Kemalangan Ketika Hari Belia : Sudah Mula Ada Rungutan?!

Baru jer semalam entri aku ckp keluarga mangsa x marah pasal kemalangan tuh. kurang 72 jam dah ada rungutan dah, tp bukan dari keluarga mangsa lah. sbbnya setakat ni mereka konsisten dengan kenyataan mereka. Ada saksi kata, hanya pasu jadi pemisah antara mereka dan kereta. tambah lagi tiada arahan plak dr penganjur kata saksi tuh. aku x kata lah, sbb aku tgh syok layan 'Mirror Mirror' kat rumah ngan famili aku. walaupun jarak event ni hanya lebih kurang 5km jer dari umah. hehehehe. so nmpaknya rungutan dah ada, si pengadu pun dah mengadu maka akan bermula la episod baru citer kemalangan nih. campur tgn politik itu dah biasa. aku tak heran dah. cuma yg pasti nak kebajikan mangsa tu terjamin jer la. bukan?

Saksi berkenaan, Mohd Aidiel Aiezadi berkata beliau melihat pokok bunga tersebut diletakkan sepanjang tepi jalan di Lebuh Wadi Ehsan, Presint 19 yang menjadi litar perlumbaan drag pada Sabtu. "Saya tengok, pasu-pasu bunga saja yang digunakan untuk hadang daripada penonton. Selalu orang guna tayar (di perlumbaan jalan raya lain)," katanya ketika ditemui di lobi Hospital Putrajaya.

Beliau (kiri) yang mengalami kecederaan di kakinya akibat kemalangan itu berkata kejadian berlaku dengan cepat.

Katanya lagi, penganjur juga tidak memberikan sebarang arahan kepada penonton supaya menjarakkan diri daripada litar tersebut, sebelum perlumbaan dimulakan pada kira-kira jam 11.30 malam.

"Apabila sudah kecoh, lepas kemalanganbaru penganjur kata jangandekat dan kemudian (penganjur) tutup kereta(yang terlibat dalam kemalangan)pakai kanvas.

"Tapi sebelum itu tak ada arahan," katanya ketika ditanya.

Beliau hadir ke hospital bersama rakan yang berkerusi roda, Mohd Aidil Azman, 19 (berbaju biru).

Mohd Aidil yang turut terlibat dalam kemalangan tersebut berkata beliau dirawat kerana terdapat darah beku di lutut kanan dan terseliuh akibat insiden berkenaan.

Menceritakan kembali kejadian yang berlaku pada malam tersebut, Mohd Aidil (kiri) berkata,beliau bersama Mohd Aidiel dan beberapa rakan lain berada di bahagian hadapan untuk menonton perlumbaan.

"Saya tengah berdiri dekat tepi litar. Saya di barisan hadapan. Saya tengok kereta itu ke tepi... Tapi tahu-tahu dah alih ke arah kami.

"Saya rasa saya sempat alih kaki kiri ke belakang saja, selepas itu dah kena dah (dilanggar)," katanya lagi. Turut hadir melawat individu berkenaan hari ini ialah Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar yang menggesa penganjur berkenaan supaya bertanggungjawab terhadap insiden yang berlaku.

"Perkara ini menjadi pengajaran buat kita,dalamapa-apaacara yang dilakukan keselamatan orang awam perlu diutamakan.

Seramai 17 orang tercedera semasa menyaksikan perlumbaan kereta drag itu. Dua daripadanyadirawat di ICU kerana dipercayai mengalami kecederaan dalaman yang serius.

Mangsa yang menerima rawatan di wad ICU ialah Muhammad Iskandar Rasiq Shaari, 19 dari Gemenceh dan Muhammad Fairuz Jalaludin, 26, dari Rembau, Negeri Sembilan.

Seorang lagi mangsa dari Bahau, Negeri Sembilan, Ami Nakim, 27, kini berada di dalam dewan pembedahan.- MalaysiaKini

Published with Blogger-droid v2.0.4

Comments

Popular posts from this blog

Kenapa dan Kesan Hempedu Di Buang - Based on True Story

Bila Waktu Mula dan Tamat Solat Sunat Dhuha

Masjid Berhampiran Stesen LRT/Monorel