Keluhan Aku - Hospital Putrajaya


Antara Harapan dan Kritikan

Tujuan saya menulis bukan niat untuk memperlekehkan institusi kerajaan mahupun untuk memburukkan sesiapa.Tetapi sekadar menyuarakan pendapat yang mungkin dapat memperbaiki sistem di hospital kerajaan. Pada 3 Ogos lepas isteri saya mengalami demam panas dan sakit tekak yang agak serius.Setelah mendapat rawatan dua kali di klinik swasta pada dua hari sebelumnya, saya membuat keputusan untuk pergi ke Klinik Kerajaan di Putrajaya pada malam 5 Ogos.Setelah menunggu hampir dua jam kerana ramai pesakit yang hadir, kami berjumpa dengan doktor yang bertugas.Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Doktor Ahmad Ridzuan yang bertugas di Bilik 7.Dengan penerangan yang lengkap dan profesional, penat kami menunggu selama dua jam terubat dengan layanan beliau.Saya begitu kagum dengan sikap mesranya walaupun pesakit yang hadir ramai dan ketika itu jam telah pun menunjukkan hampir 9:30 malam.Saya dan isteri amat berpuas hati dengan khidmat beliau. Walaubagaimanapun sakit isteri saya yang disahkan oleh doktor di Klinik Kerajaan Putrajaya sebagai "Acute Tonsilitis" tidak surut walaupun telah mengambil antibiotik yang diberikan.Pada pagi Sabtu 8 Ogos, isteri saya mengadu ingin muntah, dan saya bergegas membawanya ke Wad Kecemasan Hospital Putrajaya.Setelah wad pesakit luar dibuka pada pukul 8pagi, saya dan isteri berjumpa dengan Doktor Azwan.Saya diberitahu yang sakit "Acute Tonsilitis" telah hampir memasuki tahap empat dimana jika dibiarkan boleh menyebabkan saluran pernafasan tersumbat.Beliau menasihatkan untuk berjumpa doktor pakar telinga , hidung dan tekak atau pakar "ENT" pada hari bekerja.Beliau sudi untuk menyemak temujanji dengan doktor yang berkenaan.Setelah menunggu, beliau memanggil saya dan mengatakan temujanji hanya boleh dilakukan pada Bulan Disember 2009 dan sementara itu isteri saya dinasihati meneruskan ubat yang diberikan oleh Klinik Kerajaan Putrajaya.Saya dan isteri begitu terkejut dengan kenyataan beliau.Saya begitu memahami beliau perlu mengikut prosedur yang disediakan.Tetapi apa yang menjadi tanda tanya, setelah diberi nasihat beliau mengenai sakit yang dialami isteri saya. Relevankah saya harus menunggu sehingga empat bulan? Beliau hanya memberi pilihan supaya kes isteri saya dibawa ke hospital swasta dan beliau akan menyediakan dokumen yang berkenaan.Sekalung Terima kasih diatas kerjasama yang beliau berikan. Apa yang menjadi persoalan disini, tidakkah ada keutamaan perlu diberikan kepada kes-kes tertentu untuk dirujuk dengan doktor pakar dengan tempoh yang lebih relevan.Saya begitu terkejut dengan penerangan yang dibuat dan kami hanya diberi pilihan menunggu selain daripada rujuk ke hospital swasta.Saya cuba memahami sistem ataupun prosedur yang perlu dipatuhi seperti dinyatakan oleh Doktor Azwan.Saya sama sekali tidak menyalahkan beliau.Saya juga faham dengan prosedur wad kecemasan yang mengutamakan kes yang diklasifikasikan sebagai Merah, Kuning dan Hijau.Saya faham jika sakit isteri saya dikelaskan sebagai "Hijau" - iaitu kes yang tidak kritikal.Malah saya tidak mendesak isteri saya dirawat pada ketika itu juga.Saya cuma kesalkan setelah diberi penerangan yang merisaukan kami tetapi penyelasaiannya pula tidak diberi keutamaan.Saya masih boleh berfikir secara tolak ansur jika temujanji itu yang lewatnya mungkin seminggu dua. Saya ingin menyuarakan cadangan dimana perlu wujud sistem dimana pihak hospital boleh menyemak kekosongan temujanji di Hospital kerajaan yang berhampiran.Jangan biarkan pesakit merasakan dirinya terabai.Perlukah kami dalam keaadan yang tidak sihat pergi ke setiap hospital kerajaan menyemak temujanji doktor pakar? Disinilah kita boleh mempraktikkan salah satu amanat Dato’ Sri Najib di MAJLIS PERDANA PERKHIDMATAN AWAM KESEPULUH iaitu “Untuk menjadikan perkhidmatan awam Malaysia sebagai tanda aras kecemerlangan peringkat global maka budaya pemikiran diluar kotak kebiasaan perlu menjadi norma harian dan rutin bukannya kepelikkan.Cadangan saya mungkin nampak sukar tetapi bukan mustahil dilaksanakan. Saya bersyukur saya masih berkemampuan untuk membuat rawatan lanjut di Hospital Swasta yang berhampiran dan Alhamdullillah dengan izin Allah sakit yang isteri alami sembuh setelah mendapat suntikan antibiotik di lengan.Pelbagai persoalan bermain diminda saya, bagaimana jika sakit ini dialami oleh mereka yang betul-betul bergantung dengan hospital kerajaan? Mana mungkin mereka hanya berdiam diri sehingga temujanji pada empat bulan berikutnya.Atau perlu tunggu ditahap yang sangat kritikal baru diberi peluang untuk rujuk dengan doktor pakar.Selain itu saya juga tertarik dengan slogan-slogan yang ada di wad kecemasan Hospital Putrajaya.Mungkin untuk menenangkan para pesakit hadir maka banyak kata-kata keinsafan supaya pesakit bersabar menunggu giliran.Diakhir tulisan saya ingin berkongsi salah satu slogan wad kecemasan hospital Putrajaya yang antara berbunyi "Pengorbanan anda, mungkin menyelamatkan nyawa seseorang".Bagaimana pula dengan pengorbanan doktor pakar untuk mengisi slot temujanji untuk pesakit seperti isteri saya?Fikir-fikirkanlah. Sekian Terima Kasih.

Comments

tarzan said…
emmm aku rasa dio nak ko cari bini lain kut... hui hui..
xlogik akal punya prosedur...
huhu..
Anonymous said…
membaca artikel anda mengingatkan saya kepada satu kes yang hampir sama yang pernah di alami suatu ketika dahulu..sikap birokrasi atau bermacam macam prosedur yang perlu dihadapi membuatkan kita menganggap perkhidmatan awam tidak pernah berkembang atau bertambah maju sejak dari awal..walaubagaimanapun, sikap mesra kakitangan yang menawarkan perkhidmatan sedikit sebanyak dapat mengurangkan kegusaran hati...kalau diorang buat perangai macam hospital tu bapak dia punye, memang kita pun melenting sama kan...
apa yang aku nak highlight, hospital swasta pun ada yang servicenya indah khabar dari rupa..
lebih menyedihkan, kita membayar untuk service yang teruk...
akem said…
cari bini lain bukan menyelesaikan masalah di atas, makin bertambah masalah ada la..hhahaha
Ezzu Raza said…
To Tarzan n akem..mgkin pasal bini boleh menyebabkan masalah ni..tp tak profesional lar..seme orang ade masalah..jgn pesakit yang jadi magsa..to Anonymous --> sbb tu saya tak nyatakan hospital swasta semestinya bagus..but something we are at wrong time, wrong place..then jadi victim...
Ezzu Raza said…
*sometime not something..typo error
zara said…
encik, saya juga mengalami masaalah sama. saya telah di rujuk ke pakar ent putrajaya. malangnya, saya terpaksa menunggu 4 bulan juga. iaitu temujani pada bulan ogos 2010 ini. boleh encik beritahu hospital swasta mana yang encik pergi? dan berapa kosnya? terima kasih..
Ezzu Raza said…
Klinik Kim N Nasir (Puchong)..depan IOI mall..dalam area binary college..by the way..klinik tu klinik biasa sahaja..bkn pakar ENT pun..tp Alhamdulillah..mujarab ubat nya..

Popular posts from this blog

Kenapa dan Kesan Hempedu Di Buang - Based on True Story

Bila Waktu Mula dan Tamat Solat Sunat Dhuha

Masjid Berhampiran Stesen LRT/Monorel