEORANG akan melakukan tugas tersebut.Tetapi sebenarnya TIADA SIAPA yang melakukannya. SESEORANG berasa marah kerana itu adalah tugas SEMUA . SEMUA pula menganggap SESIAPA sahaja mampu melakukan tugas tersebut. Tetapi TIADA SIAPA yang menyedari bahawa SEMUA tidak mungkin melakukannya. Akhirnya, SEMUA mula mencemuh seseorang walaupun sebenarnya dalam melakukan tugas tersebut TIADA SIAPA yang pernah bertanya kepada SESIAPA . Betul gak ekk....apa pendapat korang??..

Jel Setahun.. Memadai ke??

Image
Hari ni tetiba ..aku terpanggil nak mengulas laporan-laporan sensasi akhbar utama .. walaupun aku bukan la orang yang berada di tempat yang betul untuk mengkritik..tambahan pula ilmu tentang hukuman-hukuman mahkamah ni terlalu sukar bagi aku untuk mentafsirkannya.. Cuma aku rasa hukuman jel setahun tak setimpal dengan perbuatannya.. apatah lagi ada mangsa yang maut akibat perbuatan itu.. apa jua alasan..rasanya tak dapat diterima oleh mana2 pihak2 pun..kalo ikut statement dalam utusan online.. "Dalam kejadian yang berlaku pada 22 Ogos lalu, anak tunggal tertuduh, Khairul Ariff, 6, maut selepas tercampak dan melambung ke atas pokok sejauh kira-kira 15 meter akibat letupan yang kuat. Letupan dahsyat itu mengakibatkan mayat kanak-kanak malang itu terlekat di celah dahan pokok berhampiran rumah tersebut selain sebahagian kepalanya berkecai." Pendapat peribadi aku setahun tak cukup..percaya lah..selepas keluar dari jel..minta pihak polis buat pemantauan lagi pada bulan ...

Terlampau sayang !!???

Image
BERSALAH...Mohd Fazli dihukum gantung sampai mati.  Bila membaca myMetro ..aku terkejut dgn kenyataan ibu kanak-kanak itu, Siti Nurhanim Aziz, 25: “Saya tak pernah marahkan dia (Mohd Fazli) sebab dia terlampau sayangkan anak saya, maka saya amat menyayanginya,” katanya ketika ditemui di luar mahkamah. Malah, sebelum Mohd Fazli digari semula untuk dibawa ke penjara, dia dilihat sempat mencium pipi Siti Nurhanim. Apatah lagi perbuatan si pembunuh seperti yang diterangkan oleh hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki adalah seperti berikut : “Perbuatan menutup pintu teksi sehingga terkena kepala mangsa, memijak perut dengan but bola dan menyepak kanak-kanak itu tidak dapat diterima sebagai tidak berniat,”   walaupun dalam islam memanglah kita dinasihatkan bermaafan..kenyataan ibu si mati ni amat mengelirukan..walau apa pun alasan..lalok ker..mabok ker..aku rasa keputusan mahkamah itu sudah setimpal dengan perbuatan..kalo sayang sekali macam mana lelaki tu..tak payah la nak b...

Pulanglah..

Image
Sejak menjadi-jadi kes anti-Malaysia ni..aku rasa eloklah rakyat kita kat sana tu pulang ke tanah air.. InsyaAllah rezeki kat bumi malaysia ni masih terbuka luas untuk anda.. Lagipun, berurusan dengan orang macam ni x ada kesudahan..aku yakin dan pasti rakyat indonesia yang carik makan kat sini mgkin tertekan..aku syorkan bapak-bapak indon yang berkerja kat sini buatlah sidang media kat sini betapa kami ni tak pernah pon nak menghalau mereka keluar..bahkan kita ni jugaklah yang membantu diaorang..mana tak nya..g pasar besar..jurujual indon..g opis..cleaner pun indon..g SOGO pun pembantu jurujual pon indon..tak pernah pon kita tak layan diaorang ..halau mereka suruh balik.. Jadi aku menyeru...kepada rakan sebumi dengan aku..pulanglah ke tanah air mu yang tercinta ni.....

Indonesia larang calon amah ke Malaysia, Kuwait, Jordan.. !!???

Petikan dari Utusan Online Semalam; Indonesia larang calon amah ke Malaysia, Kuwait, Jordan 21/09/2010 4:10pm JAKARTA 21 Sept. - Menteri Tenaga Kerja dan Transmigrasi Indonesia Muhaimin Iskandar hari ini melarang calon pembantu rumah negara itu untuk pergi bekerja di Malaysia sehingga kerajaan Indonesia mampu memberi perlindungan sewajarnya kepada mereka. Kenyataan Muhaimin itu adalah sebagai reaksi kepada kejadian terbaru membabitkan penganiayaan terhadap pembantu rumah Indonesia bernama Winfaedah di Malaysia pada 13 September lepas. Kejadian itu katanya menjadi bukti bahawa mereka menanggung risiko tinggi jika pergi bekerja tanpa dokumen rasmi yang lengkap. “Jadi jangan berangkat ke Malaysia dulu sampai ada perlindungan yang jelas,” katanya di Denpasar, Bali yang dipetik portal berita Kompas.Com. Selain Malaysia, dua negara lain yang turut diminta dihindari calon-calon itu sehingga ada kepastian perlindungan terhadap mereka ialah Kuwait dan Jordan. Bagi melindungi kesela...

Lagi - Lagi Senario

Malam semalam tetiba nak layan  ASTRO 104 ..tup2 tayangan raya kita masih belum abis..walaupun dah masuk 12 Syawal..so aku n family layan la citer Lagi-Lagi Senario.. Sedikit imbasan citer ni takut2 korang dah lupa..yang aku amik dari wikipedia.. "Lagi-Lagi Senario ialah sebuah filem komedi keluarga arahan , Aziz M Osman yang ditayangkan di pawagam Malaysia pada 14 Disember 2001. Filem yang dibintangi oleh Kumpulan Senario, Wardina dan Accapan ini merupakan sambungan siri filem Senario seperti Senario The Movie & Senario Lagi. Filem ini pernah menduduki tangga teratas dalam senarai filem Malaysia yang terbanyak kutipan pawagam pada RM6.33 juta, sebelum diatasi oleh Adnan Sempit yang keluar pada tahun 2010" Aku tak nak bercerita panjang pasal citer ni..cuma aku rasa ..rakyat kita skang ni dah terlalu "sensitif"..aku rasa kalo citer ni ditayangkan pada tahun ni..kompem kita akan dengar byk komplen.. Nape aku cakap macam gitu..semuanya pasal ending citer ...

Subhanallah..

Image
Gambar pokok berbentuk tulisan Allah di sebelah masjid Sungai Masin, Batang Kali. Balik2 dari cuti raya ni..bila bukak email..selambak email2 mengucapkan selamat Hari raya dan maaf zahir batin..terima kasih diucapkan atas ingatan tulus ikhlas dari rakan2.. Kalo dahulu seronok gak dapat kad raya.penuh sentimental la..skang ni ..mm..sms je la..kalo email pon..kompem main fwd je la..x pun copy n paste..nak menaip sendirik jgn harapla..kalo la bole trace sapa la yang original skalik menaip or menulis email/sms tu..rasa cam nak bg hadiah jer..sebab dia je insan yang menulis dgn penus tulis ikhlas. kita ni..bak kata iklan "hanya satu klik shj" ..semua nye beres.. apa2 pun aku nak berkongsi gambar ni..dapat dari teman..semoga kita lalui syawal ni dgn penuh makna..dan teruskan amalan2 baik kita di bulan ramadhan lepas..amin...