Skip to main content

Keluhan Aku - Hospital Putrajaya


Antara Harapan dan Kritikan

Tujuan saya menulis bukan niat untuk memperlekehkan institusi kerajaan mahupun untuk memburukkan sesiapa.Tetapi sekadar menyuarakan pendapat yang mungkin dapat memperbaiki sistem di hospital kerajaan. Pada 3 Ogos lepas isteri saya mengalami demam panas dan sakit tekak yang agak serius.Setelah mendapat rawatan dua kali di klinik swasta pada dua hari sebelumnya, saya membuat keputusan untuk pergi ke Klinik Kerajaan di Putrajaya pada malam 5 Ogos.Setelah menunggu hampir dua jam kerana ramai pesakit yang hadir, kami berjumpa dengan doktor yang bertugas.Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Doktor Ahmad Ridzuan yang bertugas di Bilik 7.Dengan penerangan yang lengkap dan profesional, penat kami menunggu selama dua jam terubat dengan layanan beliau.Saya begitu kagum dengan sikap mesranya walaupun pesakit yang hadir ramai dan ketika itu jam telah pun menunjukkan hampir 9:30 malam.Saya dan isteri amat berpuas hati dengan khidmat beliau. Walaubagaimanapun sakit isteri saya yang disahkan oleh doktor di Klinik Kerajaan Putrajaya sebagai "Acute Tonsilitis" tidak surut walaupun telah mengambil antibiotik yang diberikan.Pada pagi Sabtu 8 Ogos, isteri saya mengadu ingin muntah, dan saya bergegas membawanya ke Wad Kecemasan Hospital Putrajaya.Setelah wad pesakit luar dibuka pada pukul 8pagi, saya dan isteri berjumpa dengan Doktor Azwan.Saya diberitahu yang sakit "Acute Tonsilitis" telah hampir memasuki tahap empat dimana jika dibiarkan boleh menyebabkan saluran pernafasan tersumbat.Beliau menasihatkan untuk berjumpa doktor pakar telinga , hidung dan tekak atau pakar "ENT" pada hari bekerja.Beliau sudi untuk menyemak temujanji dengan doktor yang berkenaan.Setelah menunggu, beliau memanggil saya dan mengatakan temujanji hanya boleh dilakukan pada Bulan Disember 2009 dan sementara itu isteri saya dinasihati meneruskan ubat yang diberikan oleh Klinik Kerajaan Putrajaya.Saya dan isteri begitu terkejut dengan kenyataan beliau.Saya begitu memahami beliau perlu mengikut prosedur yang disediakan.Tetapi apa yang menjadi tanda tanya, setelah diberi nasihat beliau mengenai sakit yang dialami isteri saya. Relevankah saya harus menunggu sehingga empat bulan? Beliau hanya memberi pilihan supaya kes isteri saya dibawa ke hospital swasta dan beliau akan menyediakan dokumen yang berkenaan.Sekalung Terima kasih diatas kerjasama yang beliau berikan. Apa yang menjadi persoalan disini, tidakkah ada keutamaan perlu diberikan kepada kes-kes tertentu untuk dirujuk dengan doktor pakar dengan tempoh yang lebih relevan.Saya begitu terkejut dengan penerangan yang dibuat dan kami hanya diberi pilihan menunggu selain daripada rujuk ke hospital swasta.Saya cuba memahami sistem ataupun prosedur yang perlu dipatuhi seperti dinyatakan oleh Doktor Azwan.Saya sama sekali tidak menyalahkan beliau.Saya juga faham dengan prosedur wad kecemasan yang mengutamakan kes yang diklasifikasikan sebagai Merah, Kuning dan Hijau.Saya faham jika sakit isteri saya dikelaskan sebagai "Hijau" - iaitu kes yang tidak kritikal.Malah saya tidak mendesak isteri saya dirawat pada ketika itu juga.Saya cuma kesalkan setelah diberi penerangan yang merisaukan kami tetapi penyelasaiannya pula tidak diberi keutamaan.Saya masih boleh berfikir secara tolak ansur jika temujanji itu yang lewatnya mungkin seminggu dua. Saya ingin menyuarakan cadangan dimana perlu wujud sistem dimana pihak hospital boleh menyemak kekosongan temujanji di Hospital kerajaan yang berhampiran.Jangan biarkan pesakit merasakan dirinya terabai.Perlukah kami dalam keaadan yang tidak sihat pergi ke setiap hospital kerajaan menyemak temujanji doktor pakar? Disinilah kita boleh mempraktikkan salah satu amanat Dato’ Sri Najib di MAJLIS PERDANA PERKHIDMATAN AWAM KESEPULUH iaitu “Untuk menjadikan perkhidmatan awam Malaysia sebagai tanda aras kecemerlangan peringkat global maka budaya pemikiran diluar kotak kebiasaan perlu menjadi norma harian dan rutin bukannya kepelikkan.Cadangan saya mungkin nampak sukar tetapi bukan mustahil dilaksanakan. Saya bersyukur saya masih berkemampuan untuk membuat rawatan lanjut di Hospital Swasta yang berhampiran dan Alhamdullillah dengan izin Allah sakit yang isteri alami sembuh setelah mendapat suntikan antibiotik di lengan.Pelbagai persoalan bermain diminda saya, bagaimana jika sakit ini dialami oleh mereka yang betul-betul bergantung dengan hospital kerajaan? Mana mungkin mereka hanya berdiam diri sehingga temujanji pada empat bulan berikutnya.Atau perlu tunggu ditahap yang sangat kritikal baru diberi peluang untuk rujuk dengan doktor pakar.Selain itu saya juga tertarik dengan slogan-slogan yang ada di wad kecemasan Hospital Putrajaya.Mungkin untuk menenangkan para pesakit hadir maka banyak kata-kata keinsafan supaya pesakit bersabar menunggu giliran.Diakhir tulisan saya ingin berkongsi salah satu slogan wad kecemasan hospital Putrajaya yang antara berbunyi "Pengorbanan anda, mungkin menyelamatkan nyawa seseorang".Bagaimana pula dengan pengorbanan doktor pakar untuk mengisi slot temujanji untuk pesakit seperti isteri saya?Fikir-fikirkanlah. Sekian Terima Kasih.

Comments

tarzan said…
emmm aku rasa dio nak ko cari bini lain kut... hui hui..
xlogik akal punya prosedur...
huhu..
Anonymous said…
membaca artikel anda mengingatkan saya kepada satu kes yang hampir sama yang pernah di alami suatu ketika dahulu..sikap birokrasi atau bermacam macam prosedur yang perlu dihadapi membuatkan kita menganggap perkhidmatan awam tidak pernah berkembang atau bertambah maju sejak dari awal..walaubagaimanapun, sikap mesra kakitangan yang menawarkan perkhidmatan sedikit sebanyak dapat mengurangkan kegusaran hati...kalau diorang buat perangai macam hospital tu bapak dia punye, memang kita pun melenting sama kan...
apa yang aku nak highlight, hospital swasta pun ada yang servicenya indah khabar dari rupa..
lebih menyedihkan, kita membayar untuk service yang teruk...
akem said…
cari bini lain bukan menyelesaikan masalah di atas, makin bertambah masalah ada la..hhahaha
EzzuMar said…
To Tarzan n akem..mgkin pasal bini boleh menyebabkan masalah ni..tp tak profesional lar..seme orang ade masalah..jgn pesakit yang jadi magsa..to Anonymous --> sbb tu saya tak nyatakan hospital swasta semestinya bagus..but something we are at wrong time, wrong place..then jadi victim...
EzzuMar said…
*sometime not something..typo error
zara said…
encik, saya juga mengalami masaalah sama. saya telah di rujuk ke pakar ent putrajaya. malangnya, saya terpaksa menunggu 4 bulan juga. iaitu temujani pada bulan ogos 2010 ini. boleh encik beritahu hospital swasta mana yang encik pergi? dan berapa kosnya? terima kasih..
Mar said…
Klinik Kim N Nasir (Puchong)..depan IOI mall..dalam area binary college..by the way..klinik tu klinik biasa sahaja..bkn pakar ENT pun..tp Alhamdulillah..mujarab ubat nya..

Popular posts from this blog

Tafsiran Mimpi Patah Gigi

Mimpi selalu dikaikan dengan mainan tidur ataupun mainan syaitan..biasanya kalo kita pk2 lebey sebelum tido kompem terbawak2 dalam tido..ada gak orang cakap kalo mimpi sebelum subuh tu bole la nak amik pakai..tp kalo mimpi lepas subuh tu kompem la mainan syaitan..apatah lagi kalo tak reti2 nak bgun solat subuh..ada gak kajian cakap ..kalo kita tido kat bilik terlalu sejuk a.k.a tido dlm A/C la..kita akan mudah mendapat mimpi ngeri berbanding tido dalam suhu biasa..aku tak tahu la betul ke tak..tp kalo korang nak try apa salah nya..set la A/C yang plg low..tgk apa jadi..

Entri kali ni aku nak cakap pasal mimpi patah gigi..or tercabut gigi ..biasanya org akan kaitkan mimpi ni dgn seseorang yang mungkin meninggalkan kita bermakna akan meninggal la.aku tak suh korang percaya 100%..ajal maut di tangan tuhan apa..tu mmg tak boleh disangkal lagi..apa pun aku nak berkongsi sket la pengalaman aku or family aku..

1. Wife aku mimpi cabut gigi atas ..awal tahun 2005 (x salah aku)..akhir 2005 ayaha…

Kenapa dan Kesan Hempedu Di Buang - Based on True Story

Semalam aku didatangi komen dari seorang pembaca...
Ni adalah Lanjutan dari Entri nih..  Erk..Kene Buang Hempedu?!!

Kesan

Alhamdulillah..dah 2 bulan lebih hempedu dibuang..tiada kesan sampingan yang boleh dilihat dari mata kasar..berat badan turun sedikit..bukan sbb kene pantang makan..dari segi pemakanan ..x ada apa yang kene pantang..cuma harus beringat dari segi penngambilan bende berlemak..so..kuantiti kene beringat la beb!..hehehe.. kalo dulu dah biasa makan KFC 3 ketul..makan la 2 ketul jer..lebih kurang macam tu lah

Sebabnya..doktor cakap..dulu aku ada hempedu untuk ditugaskan menghancurkan lemak2 makanan ni..sekara ni .. Hati yang ambil alih tugas tu..
So secara logiknya..kita tak nak lah Hati ni bekerja keras dari biasa..nnti overwork hati kita..dan sakit la hati kita nnti..hehehe..eh..ni betul ni..

Tp dari segi ilmu kedoktoran nnya..nak elakkan hati kita jadi Fatty Liver..hati berlemak lah..
So..kalo dirumuskan.. Alhamdullillah dengan kuasa Allah.. tiada kesan sampingan yan…

Masjid Berhampiran Stesen LRT/Monorel

Aku terpanggil nak tulis entri nih...
Bukan per..kadang2..orang bertanya ngan aku...mana masjid yang berdekatan dengan LRT..
Berdekatan ni maksudnya boleh jalan kaki la..tak lebih 500meter - 1 km gitu..pada aku la..tu pun kat 10 minit gak jalan kalo 1 km..

Orang bertanyakan soklan macam ni especially ari jumaat..sbb nak solat jumaat..kalo nak solat fardhu lain..biasanya ..surau bole kita jumpa kat mana2..

Klik untuk Besarkan Gambar

So..sepengetahuan aku..ada beberapa stesen LRT/Monorel yang berhampiran dengan masjid untuk menunaikan solat jumaat..
1. Stesen Masjid Jamek ( Star LRT / Putra LRT) --> Memang dekat benar dengan Masjid 2. Stesen Hang Tuah (Star LRT / Monorel) --> Kene cross bridge untuk ke Masjid 3. Stesen Titiwangsa (Star LRT / Monorel) --> Ni dalam 500 m dari stesen 4. Stesen KLCC ( Putra LRT) -- Yang ni agak jauh sket..tp bole ikut shopping mall..tp jgn terlajak plak..
Mungkin ada lagi stesen yang berhampiran dgn LRT/Monorel nih..tp aku je yang tak tahu..so..ka…