Nak Ijazah Palsu?

Adoi. . x nak belajar betui2. dh tu wat bisnes nak palsukan ijazah plak. tp kira pndai la gak tu. pndai menipu.

Kata Aku : Lebih baik mintak kerja dgn sijil SPM, dah tentu duit gaji halal dn berkat!!

Tiga penuntut Universiti Sains Malaysia (USM) ditahan bagi membantu siasatan kes pemalsuan ijazah universiti berkenaan.

Jurucakap polis bekata dua penuntut wanita dan seorang lelaki berusia dalam lingkungan 20-an ditahan dalam operasi khas polis di Kampar, Perak malam tadi.

"Hasil laporan polis oleh pihak pengurusan USM awal bulan lepas, polis menubuhkan pasukan khas bagi mengesan anggota sindiket pemalsuan ijazah itu," katanya kepada pemberita di Georgetown hari ini.

Beliau berkata polis turut merampas beberapa peralatan komputer yang dipercayai diguna untuk menghasilkanijazah palsu itu.

Siasatan awal mendapati mereka mengeluarkan sijil akademik palsu iaitu Diploma, Ijazah Sarjana Muda dan Ijazah Sarjana dari USM dan dipercayai menjualnya dengan harga tertentu, katanya.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Gan Kong Meng ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu dan berkata ketiga-tiga penuntut terbabit kini ditahan reman di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut bagi membantu siasatan.

- Bernama

Published with Blogger-droid v2.0.4

Comments

uncle gedek said…
sijil kawin palsu ada tak?

haha!

Popular posts from this blog

Kenapa dan Kesan Hempedu Di Buang - Based on True Story

Bila Waktu Mula dan Tamat Solat Sunat Dhuha

Masjid Berhampiran Stesen LRT/Monorel