Apa Ada Dalam Buku Irshad Manji?

Aku rasa kerajaan, NGO atau mana2 parti politk perlu ambil tindakan.
Mana PERKASA, JATI?
Aku tak paham, bila isu gini senyap plak korang!!


Sebahagian intipati apa yg ditulis didalam buku tu ada kat bwh nih.

Irshad Manji: Gay dan lesbian juga ciptaan Tuhan
Ahmad Fadli KC | 11:10AM Mei 22 2012

WAWANCARA Penulis wanita Kanada, Irshad Manji mempertahankan pendiriannya selama ini yang percaya Islam tidak mendiskriminasi golongan gay dan lesbian.

Menurutnya, Al-Quran sendiri menjelaskan bahawa setiap manusia adalah ciptaan Tuhan dan ia termasuklahgolongan tersebut.

Tambahnya, konsep kononnya Islam menolak dan membenci golongan itu sama sekali tidak selari dengan konsep Allah sebagai Tuhan yang Maha Penyayang.

"Kembali kepada Al-Quran, setiap orang adalah ciptaan Tuhan. Malahan gay dan lesbian juga dicipta Tuhan...

"Tolong jelaskan kepada saya," kata Irshad dalam wawancara eksklusif dengan Malaysiakini.

Kedatangan Irshad ke Malaysia mengundang kontroversi apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom menggesajabatan agama Islam setiap negeri menghalang sebarang program beliau.

Pandangan Jamil Khir disokong Pemuda PAS yang turut membuat seruan yang sama.

Jamil Khir juga menggesa agar buku terbaru Irshad yang diterjemah dengan judul Allah, Kebebasan dan Cinta diharamkan pengedarannya atas alasan "bukunya merbahaya kepada umat Islam".

Tidak perlu minta maaf

Selain daripada membela golongan gay danlesbian,Irshad turut dikenali ramai kerana menyokong perkahwinan antara individu Muslim dengan individu berlainan agama tanpa perlu menukar agama masing-masing.

Mengulas perkara itu, Irshad berkata ia dirumuskan berdasarkan interpretasinya terhadap Al-Quran dan juga ijtihad yang dilakukannya.

Beliau percaya perkahwinan sedemikian dapat menghentikan golonganmuda Islam daripada meninggalkan Islam semata-mata keranacinta.

Tegasnya, beliau tidak perlu meminta maaf kepada sesiapa hanya kerana berbeza pendapat dengan orang lain dalam perkara tersebut.

"Mungkin saya perlu minta keampunan dari Tuhan pada hari pengadilan dan Tuhan yang penuh dengan kasih sayang pastinya akan memberikan saya perbicaraan yang adil," katanya.

Menurutnya lagi, pendirian itu turut disokong seorang imam dan didokumenkan di laman webnya. Sehingga kini, dokumen itu diterjemah ke dalam lebih 20 bahasa termasuklahbahasa Melayu, ujar Irshad.

Imam yang dimaksudkan adalah Dr Khaleel Mohamed yang memiliki ijazah doktor falsafah dalam perundangan Islam dari McGill University.

Sebelum hadir ke Malaysia, Irshad terlebih dahulu singgah di Jakarta untuk mempromosikan bukunya di sana.

Published with Blogger-droid v2.0.4

Comments

Popular posts from this blog

Bila Waktu Mula dan Tamat Solat Sunat Dhuha

Kenapa dan Kesan Hempedu Di Buang - Based on True Story

Masjid Berhampiran Stesen LRT/Monorel