Akhirnya...

Samy Vellu lepas jawatan Presiden MIC sebelum akhir tahun



30/09/2010 1:27pm


KUALA LUMPUR 30 Sept. – Datuk Seri S. Samy Vellu bersedia melepaskan jawatannya sebagai Presiden MIC sebelum akhir tahun ini.

Menurutnya, langkah itu adalah bagi memberi peluang kepada timbalannya, Datuk G. Palanivel membuat persediaan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13.


“Saya akan umumkan tarikh peletakan jawatan tidak lama lagi. Selepas meletak jawatan, saya tidak akan mencampuri urusan dalaman parti dan hanya akan menjadi ahli biasa MIC,” katanya selepas mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat MIC di sini hari ini.

Ari ni ntah kenapa entri2 aku berunsurkan politik sket..tp secara logiknya pun..elok la tindakan macam tu..parti komponen BN lain ..MCA or UMNO dah silih berganti tukar pucuk pemimpinnya..aku yakin kaum India pon ada calon muda yang berkelayakan..apa pn..harap2 nye tunaikan lah janji tu..kita tunggu sebelum 31 Dec 2010 jam 12 mlm..ada 93 hari atau 2232 jam lagi dari hari ni..hehehehe..

Comments

Gerakan Timur said…
jgn minggu depan dia ubah tarikh lain udah lerrr... lagi cepat ok ler.. klu dibuatnya 30 February, tak ke naya... hehehehe...
Ezzu Raza said…
harap2nya begitu la..kita ni mampu menunggu jer..heheh..komen lebey tak bole..

Popular posts from this blog

Bila Waktu Mula dan Tamat Solat Sunat Dhuha

Kenapa dan Kesan Hempedu Di Buang - Based on True Story

Masjid Berhampiran Stesen LRT/Monorel