Posts

Showing posts from October, 2009

Tips Pengurusan Marah (Cara Rasulullah S.A.W)

Di petik dari ( http://www.fuadlatip.com/v1/2009/03/pengurusan-marah/ ) Ketika kita marah seseorang, adalah sesuatu yang amat penting untuk kita memalingkan muka kita ke arah lain. Rasulullah SAW telah berpesan agar kita memalingkan muka kita ketika kita marah. Kenapa? Apabila kita marah, kita berada di fikiran bawah sedar di mana fikiran tidak dapat mengawal diri. Ketika ini, jika kita marah sambil melihat muka orang yang kita marah (seperti contoh anak atau isteri/suami) kita telah menanamkan wajah mereka sebagai orang yang membuatkan kita marah tanpa disedari. Kita telah memprogramkan fikiran kita tanpa sedar. Maka setiap kali melihat wajah mereka, walaupun pada ketika itu kita tidak marah, ia boleh membawa kita kepada perasaan marah disebabkan informasi yang telah tersimpan menyatakan bahawa kita mesti berasa marah apabila melihat wajah mereka. Kerana itu Rasulullah SAW menasihatkan kita sejak beribu tahun yang dulu lagi untuk memalingkan muka ketika marah. Ada juga nasihat Rasulu...

Selingan--Hadiah Paling Istimewa dari Isteriku

Image
Terima Kasih Ibu--Sejuk hati sang suami,,hehehe.. Akan dibaca dan diamalkan untuk menjadi pedoman keluarga kita.. AmiN

Aduhai Bonus oh Bonus.........

Image
Belanjawan 2010 – Pengorbanan Kakitangan Awam Topik yang paling hangat diperkatakan ketika ini ialah isu tiada pemberian bonus kepada penjawat awam ketika pembentangan Belanjawan 2010.Ternyata ramai penjawat awam berasa terkilan dengan situasi ini.Namun, terkilan bukanlah bererti kami tidak mensyukuri nikmat Allah di atas pemberian RM 500 oleh pihak kerajaan. Saya melihat ini adalah situasi yang normal dan tidak patut dimanipulasi oleh sesetengah pihak untuk melaga-lagakan antara penjawat awam dan pihak kerajaan.Mahu tidak mahu, itulah realiti yang harus kita tempuhi.Saya juga berasa kurang senang jika dilabel sebagai orang yang tidak pandai mensyukuri nikmat Allah.Ironinya, kami juga berhak menyuarakan keluhan kami.CUEPACS adalah saluran kami.Tidak seperti pekerja swasta lain yang mempunyai persatuan pekerja sendiri yang mungkin juga menyuarakan pelbagai protes mereka terhadap majikan.Cuma bagi penjawat awam, apabila CUEPACS bersuara maka “1 Malaya” akan tahu kerana isu kami dibawa te...

Selingan- Alhamdulillah "Kapal" yang aku kemudi dah 3 tahun usianya.

Image
3rd Annivessary (26/10/2006 ~ ) Semoga terus kekal hingga ke akhir hayat. Aminn

Alasan mampu dimanipulasi lengahkan haji

Image
(Ruangan Surat & E-mel M/S 30 - Berita Harian) SAYA terharu membaca kecekalan adik Nuraiman dari Rembau yang bersungguh-sungguh untuk mengerjakan haji. Tambahan pula apabila membaca artikel Engku Ahmad Zaki Engku Alwi bertajuk 'Muslim berkemampuan dinasihat segera tunai haji' menyebabkan masih terlalu jauh dari sisi-Nya menginsafi diri. Kita warga negara Malaysia beragama Islam harus syukuri kemudahan pendidikan Islam yang diberikan. Namun di suatu sudut, penekanan terhadap mengerjakan haji agak berbeza. Kita seolah-olah terbelenggu dengan frasa berkemampuan. Saya tidak bermaksud menghuraikannya dari segi hadis atau berpandukan al-Quran. Apa yang saya cuba kongsi adalah berdasarkan logik akal yang terbatas ini. Sebenarnya, sama ada kita sedar atau tidak, persepsi mengerjakan haji bagi mereka yang berkemampuan itu agak tersasar sedikit daripada landasan. Oleh kerana itu saya menyokong artikel Engku Ahmad Zaki. Berkemampuan itu seolah-olah begitu sukar untuk dicapai semua ora...

Budaya peka ramalan cuaca patut dipupuk

Image
(Ruangan Surat & Emel M/S 30 - Berita Harian 20 Oct 2009) http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Tuesday/Surat/20091019232835/Article/index_html (Ruangan Forum - M/S 12 - Utusan Malaysia 20 Oct 2009) KEJADIAN kemalangan sebuah kereta yang merempuh enam buah motosikal yang sedang berteduh ketika hujan lebat di bawah jambatan di Putrajaya baru-baru ini seharusnya membuka mata dan minda pelbagai pihak. Ternyata kejadian tidak diingini seperti ini tidak boleh dipandang remeh atau suratan takdir semata-mata. Menuding jari mencari salah siapa bukanlah penyelesaiannya. Berfikir dan bertindak untuk menangani masalah ini mungkin dapat menyelamatkan nyawa pada masa akan datang. Pada hemat saya, merancang perjalanan adalah perkara yang paling penting sebelum kita memandu kereta, menunggang motosikal malah pejalan kaki juga harus merancang perjalanan mereka. Merancang bermaksud bukan sahaja dari segi keadaan kenderaan, pemilihan jalan malah faktor cuaca juga harus diambil kira. Saya berpend...

Mentranformasi Kredibiliti Penjawat Awam

Image
Satu ketika dahulu, sektor awam seringkali dilabel sebagai zon selesa dalam bidang pekerjaan.Mereka yang memilih untuk berkhidmat dalam sektor kerajaan dianggap mereka yang tidak mahu persaingan kerana takut merisikokan diri sendiri.Tetapi pada pendapat saya, itu adalah pemikiran yang dangkal, cetek dan tuduhan yang tidak berasas.Namun, saya tidak menafikan sektor awam perlukan transformasi yang lebih jitu dan berkesan dalam menterjemahkan dasar dan keputusan pucuk pimpinan kerajaan. Sejak Datuk Seri Najib mengambil alih pucuk pimpinan, telah banyak dasar yang diketengahkan untuk meneruskan agenda pembangunan negara.Namun di satu sudut, tidak dapat dinafikan dasar-dasar harus difahami dan ditelusi oleh semua penjawat awam.Selain daripada gagasan 1 Malaysia yang sering diperkatakan oleh masyarakat ketika ini, saya tertarik kepada 4 Rukun pembaharuan yang digariskan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika merasmikan Persidangan Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno baru-baru ini.Saya me...

Quantitative Determination of Flame Color and Its Application in Spray Flames [in Japanese]

Flame colors in kerosene spray flames were quantitatively determined by the correlated color temperature. Detailed relations between the flame colors and air ratio were investigated by using a water-cooled furnace. The heat input of an atomizing oil burner was 100kW and the air ratio changed from 1.1 to 2.5. The results indicated that the correlated color temperature was useful to accurately express the change of flame color. The correlated color temperature ranged between 1580K and 2250K. It was also suggested that the mean value of the correlated color temperature could be used to evaluate the air ratio. Thus the mean value of the correlated color temperature has the possibility to be a valuable information source for combustion diagnostics and combustion control.

Memperbetul Tafsiran " Saya Yang Menurut Perintah"

Image
Surat: Memperbetul Tafsiran " Saya Yang Menurut Perintah" (Berita Harian 28 July 2009 - The first ever my article in NewsPaper) Merujuk kolum Perspektif Ikim – Tafsiran salah " Saya yang Menurut Perintah" harus diperbetul , saya begitu bersetuju dengan pendapat penulis saudari Azrina Sobian.Frasa ini kadangkala disalah erti oleh sesetengah pihak.Mereka merasakan mereka wajib mengikut arahan tanpa usul periksa.Walaubagaimanapun saya suka melihat dari sudut mengapa perkara ini boleh berlaku. Pertama, saya berpendapat ruang perbincangan di antara pemberi arahan dan penerima rahan perlu dibuka dengan lebih telus dan berkesan.Mahu tidak mahu ada di antara penerima arahan merasakan diri mereka tidak wajar atau tidak layak mengulas lanjut tentang arahan yang telah diberikan.Ketika inilah peranan pemberi arahan amat diperlukan.Perdana Menteri kita, Datuk Seri Najib juga menyatakan "Era kerajaan mengetahui segala-galanya sudah berlalu" yang mana setiap ketua-ketua ...

Pengguna LRT usah terlalu cepat melatah

Image
(Ruangan Surat - Berita Harian 25 Sept 2009) Mungkin secara kebetulan semalam (STAR) LRT mengalami gangguan teknikal di waktu puncak hanya beberapa hari selepas pengumuman mengenai cadangan penambahan laluan LRT dibuat oleh Pengarah Urusan Kumpulan Prasarana, Datuk Idrose Mohamed.Mungkin juga ingin LRT ingin menguji “tuan”nya mengenai keputusan yang dibuat oleh badan induk itu. Disini saya ingin berkongsi sedikit pengalaman mengenai gangguan teknikal yang berlaku semalam.Saya ingin mengucapkan tahniah kepada warga pekerja LRT yang dapat menangani masalah dengan cepat dan tangkas.Tidak sampai beberapa jam sistem itu pulih seperti sedia kala.Cuma yang saya kesalkan sikap pengguna LRT itu sendiri.Ada dikalangan mereka yang mengeluarkan kata-kata kurang manis mencemuh petugas-petugas yang berkenaan.Tidak kurang juga yang meninggikan suara ketika bertanya soalan mengenai gangguan teknikal itu kepada petugas terbabit.Disini saya mengajak pengguna sekalian berfikir sejenak.Setelah hampir lebi...

Keluhan Aku - Hospital Putrajaya

Image
Antara Harapan dan Kritikan Tujuan saya menulis bukan niat untuk memperlekehkan institusi kerajaan mahupun untuk memburukkan sesiapa.Tetapi sekadar menyuarakan pendapat yang mungkin dapat memperbaiki sistem di hospital kerajaan. Pada 3 Ogos lepas isteri saya mengalami demam panas dan sakit tekak yang agak serius.Setelah mendapat rawatan dua kali di klinik swasta pada dua hari sebelumnya, saya membuat keputusan untuk pergi ke Klinik Kerajaan di Putrajaya pada malam 5 Ogos.Setelah menunggu hampir dua jam kerana ramai pesakit yang hadir, kami berjumpa dengan doktor yang bertugas.Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Doktor Ahmad Ridzuan yang bertugas di Bilik 7.Dengan penerangan yang lengkap dan profesional, penat kami menunggu selama dua jam terubat dengan layanan beliau.Saya begitu kagum dengan sikap mesranya walaupun pesakit yang hadir ramai dan ketika itu jam telah pun menunjukkan hampir 9:30 malam.Saya dan isteri amat berpuas hati dengan khidmat beliau. Walaubagaimanapun ...

Kaji Semula Kurikulum JPJ

Kurikulum JPJ Wajar Diperkenalkan Di Peringkat Sekolah Menengah. (Forum - Utusan Malaysia 1 Oct 2009) Hari ini rata-rata masyarakat berbicara mengenai OPS Sikap ke 20 yang melabuhkan tirainya semalam.Ramai menyuarakan mengenai keberkesanan operasi itu sendiri dan ada juga menyuarakan pendapat individu untuk menangani masalah ini.Jika dilihat dari satu sudut, ini adalah perkembangan yang baik.Masyarakat Malaysia sebenarnya memang peka terhadap perkara ini. Ops Sikap ke 20 merekodkan jumlah kematian kedua tertinggi dalam sejarah operasi itu sejak diperkenalkan lapan tahun lalu dengan 261 kematian.Jumlah korban tertinggi sebelum ini sebanyak 285 orang daripada 253 kemalangan maut yang dicatatkan semasa Ops Sikap Ketiga, iaitu pada 13 Disember 2002. Kini, banyak agensi yang berkenaan seolah-olah buntu mencari jalan penyelesaian.Hasil kajian oleh Kajian Institut Keselamatan Jalan Raya (MIROS) juga telah membuktikan tabiat memandu yang tidak sihat adalah faktor utama penyumbang kepada perma...

Perluaskan Khutbah Multimedia

Image
Antara pendapat aku yang dikeluarkan dalam Ruangan Forum - Utusan Malaysia 9 Oct 2009.

Cuba-cuba

Image
Cuba berjinak-jinak dalam bidang blog.Asyik sibuk bagi komen/ artikrl dalam Utusan dan Berita Harian.Sesekali wat blog sendiri.tgk aper jadik....