Lanjutan - Isu Bonus Awam 2009
Bonus bukanlah hak mutlak pekerja.Ini adalah fakta yang tidak boleh disangkal lagi.Namun ke arah mana wang itu dibelanjakan wajar diambil kira.Dari segi logiknya, perbelanjaan kami sebenarnya menguntungkan semua pihak.Jika bebelanja di pasaraya sudah tentu pihak swasta yang mendapat habuan, jika berbelanja untuk yuran anak-anak ke sekolah maka menguntungkan pihak kerajaan sendiri.Aneh bukan? Begitu juga dengan Pakej Rangsangan Ekonomi yang membuka ruang pekerjaan secara kontrak di sektor awam.Ada di antara kementerian memberi maklumat supaya berbelanjalah dengan hemah supaya dapat menjana ekonomi negara.Hasilnya dapat kita lihat dengan keadaan ekonomi negara sekarang yang semakin pulih.
Sektor awam dan sektor swasta memang saling memerlukan antara satu sama lain.Ruang kerja berdaya saing yang sihat wajar dipupuk dari awal.Kalau sektor swasta menyifatkan mereka penyumbang ekonomi negara maka kami adalah penyumbang kesejahteraan negara.Ekonomi yang kukuh lahir daripada kesejahteraan masyarakat,kebebasan menerima pendidikan serta kemuafakatan sesama kita.Jika tidak masakan kita boleh hidup aman harmoni sehingga sekarang.
Ternyata ada di antara warga swasta yang tahu keistimewaan penjawat awam tetapi tidak pula berusaha menyertai kami? Mengapa? Jika dipantau dengan betul mesti ada jawapan yang tersirat.Kadang-kala saya berasa amat terkilan jika kredibiliti penjawat awam dipandang rendah oleh mereka.Namun,pendapat mereka mengenai CUEPACS supaya memantau prestasi penjawat awam adalah tepat sekali.Sejajar dengan pengenalan KPI dan NKRA oleh Dato’ Sri Najib, CUEPACS juga wajar mengkaji dengan lebih dalam bagaimana memperbaiki prestasi mereka yang masih rendah.
Suka saya nyatakan sudah ramai pekerja swasta yang menceburi sektor awam.Penglibatan mereka di sektor awam bukan sekadar mengejar pencen ataupun keistimewaan semata-mata.Harus diingat golongan seperti ini menceburi sektor awam kerana terpanggil membuat perubahan kepada sektor awam.Mereka sanggup meninggalkan gaji yang jauh lebih besar, bonus yang sudah tertulis di surat perlantikan kerana ingin menyahut seruan kerajaan yang inginkan mutu kerja yang lebih elok berbanding dahulu.Pengalaman bekerja di sektor swasta akan diterapkan sedikit demi sedikit supaya jurang pemisah anataranya dapat dikecilkan.

Comments