Posts

Showing posts from December, 2011

Bagaimana Nak Buka Akaun Tabung Haji Melalui Caruman KWSP

Bermula 3 Januari ini, semua ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) beragama Islam yang mempunyai simpanan minimum RM1,300 di dalam Akaun 1 boleh membuat pendaftaran menunaikan haji dengan Lembaga Tabung Haji. Pengurus Besar Perhubungan Awam KWSP, Nik Affendi Jaafar berkata, pendaftaran itu boleh dilakukan disemua kaunter Tabung Haji, cawanganBank Rakyat dan Bank Islam dengan membawa MyKad dan penyata terkini KWSP masing-masing. “Mereka yang layak mestiwarganegara Malaysia atau pemastautin tetap yang belummencapai usia 55tahun dan mempunyai akaun simpanan Tabung Haji. Ahli yang tidak mempunyai akaun, mereka boleh membukanya dengan deposit minimum RM2,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. Tambahnya, mana-mana ahli yang telah mendaftaran haji di bawah prosedur Tabung Haji boleh menukar pendaftaran tersebut kepada Pendaftaran Haji Ahli KWSP. “Penukaran itu tidak melibatkantarikhgiliran haji yang telah diberikandan tidak melibatkan sebarang urusan berkaitan tari...

Juara Maharaja Lawak Mega Musim Pertama

SHAH ALAM 31 Dis. - Kumpulan paling popular dalamMaharaja Lawak Mega (MLM), Osbon yang dianggotai olehOs dan Abon menepati ramalan ramai apabila muncul juara sekali gus merangkul hadiah wang tunai RM350,000 pada final pertandingan itu di Stadium Melawati di sini malam tadi. Mereka mengetepikan saingan terdekat iaitu kumpulanBoboi yang muncul naib juara dan membawa pulang hadiah wang tunai RM250,000diikutisetmeraih tempat ketiga dengan membawa pulang RM150,000. Pada pertandingan peringkat separuhakhir diJohor Bahru, Johor pada 23 Disember lalu, Osbon dan Boboi mendahuluisemua peserta dengan masing-masing mendapat 72 markah diikutiSaehu (59), Syok(58) dan Pi Mai (49). Sementara itu, kumpulan Syok menjadi pemenang keempat dengan meraih hadiah RM50,000 pada pertandingan yang disiarkan melalui saluran Astro Warna. Pertandingan itu mengadili para pemenangnya menerusi 70markah daripada para pengkritiknya manakala 30 markah lagi diperolehi menerusi undian khidmat pesanan ringkas (SMS) peno...

Legoland Malaysia

Image
Antara theme park yg ditunggu tunggu bg 2012. Klik sini untuk ticket price. Published with Blogger-droid v2.0.1

PTD Mengamuk! Pukul Suami?

Pegawai PTD dituduh pukul suami guna fail pejabat 5:16PM Dis 29, 11 Seorang pegawai Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Sepang hari ini terhadap pertuduhan memukul suaminya menggunakan fail pejabat sembilan bulan lepas. Kamaliah Basir, 35, didakwa telah mendatangkan kecederaan kepada Zaihan Md Lani, 48, dengan menggunakan fail pejabat di bahagian badan semasa berada di dalam kereta di perhentian simpang tiga lampu isyarat Persiaran Semarak Api dan Persiaran Apec, Cyberjaya, Sepang, pada 12.45 tengah hari 3 Mac lalu. Dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. Timbalan Pendakwa Raya Aqeeb Lizalman memohon mahkamah menetapkan ikat jamin sebanyak RM2,000. Bagaimanapun Hakim Zurina Mohamed Nor, yang bertindak sebagai majistret, menetapkan ikat jamin sebanyak RM1,800 dan 9 Februari tahun hadapan sebagai tarikh sebuta...

Newsmaker 2011

Image
Siapa pilihan anda? Published with Blogger-droid v2.0.1

Ubat Yang Boleh Di Ambil Ketika Hamil

Kehamilan dan Ubat-ubatan Bagaimanakah kesan ubat-ubatan di atas kehamilan anda? Ubat-ubat tertentu boleh memberi kesan buruk keatas janin pada bila-bila masa semasa mengandung. Sekiranya anda mengandung, ataupun merancang untuk hamil, anda haruslah mengurangkan penggunaan ubat-ubatan dan juga sebarang ramuan herba yang boleh di beli di farmasi. Sesetengah ubat adalah selamat digunakan (contohnya penisillin). Terdapat juga ubat-ubatan yang tidak selamat digunakan (contohnya talidomida). Adalah sangat mustahak anda mendapatkan nasihat daripada anggota profesional perubatan sebelum pengambilan sebarang ubat-ubatan. Apakah langkah pengawasan yang perlu anda ambil? Berbincanglah dengan doktor ataupun ahli farmasi sebelum mengambil sebarang ubat-ubatan. Sekiranya anda makan ubat secara tetap (contohnya untuk rawatan sawan), adalah penting bagi anda untuk berbincang dengan doktor terlebih dahulu sebelum hamil. Sekiranya anda hamil tanpa dirancang, berbincanglah dengan doktor anda seawa...

Mencari Follower ke 200

Alhamdulillah. Tercapai sudah matlamat PV aku 40k. aku target sebelum Jan 2012. tp 3 hari sebelum dah capai. hehehe. Ala. 40k pun nak kecoh2. org lain dah juta juta dah rilek jer. lantak la kan. dah tu rezeki dia. ini bahagian aku. bukan aku buat iklan kat Astro Prima pun aku cecah 40k!! aku cuma ckp kat blog aku. paling kuat pun aku letak link dlm FB. tu jer. tu pun sket pun x suruh korang bayar ehh. so matlamat aku b4 Jan 2012 ni nak cari follower ke 200. aku kene rajin blogwalking ek? so ada habuan ke nak jadi follower ke 200 nih? aku tak janji apa2 eh. jgn korang tuntut plak. tp kalo aku nk bg sesuatu tu rezeki dia lar. mana tau kot2 aku nak bg hadiah plak kan. hehehehe. Published with Blogger-droid v2.0.1

Hukum Menurunkan Bendera Mengikut Islam

Soal Jawab Ustaz Azhar Masjid Jamek Pasir Gudang: Hukum menurunkan bendera. Kita wajib hormat bendera negara kita kecuali bendera-bendera musuh Islam. Kalau pemimpin salah, jangan buang bendera. Tukar pemimpin tu baru betul. Cth : Kalau imam nak solat Subuh 3 rakaat, jangan nak buang masjid. Tukar tok imam tu. Published with Blogger-droid v2.0.1

Apa Pindaan Baru Dalam SBPA - 27 Dec 2011

JPA bersetuju untuk menurunkan markah penilaian prestasi bagi kenaikan gaji di bawah skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) daripada 75 kepada 65. "Di bawah SBPA yang asal kalau prestasi di bawah 75 markah maka tak ada kenaikan gaji berlaku,tetapi kita telah mengubahnya kepada 65 markah. "Untuk pelaksanaan Dasar Pemisah pula, markah diubah daripada70kepada 60. Ini bermakna penjawat awam hanya akan dimasukkan ke dalam Dasar Pemisah kalau gagal mencapai 60 markah," katanya selepas perbincangan itu yang melibatkanpegawai kananJPA termasuk Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Abu Bakar Abdullah. Kata Aku: Lebih kepada pindaan MARKAH! Published with Blogger-droid v2.0.1

Karnival Menyambut Tahun 2012

Image
Pandai2 la korang wat pilihan ye!! Aku x nak di dakwa bawah Akta Hasutan. hehehe. Published with Blogger-droid v2.0.1

Elakkan Naik Bas Ekspress 2 Tingkat

SPAD dah keluarkan kenyataan yg bas 2 tingkat tak sesuai untuk perjalanan jauh. MIROS pun diarahkan buat kajian rapi pasal isu ni. So, kalo korang diberi pilihan nak naik bas biasa or or 2 tingkat, pilihlah bas biasa ek. Memang malang tak berbau, kalo berbau org tak pilih pun. tp kan mencegah lebih baik dr mengubati. Published with Blogger-droid v2.0.1

10 Berita Terhangat 2011

Susunan mengikut undian daripada pembaca laman portal Malaysiakini. 1 : Perhimpunan BERSIH 2.0 pada Julai menjadi topik paling popular di kalangan pembaca untuk tahun ini. 2: Skandal dalam National Feedlot Corporation 3 : Kontroversi di sebalik cincin bernilai RM24 juta. 4:  Berita berkaitan kegiatan aktivisme pelajar serta kempen untuk memansuhkan AUKU. 5: Pilihan raya negeri Sarawak. 6: Liputan berhubung siasatan suruhanjaya diraja ke atas kematian Teoh Beng Hock. 7: Kontroversi yang timbul daripada kenyataan timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu berhubung Mat Indera. 8: Liputan ke atas pertikaian yang ditimbulkan ke atas daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya. 9: Liputan mengenai langkah tidak konsisten kerajaan berhubung dasar untuk mengajar subjek Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris. 10: Liputan berhubung dakwaan mengenai usaha minoriti Kristian untuk mengambil alih negara. Sumber: Laman web MalaysiaKini Published with Blogger-droid v2.0.1

MIB3

Image
Filem yang paling aku tunggu2!! Published with Blogger-droid v2.0.1

Mana Silapnya?

Image
Kadang2 kita tak sedar salah kita.. itu gunanya kawan, sahabat atau musuh.. Sahabat yang baik , bukan hanya mengiyakan sahaja.. Tp melarang kalau kita buat salah.. Tp sayang, Kita selalu anggap sahabat yang baik yang selalu dengar ckp kita. sokong apa sahaja perbuatan kita.. Musuh pula dianggap orang yang akan merosakkan kita... Tidakkah kita sedar, Hanya musuh yang mencari kelemahan kita, Fikir-fikirkan lah..

Misteri Penjelasan Safee Sali

Mendengar penjelasan penyerang sensasi negara ttg isu Fifa haramkan liga super indon mgkin sedikit sbyk melegakan peminat bola sepak tempatan. tp. tidakkah korang rasa kenyataan beliau begitu 'defensive'? aku bkn nak judge apa2 ttg keputusan dia, tp aku suka jugak komen jurulatih bola sepak KL Razip Ismail, katanya safee jgn terjebak dgn krisis kat indon. cepat2 cari back up main kelab oversea kain. bkn ape, kalo betullah fifa haramkan liga super indon, safee x leh main skuad rimau kita. wahhh, sakit tu woo. mmg kita pun sedar kita tak ada penyerang pelapis mcm dia. aku harap safee dh wat keputusan yg terbaik bagi dia. dh pk segala aspek. apa pun Gud Luck Safee!! Published with Blogger-droid v2.0.1

SBPA: Elaun Kritikal Bukan Ikut Peratusan Lagi?

Ini desas desus terbaru. masih lagi mengenai gaji mengikut skim gaji SBPA. kalo sebelum ni ada sesetengah skim yang memperolehi elaun kritikal iaitu 4% dari gaji basic, tp kali ni berkemungkinan elaun it kekal. maknanya kalo govt tetapkan rm100, maka ia kekal sampailah pencen. kesahihan masih belum diketahui. tp, org dah mula berkata kata!! Published with Blogger-droid v2.0.1

Kalender Kalori Makanan

Info yang jarang kita amik tahu. Kalo nak tau, atau rasa2 dh sampai masa kita perlu ambil tahu. Klik sini. Sumber dari Info Sihat. Published with Blogger-droid v2.0.1

Jauhi Persisiran Pantai Seminggu Dua Ni

Tgk Buletin Utama jap tadik? Ombak besar melanda dua tiga pantai especially belah pantai timur. walaupun ia bukanlah petanda tsunami atau yg sewaktu dgnnya, aku harap mak ayah berhati-hati yer. tambah lagi musim cuti sekolah dah nak tamat, takut ada2. parents last minit wat planning nak g bercuti area pantai plak. jgn pandang mudah berita berita mcm nih. biarlah kali ni tak dapat fullfill permintaan anak2 yg mgkin nak mandi pantai, bwklah g bercuti tpt lain. nnti bkn musim tengkujuh nnti amik lah cuti bwk la anak2 g pantai. Published with Blogger-droid v2.0.1

Target 40K Sebelum 1.1.12

Target apa nih? Duit simpanan ker? Hehehe. itu tak mgkin dah. melainkan ada org nak sedekah atau menang loteri lar. Ni citer pasal PV. Aku pernah mensia-sia kan peluang. aku akur. tp itu jln yg aku pilih. x apa. menyesal pun x guna. Yang penting skarang aku hepi berblog. walaupun x mengutip apa2 keuntungan wat masa sekarang nih. tp aku puas!! biarlah aku selalu ckp kat diri aku berhenti berharap, tp dlm dunia blog ni lain sket. kalo niat korang nak wat duit dgn berblogging buat betul2, belajar betul2. selain dari adik aku yg aku kenal berblog, aku patut rasa beruntung aku kenal sorang lagi dr alam maya nih. Ben Ashaari. tak payah la aku nak kenalkan siapa dia. tak nak citer lebey, korang google jer la. kalo aku jumpa dia kat mana2 pon, dia tak pernah buat dek jer aku. walaupun aku kenal dia dari blog dia. nmpak sgt la dia ikhlas nak tolong org or ajak orang masuk ke dunia blog nih. ok cukup pasal dia. kang korang kata aku mengampu plak. dia hepi dgn cara dia, aku dg...

Yusry KRU dan Lisa Surihani bernikah 23Feb 2012

Melepas!!! hehehehe. 24/12/2011 3:30pm PUTRAJAYA 24 Dis. - Pasangan artis sensasi, Yusry KRU dan Lisa Surihani telah mengumumkan tarikh pernikahan mereka kepada pihak media dalam suatu majlis ringkas yang diadakandi sebuah hotel disini,hari ini. Pasangan tersebut bersetuju memilihtarikh23 Februari 2012sebagai tarikhpernikahan manakala majlis persandingan akan diadakantiga hari selepas itu bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). - UTUSAN Published with Blogger-droid v2.0.1

Mahu Cepat Kaya

Image
Siapa yang tak mahu cepat kaya..tipu la kan...harap2 yang turut sama mengundi kat bancian bkn mereka yang tertipu larr...hehehehehe.. Sumber: Utusan Online

Tangguh SBPA : Paham Betul2 !!

Tarikh terima opsyen SBPA dilanjut ke 15 Januari - JPA (Tgk tulisan bewarna) PUTRAJAYA 23 Dis. - Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) hari ini bersetuju melanjutkan tarikh penerimaan tawaran opsyen skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) bagi penjawat awam kepada 15 Januari depan, kata Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi), Datuk Dr. Ismail Alias. Beliau yang mengumumkan perkara itu berkata, bagaimanapun tempoh penerimaan opsyen bagi umur persaraan 60 tahun kekal pada 30 Disember ini. "Kita akan meneruskan SBPA, dan sebenarnya Cuepacs tidak menolak SBPA. “ Opsyen yang kita beri itu, ada dua. Pertama, opsyen umur persaraan 60 tahun itu tetap pada 30 Disember tarikh tutupnya kerana ia melibatkan banyak isu perundangan. "Manakala opsyen SBPA, memandangkan tempoh itu agak terdesak, JPA bersetuju supaya ia dilanjutkan kepada 15 Januari depan ,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan rundingan dengan Cuepacs yang diketuai oleh Presidennya, Datuk Omar O...

Kadar Kesuburan Di Malaysia

Ni bukan kadar kesuburan tanah di Malaysia tau... ni adalah kadar kelahiran kat Malaysia.. Semalam Jabatan Perangkaan bgtau.. ''Kadar kesuburan bumiputera adalah 2.6 anak, Cina (1.5 anak) dan India (1.7 anak)" Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Ilahi..kadar kelahiran kat Malaysia masih tinggi la jugak.. Apa maknanya tu?? Maknanya.. Allah masih sayangkan kita..beri rezeki kepada kita.. Zuriat kan penambah rezeki..selain menguatkan lagi ikatan perkahwinan suami isteri.. Aminn..

Hanya Tinggal 10 Hari

Cepat betul masa berlalu. Dah nak masuk tahun baru. Camana azam thun ni, dah tercapai ker? KPI dah lepas ker? Penjawat awam dah sign SBPA ker? hehehe. kadang2 kita mmg terpaksa buat pilihan. susah kan? dulu masa kita kecik, org tua kita yg wat pilihkan. masa tu kita mgkin memberontak kerana memikirkan apa yg kita nak ada kalanya tak seperti yg kita mahukan. bila kita dah besar, bila kita yg diberi amanah untk wat pilihan. br terasa pening, br terasa kenapa lah kene wat pilihan. kan mudah kalo semua tu kita tak perlu fikir. aneh bukan? semua tu dah tertulis tnpa kita sedar. usaha dan tawakal kepada Nya. itu yg terbaik. Published with Blogger-droid v2.0.1

Adik-adikku VS Idola Kecil

Aku bukan nak suh depa bergadoh. Sory2, at the first place, korang tau kan aku nk ckp pasal apa. ini bukan citer lembu, siswa yg nak kene ludah mahupun pasal bdk form one g bwk bas. kat mesia ni hebat. semua boleh. semangat boleh ni bole wat org hilang pertimbangan. campur aduk halal haram. tu yg sampai minum arak tp baca bismillah. nauzubillah. mohon kuasa Allah jauhkan daripada semua bende nih. sebenarnya pasal cite kat atas ni, aku rasa untuk budak2 kecil ni, kene kurangkan hiburan. walaupun rancangan realiti ni membina jati diri, kompiden level semua. tp dari satu sudut, kalo dah dari kecil suruh melalak, terloncat loncat tak tentu pasal. agak2 korang la, bila besar jadi apa la gamaknye kan. walaupun islam tak menghalang kita berhibur, tp dlm islam mesti ada batasnya. kadang2 aku tak paham jenis mak ayah yg letakkan target anaknya untuk jd pelakon or penyanyi. seingat aku dulu, kalo cikgu tanya besar nak jadi apa, tak pernah terpk nk jadi artis. tp agaknya anak anak sekar...

Dividen ASB 2011

KUALA LUMPUR: Pemegang unit Amanah Saham Bumiputera (ASB) akan menerima dividen sebanyak 7.65 sen seunit dan bonus 1.15 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2011. Agihan pendapatan itu meningkat 0.15 sen seunit berbanding agihan yang dibayar tahun lalu iaitu 7.50 sen seunit. Pengerusi Permodalan Nasional Berhad (PNB), Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid, berkata pengagihan pendapatan itu membabitkan pembayaran sebanyak RM7.04 bilion, meningkat 21 peratus berbanding RM5.82 bilion tahun lalu manakala peruntukan bagi pembayaran bonus pula sebanyak RM628.29 juta. Pembayaran pengagihan pendapatan dan bonus ASBakan dikreditkan secara automatik ke dalam buku pelaburan pemegang unit yang boleh dikemaskini, mulai 3 Januari 2012. Published with Blogger-droid v2.0.1

iPhone Latest Update

Image
Kalo lah iphone cam ni..best giler..hehehehe...

Apa itu Kerajaan Terhad?

Aku baru belajar term ni semalam. first time gak dgr. aku mana la tau sgt pasal term mcm nih. ko tanya aku Green Energy ke bole gak aku jawab. KERAJAAN TERHAD ' Konsep ‘kerajaan terhad’ antaranya harus meliputi saiz dan bilangan perkhidmatan awam yang kecil dan cekap. Selain itu, perbelanjaan kerajaan bagi emolumen, subsidi korporat dan subsidi sosial harus dipotong bagi memastikan sumber-sumber ekonomi, buruh dan modal digunakan secara efisien. Cukai kenderaan import seharusnya dimansuhkan, cukai pendapatan individu dan syarikat dikurangkan dan sektor pendidikan dan ekonomi perlu diliberalisasikan.' So. amacam. harap dapat beri manfaat. Published with Blogger-droid v2.0.1

Bila Tarikh AJL ke 26?

AJL ke 26 akan diadakan pada 29hb Januari 2012 nanti. Berikut adalah finalist: 1. Kalau Berpacaran oleh Shohaimi Mior Hassan/Ana Raffali/Altimet (Shohaimi Mior Hassan Shohaimi Mior Hassan / Ana Raffali / Altimet) Kalau berpacaran-Shohaimi Mior Hassan, Ana Raffali dan Altimet 2. Karma oleh Faizal Tahir (Audi Mok/Faizal Tahir/Audi Mok/Faizal Tahir) 3. Penakut oleh Yuna (Yuna/Yuna) 4. Sedetik Lebih oleh Anuar Zain (Edry Abd Halim/Edry Abd Halim) 5. Gadis Semasa oleh Yuna (Yuna/Yuna) 6. Awan Nano oleh Hafiz (M.Nasir/Budi Hekayat) 7. Cinta Muka Buku oleh Najwa Latif (Najwa Latif/Ika Latif) 8. Beribu Sesalan oleh Ning Baizura/Jaclyn Victor/Shila Amzah (Kevin Chin/Tinta) 9. Kekanda Adinda oleh Atilia & Monoloque (Monoloque/Monoloque) 10. Wanita Seluruh Dunia oleh Projek Pistol (Boy Clifford/Boy Clifford) 11. Sungai Lui oleh Aizat (Aizat/Anas, Aizat/Anas) 12. Kisah Hati oleh Alyah (Manusia Putih/Manusia Putih) Published with Blogger-droid v2.0.1

SBPA: Sign Or Not Sign

tepuk dada tanya selera. aku tak berhak mempengaruhi sesiapa. itu hak masing2. mcm mengundi nnti. mungkin mulut kata biru tapi hati kata lain. cumanya aku ada beberapa pendapat org tua aku pasal sbpa ni. 1: bagi mereka yg masih bergred 41 n masih baru dlm perkhidmatan, katanya sign jer. sbb skim ni akan berubah rubah. ssm pun 2002 diperkenalkan.cukup 10 tahun dh ada skim baru. nnti lg 10 tahun mgkin ada lagi skim lain. kalo tukar pemerintah lagi la ada perubahan. 2: pendirian cuepacs, tak menggambarkan semua pendirian. sorry to say, bukan aku tak sokong cuepacs. tp hakikat nya kalo presiden cuepacs jumpa PM pun pecaya atau tidak hasilnya pasti sama. sbpa telah dirancang bukan suka suka.Kppa pun dh cerita pnjang lebar sbelum nih. 3: lampiran c yang masih samar2. sekarang ni mcm2 version kita dgr. x pyh g jauh. kat blog aku ni pun x tau kesahihan lampiran c nih. selagi korang x tgk n dapat sendirik dr admin korang sendirik, selagi tu la x sure. tp pecaya atau tidak. mengapa lampir...

Bola Sepak Malaysia Maju Jika....

Image
Ini bancian daripada Utusan Online... Bole nampak ramai yang sokong anak malaysia yang jadi jurulatih.. selain nak kan player main di luar negara.. Aku rasa itu terbukti dengan lahir nya bintang macam si Nazmi tu.. Cumanya..aku rasa..dalam bab2 sukan ni..kene kurang kontroversi..gossip2 gitu.. Malas la nak bagi contoh.. aku bagi contoh oversea la..wayne rooney ker..ronaldo ker...mahupun beckam .. Kan kalo diaorang ni byk kontroversi..or gossip2..bole turunkan diaorang nyer prestasi... Main bola juga satu amanah..jaga lah amanah itu dgn betul..macam wat kerja lain.. cikgu ker..peguam ker...akauntan ker...sama saja kan... * Masih terluka dengan kekalahan dengan Bahrain ari tu..hahahahaha.....

Diskaun..Diskaun...Diskaun...

Image
Ader satu website yang offer macam2 diskaun...nak makan ker..nak g massage ker..nak g SPA ker..nak travel pun ader.. Semuanya ada kat Website ni..http://www.groupon.my/ Yang penting korang kene sentiasa check website..sbb nya..siapa cepat dia dapat!!

Jadual Piala FA 2012

Image
Jangan lepaskan peluang menyokong pasukan kesayangan anda... Pusingan Pertama – (18 Feb 2012) Pusingan Pertama – (10 Mac 2012) Suku Akhir 1 – (24 Mac 2012) Suku Akhir 2 – (27 Mac 2012) Separuh Akhir 1 – (21 April 2012) Separuh Akhir 2 – (01 Mei 2012) Akhir – (19 Mei 2012) Pusingan Pertama Kumpulan A Terengganu FA vs PDRM FA Perak FA vs ATM FA UiTM FC vs Lions XII Betaria FC vs Melaka FA POS Malaysia vs USM FC Sime Darby FC vs Sabah FA Negeri Sembilan FA vs Johor FC Shahzan Muda FC vs Selangor FA Pusingan Pertama Kumpulan B Kelantan FA vs Sarawak FA Kuala Lumpur FA vs MP Muar FC Harimau Muda B vs Pulau Pinang FA KL SPA FC vs MB Johor Bharu FC Kedah FA vs Selangor PKNS FC Perlis FA vs PPSDM FC Johor FA vs T-Team FC Felda United FC vs Pahang FA

Apa Itu SBPA

Antara intipati pelaksanaan SBPA yang dipersetujui oleh Kerajaan adalah seperti berikut: 1. pelaksanaan transformasi Perkhidmatan Awam melalui lima (5) inisiatif iaitu Perkhidmatan Awam yang kejat (lean civil service), kepimpinan dinamik, modal insan berkualiti, Perkhidmatan Awam yang fleksibel dan saraan yang kompetitif; 2. pewujudan Pelan Induk Saraan Perkhidmatan Awam (PISA) bagi melaksanakan rombakan sistem saraan Perkhidmatan Awam secara tersusun. 3. pengekalan prinsip-prinsip saraan yang berkuat kuasa dengan penambahan empat (4) prinsip baru iaitu kadar upah untuk kerja mengikut Kumpulan Perkhidmatan, kadar upah untuk individu berdasarkan bakat, keupayaan dan pengalaman, kadar upah untuk kerja bagi individu (subject matter expert) serta kadar upah tambahan untuk kerja mengikut prestasi; 4. pembentukan hierarki Perkhidmatan Awam yang terdiri daripada empat (4) peringkat iaitu Kumpulan Premier, Kumpulan Pengurusan Tertinggi, Kumpulan Pengurusan dan Profesional, serta Kumpu...

Jadual Gaji Gred J Mengikut SBPA

berdasarkan sumber2 yang tidak dapat disahkan kesahihannya, gaji J1-1 (j41) T1 SBPA = -/+ T1 SSM + 35 = -/+ 2120 KGT = -/+ 225. maka tangga gaji SBPA j1-1 t1 = 2120 t2 = 2345 t3 = 2570 t4 = 2795 berdasarkan kaedah pelarasan, gaji semasa (t3 SSM) dinaikkan satu aras (t4 SSM) = 2271.93 -->> 2363.77, kemudian diselaraskan kepada mata gaji SBPA terhampir (lebih tinggi berbanding gaji semasa), maka besor kemungkinan gaji baru ikut sbpa = j1-1 t3 = 2570!! amacam? nak caya ke idak? Published with Blogger-droid v2.0.1

Daulat Tuanku!!

Image
KUALA LUMPUR 13 Dis. - Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu”azam Shah hari ini melafaz sumpah memegang jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 dalam upacara penuh adat istiadat di Istana Negara di sini. Ini merupakan kali kedua baginda dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong. Kali pertama ialah dari 21 Januari 1970 hingga 20 September 1975 semasa berusia 43 tahun Senarai Agong Berikut adalah senarai Yang di-Pertuan Agong: 1) Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Abdul Rahman Ibni Almarhum Tuanku Muhammad Mangkat: 1 April 1960 (mangkat semasa memerintah sebagai Yang di-Pertuan Agong pertama) Ditabal: 2 Sept 1957 Tempoh Jawatan: 3 Ogos 1957 - 1 April, 1960 2) Sultan Selangor Sultan Hisamuddin Alam Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Ala'iddin Sulaiman Shah Mangkat: 1 Sept 1960 Ditabal: 1 Sept 1960 (mangkat beberapa jam sebelum ditabal sebagai Yang di-Pertuan Agong kedua) Tempoh Jawatan: Menjalankan tugas Yang di-Pertuan Agong sejak 4 April 19...

Jadual Gaji Gred DG Mengikut SBPA

Image
Panas... kesahihan 50-50...

SSM atau SBPA ?

Image
Masih lagi mengenai SBPA..kalau korang ada mengikuti penerangan KPPA dalam program Selamat Pagi Malaysia ahad lepas...mungkin dah ada sedikit gambaran tentang perlaksanaan SBPA ni... Namun bagi mereka yang masih kompius..aku rasa elok juga korang 'study' balik apa ada dalam SSM.. Klik SINI untuk file dalam bentuk PDF. Selamat mentelaah yerr...

Negara Yang Paling Tinggi Mengamalkan Recycle

Image
1. Ireland 2. Swiss 3. Sweden 4. German Kita masih jauh...tak termasuk dalam ranking top 10 ni pun...

Tarikh Gaji Penjawat Awam 2012

Image
Klik Gambar untuk paparan lebih jelas.. Walaupun belum tahu berapa gaji penjwat awam naik tahun depan..ANM dah kuar tarikh pembayaran gaji korang hehehe.....x caya?? Klik SINI .

SBPA : LNPT 2010 bawah 70% dibersarakan??!!

Ini topik yang hangat akhir2 ni..tapi KPPA dah jawab dalam facebook beliau.. Kepada penjawat awat..terjemahkan lah dengan penuh ikhlas... Abu Bakar Haji Abdullah, KPPA berkata: Ada dikalangan PA Menyatakan kerisauan berhubung dengan dasar membesarakan mereka yang berprestasi dibawah markah70(iaitu 69 kebawah). JPA telah membuat semakan keatas LNPT 2010 dengan mengambil sample 10% daripada jumlah PA atau lebih tepat seramai 131,196 orang dan mendapati : Markah 90 keatas - 39% Markah 80-89 - 55.6% Markah 70-79 - 4.3% Markah 69 kebawah - 1.1% Ini bermakna hanya mereka dalam golongan 1.1% sahaja yang akan dibuat penilaian keatas prestasi oleh panel yang dilantik untuk mempastikan tiada penganiayaan berlaku sebelum tindakan membesarakan mereka diambil.

Memahami SBPA

Abu Bakar Haji Abdullah, KPPA : Saya telah menjelaskan dalam program Selamat Pagi 1Malaysia pagi tadi bahawa SBPA adalah langkah pertama dibawah Pelan Induk Saraan Perkhidmatan Awam (PISA) kearah kecemerlangan Perkhidmatan Awam. SBPA bukan pelarasan gaji yang diberi dalam bentuk peratusan secara one-off. SBPA adalah penyusunan semula gred gaji untuk mengatasi anamoli dan juga membuka peluang kepada semua PA mendapat kenaikan gaji yang sudahtentunya akan memberi faedah yang lebih baik semasa bersara kelak. 2. Walau pun terdapat perubahan kepada skim-skim tertentu tetapi adalah bagi tujuan untuk mempastikan skim yang ada masih relevan. Jika tidak sebab itulah skim berkenaan dijumudkan. 3. Kajian penambahbaikan skim-skim perkhidmatan akan dibuat selepas pelaksanaan SBPA bilamana kajian keatas keperluan tred-tred dalam Perkhidmatan Awam selesai. 4. Buat masa ini SBPA masih lagi berasaskan kepada syarat lantikan minimum kedalam sesuatu skim perkhidmatan sepertimana yang ditetapkan d...

Senarai Pertukaran Skim Perkhidmatan Yang Dijumudkan/ Dikekalkan

Image
Yang ini agak complicated sket..mgkin boleh tanya JPA or admin la kot.. Senarai Skim Yang Dikekalkan Klik SINI untuk 201 yang lain. Senarai Skim Yang Dijumudkan Klik SINI untuk 97 yang lain.

Senarai Kemudahan Melalui SBPA

Image
Kemudahan - kemudahan melalui skim SBPA seperti cuti, rawatan perubatan, pinjaman perumahan dan lain-lain.. Klik SINI untuk 96 jenis kemudahan yang digariskan oleh JPA.

Senarai Imbuhan Tetap di Bawah SBPA

Image
8 Imbuhan Tetap yang digariskan oleh JPA. Sumber : Klik SINI

Senarai Elaun di bawah SBPA

Image
Mungkin ada elaun yang di tambah..di kurang ..atau mungkin dikekal kan.. Sendirik semak yer... Klik SINI untuk 119 senarai keseluruhan.

Jadual Pemindahan Gaji Mengikut SBPA

Image
Sahih..dari laman portal JPA sendirik.. Kumpulan Pengurusan & Profesional  Klik SINI untuk maklumat lanjut. Kumpulan Pelaksana Klik SINI untuk maklumat lanjut.

Hebatnya perkataan 'MUJUR'

Image
Harini kete kawan aku brekdown. memang betul pun handbrake kete yang tak bole down. tgh2 traffic light lak tuh. maunyer tak panic. tp dlm sedar tak sedar. berpuluh puluh kali kami menyebut perkataan MUJUR. mujur ari tak ujan, mujur aku kenal ramai kawan kat honda, mujur dia yg bwk bkn wife dia yg bawak, mujur ada tempat berteduh, mujur hp x pakai prepaid so tak ada isu x dak kredit, mujur bkn brekdown mengejut mcm engine tiba2 berhenti ker dan macam2 mujur kitaorang sebut. dlm separa sedar, mujur tu jugak yg buat kitaorang rasa bertenang sket. paling tidak x de lah mcm org tak tentu arah. hebatkan perkataan mujur. dan yg paling penting, Alhamdulillah mujur x rosak sampai kete kene tarik. Amin. Tips ketika berlaku keadaan mcm ni. cuba korang pk, n sebut mujur. InsyaAllah keadaan akan terkawal pada masa itu!! Published with Blogger-droid v2.0.1

Aku nak jual dakwat pas ni!

Selepas lembu, air paip yg menjadi sebutan.kini produk baru yg bakal glamer adalah dakwat. Sebabnya: SPR sahkan dakwat kekal akan digunakan pada PRU-13 Dakwat kekal akan digunakan sepenuhnya dalam proses pengundian pada pilihan raya umum Kk-13 (PRU-13) yang dijangka diadakan tidak lama lagi, kata timbalan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar. Katanya, penggunaan dakwat kekal itu selaras dengan keputusan Dewan Rakyat yang meluluskan 10 cadangan dalam laporan awal yang dikemukakanoleh Jawatankuasa Pilihan Khas (PSC) berhubung pembaharuan sistem pilihan raya di negara ini yang dibentangkan awal bulan ini. “Dakwat kekal akan digunakan pada PRU-13. Itu hasrat dan SPR hormati keputusan Parlimen tetapi banyak perkara perlu diambil tindakan sebab babitkan pindaan Peraturan Pilihan Raya (Perjalanan Pilihan Raya) 1981. “Menerusi undang-undang baru ini, orang yang datang mengundi perlu dicalit dakwat, baru dapat kertas undi. Dulu (PRU-12) tida...

Kenaikan Gaji Bagi Gred J Mengikut SBPA

Lagi terhangat di pasaran.. Kesahihan masih belum dapat dipastikan.. Tapi ..kalau tiada angin..masakan pokok bergoyang.. Maklumat untuk skim J:- SSM J17 = SBPA J4-1 GAJI RM980-RM2805  KGT RM95 SSM J22 = SBPA J4-3 GAJI RM1935-RM3545 KGT 115 SSM J26 = SBPA J4-5 GAJI RM2290-RM4040 KGT 125   KGT (Kenaikan Gaji Tahunan)

Mengingatkan Melayu Yang Mudah Lupa

Image
Aku terbaca satu artikel kat satu blog INI .. Sumber gambar kat bawah ni dari Utusan Malaysia 9 April 2008. Jadi ..ia satu fakta yang mungkin 3 tahun dah kita lupakan.. Boleh jadi angka itu berubah.. Sama ada naik atau turun.. Sekali-sekala..x salah kita selak balik sejarah lama.. So dari angka ni ..apa yang kita bole faham atau tafsirkan.. Kat mana keistimewaan melayu tu..?? or Istimewa ker kita yang melayu nih?? apa yang aku faham kenapa bukan melayu ni bole menguasai ekonomi..mudah saja.. Sikap tolong menolong sesama mereka!! Aku amik contoh mudah jer.. Kedai Makan.. Korang perasan tak..kalau lot kedai tu banyak kedai makan cina.. customernye sama ramai jer... Pelikkan.. Sebenarnya..mereka ni tak pernah pun nak dengki sama sendirik.. Kalau mereka takder makanan or menu makanan tu..dgn rela hati.. akan promote kedai yang sebelah... Sama jugak..kalo bab workshop kereta.. Kalau mereka tak provide servis tu..mereka akan promote..workshop yang sebelah sana.. ...

Pengeluar Emas Terbanyak Kat Dunia.

Image
X paham..klik SINI ..hehehehe..

Kenaikan Gaji Bagi Gred N Mengikut SBPA

Ni yang terhangat di pasaran.. Tak tau la betul ke idak..hehehe.. SKIM GAJI SBPA : Gred N5-1 (SSM - N11) 850 - 2390 kgt 80 Gred N4-1 (SSM - N17) 955 - 2780 kgt 95 Gred N4-3 (SSM - N22) 1920-3530 kgt 115 Gred N3-1 (SSM - N27) 1410-4185 kgt 145 Gred N3-4 (SSM - N36) 3035-5555 kgt 180   Credit to MD

Pesaing ASTRO Muncul Pada 2012?

Image
Akhirnya ASTRO dah competitor... Tp..soalan yang pertama..mampukah company yang nak jadi pesaing ni bertahan... Ramai dah yang hanyut...sekejap jer...pastu tenggelam tak timbul2.. Aku rasa dah patut .sejak berapa lama nih...kita dah boleh buat pilihan.. Macam Telco..x suka kuning..pilih biru..tak suka biru..pilih merah... Baru la kita bole pilih mana satu yang 'suit' dengan kita... Di satu sudut..company Telco ni pun berlumba-lumba nak tambah baik produk mereka.. ASTRO??..mmg ada la ada penambahbaikan..tp kalo bab caj.. ko tak suka.. ko tak payah langgan la... dah ada satu jer pun..nak wat camana... So ni dia produk yang aku war-war kan tuh.. Nak tahu lebih lanjut bole layari nih..  http://abnxcess.com/ By the way..utk mereka yang sedang cari kerja pun bole apply kat sini.. Yer lah..mana tahu..kot2 dah lama sangat kerja ngan astro..bole lah ubah angin.. Klik pada gambar utk Job Application... Selamat mencuba!!

10 Winnables Candidates for PRU 13

Image
Kan dah sibuk dah ni... Aku nak tubuh parti baru.. Nama tak parti tak pikir lagi..nak masuk BN ke PR ke pun tak decide.. Tp aku ada calon dah... Berikut senarai calon-calon winnables aku.. ops..ada had umur ke nak jadi calon..yang penting winnable kan... hehehehe...ini adalah parti syok sendiri nih.. tp kalo ko calonkan mereka ni..ko rasa bole menang x?? boleh kan.. malas la nak citer panjang2..aku tak amik sains politik pun!!
Published with Blogger-droid v2.0.1