Semoga Cepat Sembuh

‘Ali Setan’ diserang sakit jantung di Syria



29/09/2010 3:36pm
Oleh MUZLINA ABU BAKAR

KUALA LUMPUR 29 Sept. - Bekas pelakon dan pendakwah bebas, Azmil Datuk Mustapha dikejarkan ke Hospital Al-Andalus, Damsyik, Syria awal pagi kelmarin selepas mengadu sesak nafas.
Azmil, 58, yang terkenal dengan lakonannya melalui filem Ali Setan, kini dirawat di unit rawatan rapi hospital berkenaan dan dijangka menjalani pembedahan pintasan koronari pada pukul 2 petang waktu tempatan (7 malam Malaysia).
Menurut anaknya, Nor Amalia Batrisya, bapanya kini berada dalam keadaan stabil dan doktor sedang memantau kesihatannya. - Utusan

Aku tertarik dengan berita terkini kat utusan..cuma pendapat peribadi aku..pihak utusan sepatut tak guna lagi nama samaran 'Ali Setan" tu..walaupun bende tu perkara kecil..dan mgkin dengan cara semua orang akn kenal..tp kadang2 mcm tak sesuai la plak..lgpun beliau dah lama jadi pendakwah..mcm tak kene jer kan..
Apa pun aku doakan beliau selamat.. tiba2 teringat pasal email dari seorang rakan pagi tadi..bkn senang weh nak jadi pendakwah.. nak bawak org menuju ke jalan yang benar..nnti aku kongsikan..

Comments

Popular posts from this blog

Bila Waktu Mula dan Tamat Solat Sunat Dhuha

Kenapa dan Kesan Hempedu Di Buang - Based on True Story

Masjid Berhampiran Stesen LRT/Monorel