IMD: Semua Ekonomi Asia Merosot Kecuali HongKong, MALAYSIA dan Korea.

Alhamdulillah. Itu yg pertama kita wajib ucapkan. Walau sepandai mana atau sehebat mana kita merancang, tanpa izin Allah x akan berlaku jua. Kerajaan akan terus menyatakan inilah transformasi yg mereka jalankan. Pembangkang, tggulah beberapa jam lagi, aku yakin saudara Rafizi akan keluar ideanya pula. Pada aku mudah, kalo aku duduk di tempat rafizi, aku pun mgkin melakukan perkara yg sama. Malah aku yakin, kalo kerajaan di tpt dia pun aku turut melakukan analisis yg lebih kurang sama. Itu lumrah. Kita jgn jadi mcm kena pukau dgr berita berita yg berlainan dari berita di tv. Rilekla, dh nama pun analisis kan. Ini tidak, dgr berita lain buat laporan polis, tolonglah, polis pun byk lagi kerja lain laa.

Ini aku copy sebahagian dari MalaysiaKini

Malaysia mengukuhkan keseluruhan daya saingnya dengan meningkat daripada kedudukan ke-16 tahun lepas, kata IMD dalam satu kaji selidik 59 negara yang mengukur sejauh mana negara-negara menguruskan ekonomi dan sumber manusia mereka untuk meningkatkan kemajuan.

Ranking ini menempatkan Malaysia di hadapan negara-negara seperti Australia (ke-15), United Kingdom (ke-18), Korea (ke-22), China (ke-23), Jepun (ke-27), Perancis (ke-29), Thailand (ke-30), Indonesia (ke-42) dan Filipina (ke-43).

Menurut rangking IMD, 15 ekonomi paling kompetitif di dunia ialah Hong Kong, Amerika Syarikat, Switzerland, Singapura, Sweden, Kanada, Taiwan, Norway, Jerman, Qatar, Belanda, Luxembourg, Denmark, Malaysia dan Australia.

Di kalangan negara dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) perkapita kurang daripada US$20,000, Malaysia mengekalkan kedudukan keduanya di kalangan 29 negara mengatasi China, Chile dan Thailand.

Di kalangan negara Asia Pasifik, Malaysia naik satu tangga ke kedudukan keempat selepas Hong Kong, Singapura dan Taiwan.

IMD berkata rangking daya saing "semua ekonomi Asia merosot selain dari Hong Kong (1), Malaysia (14) dan Korea (22)."

Penambahbaikan keseluruhan rangking Malaysia dalam kaji selidik IMD itu mencerminkan kesan daripada langkah-langkah yang diambil kerajaan untuk menambah baik daya saing ekonomi, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed dalam satu kenyataan.

"Langkah-langkah yang pelbagai ini termasuk menambah baik penyediaan dan kecekapan perkhidmatan awam dan meningkatkan ketelusan dan pertanggungjawapan," katanya.

Mustapa berkata daya saing dipertingkat Malaysia itu adalah hasil daripada inisiatif berani dan inovatif yang diambil kerajaan tahun lepas bagi memacu pembangunan, pertumbuhan dan mewujudkan sektor swasta berdaya tahan.

Kaji selidik IMD itu menilai negara-negara mengikut prestasi ekonomi; kecekapan kerajaan; kecekapan perniagaan; dan prasarana.

Malaysia mencatatkan peningkatan ketara dalam kategori kecekapan perniagaan (kedudukan ke-6 daripada ke-14 tahun lepas) dan kategori kecekapan kerajaan (ke-13 daripada ke-17).

Peningkatan rangking dicatatkan dalam subkategori kecekapan dan produktiviti perniagaan, kewangan, peraturan perniagaan dan rangka kerja institusi sosial.

Published with Blogger-droid v2.0.4

Comments

Popular posts from this blog

Kenapa dan Kesan Hempedu Di Buang - Based on True Story

Bila Waktu Mula dan Tamat Solat Sunat Dhuha

Masjid Berhampiran Stesen LRT/Monorel