Kemana Halatuju 8% Pelajar SPM 2011 Yg Buta Huruf
"Kita terlalu menumpukan dengan statistik seramai 559 orang dari pada 468,808 calon SPM mendapat gred cemerlang tertinggi (A+).
Tetapi kita tidak juga harus lupa mengenai fakta pada 11 Januari 2012 yang lalu disebut oleh menteri pertahanan bahawa 8 peratus daripada 6,667 orang pelatih PLKN buta huruf.
Memandangkan PLKN menumpukan pengambilan di kalangan bekas calon SPM dan jika statisti ini menjadi penunjuk, maka dari 468,808 orang calon SPM, kira-kira 37,504 orang ialah buta huruf." Sumber Malaysiakini.
Kenyataan kat atas mgkin ada yg boleh sangkal ketepatannya.
tp, 6667 pelatih PLKN yg buta huruf tu fakta dtg dr seorang menteri. cuma di extrapolate oleh malaysiakini.
Apa pun semalam dh kuar keputusan kemasukan ke pengajian tinggi. pelajar, mak bapak mesti mengharapkan yg terbaik. cuma aku terfikir kemana halatuju pelajar yg buta huruf ni?
buta huruf senang citer x reti membaca la.
tp dia bole mendengar arahan lisan.
dlm usia 17 or 18 tahun, kalo x ada masalah lain sudah tentu dia juga ada kemahiran tertentu.
aku rasa ini yg patut diberi penekanan.
kemahiran meningkat bila byk pengalaman.
aku bukan ahlil akademik.
tp, dr satu sudut, aku pernah duduk felda, yg mana mak bapak nya mengajar kemahiran kepada anak2 mereka.
kemahiran amik buah kelapa sawit, menoreh getah, menanam pisang, menternak ikan dan macam2 lagi la.
kemahiran ni tak belajar dlm kemahiran hidup.
tp akhirnya, kalo anak itu tak berjaya dlm spm sekalipun, dia akan menjadi peneroka yg berjaya. silap2 pendapatannya lebih tinngi dari orang yg ada master. amacam?
itu harga setiap 'kemahiran'.
dan aku rasa sudah smpi masanya kita bimbing yg tercicir nih.
aku tau senang ckp dari buat.
bijak pandai fikir fikirkan ya.
aku hanya 'throw the ball'. hehehehe
Comments