Pemandu kita tidak faham erti lorong kecemasan


MELIHAT gelagat dan kelibat pemandu di Lebuh Raya Utara Selatan (Plus) ketika pulang menyambut Aidiladha mengingatkan saya mengenai iklan kempen kesedaran jalan raya yang dimainkan di corong radio tempatan. Ternyata apa yang diuar-uarkan adalah satu realiti iaitu orang kita boleh berubah wajah ketika di jalan raya. Apa yang ingin dikongsi ialah sesetengah pemandu mengambil kesempatan menggunakan lorong kecemasan di lebuh raya secara berleluasa. Ternyata lorong kecemasan diwujudkan oleh pihak berwajib bagi memudahkan pengguna ketika berada dalam keadaan kecemasan yang tidak boleh dielakkan seperti kenderaan rosak atau tayar pancit. Namun, sering kali lorong kecemasan ini dijadikan tempat untuk mereka yang tidak faham erti kesabaran.
Ada kalanya, kita terpaksa menghadapi kesesakan luar biasa di lebuh raya terutama ketika musim perayaan. Namun, memandu laju atau memotong kenderaan lain di lorong ini bukan penyelesaiannya. Ada beberapa perkara wajib dipertimbangkan sebelum kita menilai adakah kita wajar menggunakan lorong kecemasan ini. Pertama, tragedi langgar dari belakang kenderaan wajar dijadikan iktibar sebelum kita memilih menggunakan lorong kecemasan dengan sengaja. Ia berlaku kerana kenderaan lain yang menggunakan lorong kecemasan secara salah tidak sempat menghentikan kenderaan ketika sedar ada kenderaan lain yang terpaksa berhenti di lorong itu.
Adalah tidak adil kita menjadikan kenderaan yang terpaksa berhenti di lorong kecemasan sebagai mangsa kemalangan kerana kecuaian kita. Kedua, lorong ini adalah laluan utama penunggang motosikal kerana ia sudah hampir di bahu jalan. Tidak patuh mengikut lorong yang betul akan membahayakan penunggang dan pembonceng motosikal sekali gus mengundang kemalangan. Ketiga, lorong ini juga digunakan sebagai laluan alternatif ambulans mahupun anggota beruniform lain ketika keadaan yang tidak diingini berlaku. Malah, mungkin tindakan kita ini juga boleh menyebabkan kematian seseorang kerana terlewat menerima rawatan.

Comments

nanarizqman said…
sebab tu la rate eksiden kt Malaysia tinggi. semuanya sbb sikap pemandu.
lagi satu, banyak yang guna hazard light especially masa hujan lebat yg sepatutnya digunakan masa kenderaan berhenti je.
Ezzu Raza said…
Akhirnya Nana..ter"comment" dalam blog aku ..yang konon2nya terlalu susah nak follow...hehehe..tq..jasamu di kenang..

Popular posts from this blog

Bila Waktu Mula dan Tamat Solat Sunat Dhuha

Kenapa dan Kesan Hempedu Di Buang - Based on True Story

Masjid Berhampiran Stesen LRT/Monorel