Salam Cium Tangan : Jangan Jadikan Isu Politik
Gambar sekadar hiasan.
Imam Ibnu Hajar al-Asqalani telah menakwil pendapat Imam Nawawi sebagai berikut :
ُّبَحَتْسُي لَب ُهَرْكُيَال ِةَّيِنْيِّدلا ِرْوُمُالْاَنِم َكِلاذِوْحَنْوَا ِهِفَرش ْوَاِهِمْلِعَو ِهِحَالَصَو ِهِدْهُزلِ ِلُجَّرلاِدَي ُلْيِبقت: ْيِواَوَّنلاْماَمِالاَلاق.
Ertinya : Imam Nawawi berkata : mencium tangan seseorang kerana zuhudnya, kebaikannya, ilmunya, atau kerana kedudukannya dalam agama adalah perbuatan yang tidak dimakruhkan, bahkan hal yang demikian itu disunahkan.
Pendapat ini juga didukung oleh Imam al-Bajuri dalam kitab “Hasyiah”,juz 2,halaman.116.
2. Imam al-Zaila’i Beliau berkata :
(ِكُرَبتلا ِلْيِبَس ىَلَعِعِّرَوَتُملْاِوَا ِمِلاَعلْاِدَي ُلْيِبقتُزْوُجَي…
Ertinya : (dibolehkan) mencium tangan seorang ulama dan orang yang wara’ kerana mengharap barakahnya.
Syaikh al-Albani berpendapat dalam mencium tangan orang alim itu perlu mematuhi beberapa adab:
a. tidak boleh mencium tangan orang alim jika dia menghulurkan dgn sombong
b. tidak terbukanya jalan ke arah cuba mendapat tabarruk (berkah)
c. tidak menjadikan sebagai adat kebiasaan (sering dilakukan)
d. dia tidak mengingkari lebih utama berjabat salam
e. tidak boleh meletakkan tangan ke dahi
Namun, sekiranya (cium tangan) kerana kekayaan seseorang,pangkat atau status dimata manusia di dunia ini dan sebagainya ianya adalah makruh. [Lihat juga al-Azkar an-Nawawi, ms. 262]
Comments