Lagi - Lagi Senario

Malam semalam tetiba nak layan  ASTRO 104 ..tup2 tayangan raya kita masih belum abis..walaupun dah masuk 12 Syawal..so aku n family layan la citer Lagi-Lagi Senario..

Sedikit imbasan citer ni takut2 korang dah lupa..yang aku amik dari wikipedia..

"Lagi-Lagi Senario ialah sebuah filem komedi keluarga arahan , Aziz M Osman yang ditayangkan di pawagam Malaysia pada 14 Disember 2001. Filem yang dibintangi oleh Kumpulan Senario, Wardina dan Accapan ini merupakan sambungan siri filem Senario seperti Senario The Movie & Senario Lagi.

Filem ini pernah menduduki tangga teratas dalam senarai filem Malaysia yang terbanyak kutipan pawagam pada RM6.33 juta, sebelum diatasi oleh Adnan Sempit yang keluar pada tahun 2010"

Aku tak nak bercerita panjang pasal citer ni..cuma aku rasa ..rakyat kita skang ni dah terlalu "sensitif"..aku rasa kalo citer ni ditayangkan pada tahun ni..kompem kita akan dengar byk komplen..

Nape aku cakap macam gitu..semuanya pasal ending citer nih..walaupun pada mulanya citer ni pasal orang melayu bertelagah kerana berniaga roti canai sebelah menyebelah..timbul hasad dengki dan yang sewaktu dengan nya..diakhir cerita nya..tanah terbiar (tempat diaorang buka gerai) di situ dibeli oleh si Accapan dan Robert Kong..haa..korang nampak tak..sapa yang ambil "keuntungan" kalo orang melayu bergaduh sesama sendiri.tapi pada tahun 2001 tu rakyat kita tak pernah terfikir pun nak komplen perkara macam ni...

Sekarang ni..apa2 isu je dikaitkan dengan "racism".. agaknye kita dah terlalu sensitif. sehingga tersasar jauh dari landasan yang betul... sepatutnya kita perlu menilai sesuatu dengan lebih rasional.. orang selalu kata "Budak bertudung pun buat jahat" tapi aku akan kata.."Budak jahat pun bertudung".. 

Comments

Popular posts from this blog

Kenapa dan Kesan Hempedu Di Buang - Based on True Story

Bila Waktu Mula dan Tamat Solat Sunat Dhuha

Masjid Berhampiran Stesen LRT/Monorel