Posts

Showing posts from December, 2009

Kelulusan Bajet 2010 wajar diutama

SETELAH hampir dua bulan Bajet 2010 dibentangkan di Dewan Rakyat oleh Datuk Seri Najib Razak, rata-rata rakyat Malaysia memberikan respon positif di atas inti pati yang dikemukakan oleh kerajaan. Rakyat tidak mengira kaum semakin faham akan gagasan 1Malaysia yang ingin diutarakan dan dijayakan oleh Perdana Menteri kita. Namun, insiden Bajet 2010 hampir tidak dapat diluluskan kerana kekurangan undian oleh pihak kerajaan patut diambil perhatian serius oleh semua Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN). Ini kerana Bajet 2010 adalah satu bentuk belanjawan yang akan diguna pakai untuk merealisasikan apa yang dirancang oleh kerajaan kepada rakyat. Adalah tidak adil bagi Kementerian Kewangan yang diterajui Najib sendiri berhempas pulas mencari formula terbaik Bajet 2010, tetapi bajet itu tidak dapat diluluskan berikutan ketidakhadiran Ahli Parlimen BN sendiri. Kenyataan Ketua Whip BN, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz dan Tan Sri Pandikar Amin selaku yang Yang Dipertua Dewan Rakyat wajib dijadikan te...

The phrase “Saya Yang Menurut Perinah” needs to be corrected

Image
(Terima Kasih kepada Utusan, buka minda saya untuk mempelajari BI dalam bentuk penulisan akhbar) I am among thousands of those from the private sector who switch job to work as civil servant to serve in the government. There is no denial that I need to change my approach and adapt with the different work environment from public to the private sector. That is normal to anyone who moves to work from one place to another. What caught my attention is the use of the phrase “Saya Yang Menurut Perintah” (I’ m Under Your Command) in the public sector. The phrase is widely use in official letters or in whatever work that they do. However, in my opinion the phrase at times had been misunderstood by certain quarters. They feel that it is their obligation to take any directive without question. I see this as unhealthy where if left uncheck, can create work environment which is not competitive. But I would like to see from the dimension of why this could have happen. First, I feel that the environm...

Banyakkan pendedahan tindakan ketika kecemasan

Image
BEBERAPA hari lalu, tragedi demi tragedi yang mengorbankan nyawa hadir menghantui seluruh rakyat Malaysia. Bermula dengan kejadian rempuhan sebuah kereta yang terhumban ke dalam pusat beli-belah sehinggalah kejadian rempuhan lori tangki minyak ke sebuah rumah seakan-akan memberi suatu persepsi bahawa bahaya ada di mana-mana waima berteduh di dalam rumah. Walaupun ketentuan Ilahi bukanlah kuasa manusia untuk menidakkannya, namun apakah usaha kita ke arah mencegah sesuatu yang buruk daripada menimpa diri? Ternyata, satu kurikulum atau kokurikulum baru amat diperlukan bagi mengetengahkan tindakan kecemasan atau dikenali sebagai Emergency Response Plan di peringkat menengah rendah lagi. Ini kerana setiap tindakan pantas yang di ambil mungkin akan dapat menyelamatkan nyawa seseorang. Apa jua bentuk tindakan kecemasan yang diambil memerlukan pengetahuan asas bagi mengelakkan sebarang kemudaratan. Pengetahuan seperti inilah masih samar-samar di kalangan rakyat Malaysia. Penekanan dan pendedah...

Pemandu kita tidak faham erti lorong kecemasan

MELIHAT gelagat dan kelibat pemandu di Lebuh Raya Utara Selatan (Plus) ketika pulang menyambut Aidiladha mengingatkan saya mengenai iklan kempen kesedaran jalan raya yang dimainkan di corong radio tempatan. Ternyata apa yang diuar-uarkan adalah satu realiti iaitu orang kita boleh berubah wajah ketika di jalan raya. Apa yang ingin dikongsi ialah sesetengah pemandu mengambil kesempatan menggunakan lorong kecemasan di lebuh raya secara berleluasa. Ternyata lorong kecemasan diwujudkan oleh pihak berwajib bagi memudahkan pengguna ketika berada dalam keadaan kecemasan yang tidak boleh dielakkan seperti kenderaan rosak atau tayar pancit. Namun, sering kali lorong kecemasan ini dijadikan tempat untuk mereka yang tidak faham erti kesabaran. Ada kalanya, kita terpaksa menghadapi kesesakan luar biasa di lebuh raya terutama ketika musim perayaan. Namun, memandu laju atau memotong kenderaan lain di lorong ini bukan penyelesaiannya. Ada beberapa perkara wajib dipertimbangkan sebelum kita menilai ada...

Lanjutan - Isu Bonus Awam 2009

Image
Bonus bukanlah hak mutlak pekerja.Ini adalah fakta yang tidak boleh disangkal lagi.Namun ke arah mana wang itu dibelanjakan wajar diambil kira.Dari segi logiknya, perbelanjaan kami sebenarnya menguntungkan semua pihak.Jika bebelanja di pasaraya sudah tentu pihak swasta yang mendapat habuan, jika berbelanja untuk yuran anak-anak ke sekolah maka menguntungkan pihak kerajaan sendiri.Aneh bukan? Begitu juga dengan Pakej Rangsangan Ekonomi yang membuka ruang pekerjaan secara kontrak di sektor awam.Ada di antara kementerian memberi maklumat supaya berbelanjalah dengan hemah supaya dapat menjana ekonomi negara.Hasilnya dapat kita lihat dengan keadaan ekonomi negara sekarang yang semakin pulih. Sektor awam dan sektor swasta memang saling memerlukan antara satu sama lain.Ruang kerja berdaya saing yang sihat wajar dipupuk dari awal.Kalau sektor swasta menyifatkan mereka penyumbang ekonomi negara maka kami adalah penyumbang kesejahteraan negara.Ekonomi yang kukuh lahir daripada kesejahteraan masy...

Perbetulkan frasa "Saya Yang Menurut Perintah"

SAYA adalah antara ribuan pekerja swasta yang beralih angin bertugas sebagai penjawat awam bagi mencurahkan khidmat bakti kepada institusi kerajaan. Tidak dapat dinafikan, saya juga mengalami perubahan cara dan persekitaran kerja yang berbeza dari sektor swasta dan sektor awam. Namun itu adalah sesuatu yang normal bagi sesiapa sahaja yang berhijrah ke tempat kerja yang baru. Apa yang menarik perhatian saya adalah penggunaan frasa "Saya Yang Menurut Perintah" di sektor awam. Ternyata frasa ini dipergunakan secara meluas di surat-surat rasmi mahupun apa bentuk tugas yang diarahkan. Namun saya berpendapat frasa ini kadangkala disalah erti oleh sesetengah pihak. Mereka merasakan mereka wajib mengikut arahan tanpa usul periksa. Saya melihat ini adalah suatu persekitaran kerja yang kurang sihat di mana jika dibiarkan boleh mewujudkan suasana kerja yang tidak kompetitif. Bagaimanapun saya suka melihat dari sudut mengapa perkara ini boleh berlaku. Pertama, saya berpendapat ruang perb...