Posts

Showing posts from March, 2012

Pengiraan Pemindahan Gaji Mengikut PP. Bil. 1/2012

Image
JPA dh keluarkan pekeliling pasal gaji baru ikut SSM 2012. Mudah dan pantas. klik saja link kat bawah nih . http://docs.jpa.gov.my/ssm/#pengiraan Published with Blogger-droid v2.0.4

Jawatan Kosong Terbaik Sepanjang Zaman

Image
Kelayakan x sesusah mana. Ada bonus lagi. Cepat2 jangan ketinggalan!! Published with Blogger-droid v2.0.4

Anggaran Purata Harga Rumah Mengikut Kawasan Bagi Tahun 2012

Image
Dah ada rumah? mgkin ada yang bercadang nak beli tahun ni. ni sekadar info-info yang tak berguna seperti mana di komen oleh blogger murahan a.k.a anon sebelum ni. tp mamat sengal ni jengah lagi blog aku. langsung x tau malu. hahahaha. oke2. cukup2. nnti dia marah aku tak publish komen dia. atok aku ckp, buat apa nak pamer jamban kat ruang tamu. sekadar kongsi2. kalo dah tahu alhamdulillah. x tahu, amik la tahu. wassalam. Published with Blogger-droid v2.0.4

Bila Blog Dikutuk, Dicemuh

Tgh masih dlm pantang sbb operate ni, didatangi plak komen komen yang x sedap didengar. Hehehe. aku gelak jugak membacanya.sakit pusat aku yg ada kesan operate ni. Betul la kata orang, kat alam maya pun bole bertekak. Okla, mgkin aku iklan atau share link kat merata tempat. tp yang masalahnya, aku tak rasa tempat aku menempel tu rumah mak bapak dia or nenek dia sekalipun. maknanya tak ganggu langsung kehidupan mahupun menjejas sara idop mereka. aku tak tuang pasir dalam periok nasi panasonic mereka sekalipon!! aku dah maafkan. cuma terkilan sbb aku yakin org melayu yg komen. maknanya, sama2 kaum pun nak bertekak. sbb tu la org ckp, kita mundur bkn sbb kaum lain, tp kaum sendirik. Published with Blogger-droid v2.0.4

Pengiraan Anggaran Gaji Pencen Kerajaan

Image
JPA menyediakan kemudahan pengiraan gaji pencen kerajaan.. Ye la ..kelmarin ..dlm kosmo ada cakap..kalo kita nak beli rumah pada 2020..kita kene ada pendapatan at least 12k sebulan...sebulan beb.. Ni khas untuk penjawat awam untuk merancang masa depan..berapa ganjaran yang kita perolehi..kalo berfikir fikir nak ambil option ker.. Klik SINI untuk laman web seperti dalam gambar.

Pendapat TGNA Mengenai Urusniaga Dengan Yahudi

KOTA BHARU 23 Mac 2012 Mursyidul Am Pas,DatukNikAbdulAzizNikMat menegaskan, kerjasama dan urus niaga dengan golongan berbangsa Yahudi tidak diharamkan dalam Islam selagi merekatidakmempunyai agenda jahat. Beliau berkata, faktor bangsa semata-mata tidakboleh dijadikan alasanuntuk menghalang sebarang hubungan kerana ia bukan penentu kepada dosa dan pahala, sebaliknya perbuatan jahat yang diambil kira seperti merampas tanah dan membunuh penduduk tidak bersalah seperti mana dilakukan oleh puak Zionis. "Kerajaan yang dia (Yahudi Israel) sekarang ini kerajaan yang dibentuk parti Zionis, yang ini kita tidak boleh berurusan dengan dia,apasahaja pun urusan dengan kerajaan Zionis sekarang ini ertinya kita berurusan dengan kerajaan haram. "Kalau kita bersekongkoldengan yang harammakaberdosalah,seperti budak mencuri motosikal, kalau kita membeli motosikaldia,ertinyakita bersekongkol dan bersubahat dengan perbuatan jahat mencuri,” katanya selepas kuliah Jumaat di pekarangan pejabat Ba...

Menghitung Jam

Image
Dah masuk wad dah. Mak ayah pun katanya nak bertolak dr kuantan dlm kol 10 gitu. wife pun standby kat umah jap, td pas anta aku dia balik umah dl. Tapi aku terpk pk gak nape baju kat spital warna hijau. hehe. adakah org 'biru' yang mencipta design nih. ntah. nnti aku nak tnya nurse la. mesti dia pelik. org tanya pasal operation. ada ker tnya pasal baju. bila lagi nak tnya soklan 'More Jutaria' kan. aiseh. sebelum tu lupa plak nak tnya esok operate kul bape. hehehe. tnya jap lagi la. Published with Blogger-droid v2.0.4

Erk..Kene Buang Hempedu?!!

Ini adalah lanjutan Entri sebelum ni..nak tahu baca SINI . Setelah follow up ngan doc, akhirnya doktor menasihatkan supaya hempedu aku kena buang.. So procedure yang akan dijalankan adalah Laparoscopic Cholecystectomy berbelit lidah nak sebut. tp dalam you tube ada tunjuk camana pembedahan ni dijalankan. Hebat sekarang nih..bukan setakat imagine..ni siap bole tgk procedure yg doktor dah jalan kan untuk pesakit lain.. Apa pun aku akur dgn ketentuan ini. Allah Maha Mengetahui. Tipula kalo aku kata tak gabra langsung... Tp camana..aku kene lalui la jugak.. Macam kita lalui pmr..spm..degree..kahwin..anak... Cumanya first time la nak bedah bedah ni... Mgkin kene rehat berblog jap..ala mcm la aktif sgt..hehehe.. Esok pagi masuk wad...sabtu operate..fuhhhh... Doakan semoga semuanya berjalan lancar... Amin!!

Pendapat Dr MAZA Mengenai Urusniaga Dengan Yahudi

Dr Mohd Asri Zainul Abidin Islam adalah agama yang menghormati semua keturunan manusia. Islam tidak menghukum seseorang disebabkan keturunannya. Islam juga tidak memaksa orang menganut Islam dan memerangi dan menghukum hanya kerana perbezaan agama. Demikian seseorang Yahudi tidak boleh dihukum hanya kerana dia berketurunan Yahudi atau beragama Yahudi. Permusuhan berlaku antara masyarakat Yahudi dan Nabi Muhammad SAW dalam sejarah disebabkan sikap permusuhan mereka terhadap Islam, bukan keturunan mereka. Dalam sejarah Nabi SAW; baginda mempunyai isteri yang merupakan seorang Yahudi iaitu Safiyyah binti Huyai. Sahabat Nabi SAW yang dianggap ilmuwan ‘Abdullah bin Salam, juga seorang Yahudi. Baginda Nabi SAW dalam urusan muamalat pernah menggadai barang kepada Yahudi. Baginda juga menziarahi Yahudi yang sakit. Ini menunjukkan kita boleh berbuat baik kepada Yahudi atas dasar persahabatan yang tidak mengkhianati Islam atau atas asas dakwah. Bahkan Al-Quran dalam Surah al-Maidah me...

Sasterawan Negara Ke 11

Sejak diperkenalkan ketika aku berusia 1 thn (1981), kita dah ada 11 orang sasterawan negara. kalo aku suruh korang senaraikan mesti susahkan. hehehe. xpe. aku x sekejam tuh. Senarai penerima Anugerah Sasterawan Negara sebelum ini: 1 - 1981 : (Dr) Kamaludin Muhammad atau Keris Mas 2 - 1982 : Prof. Emeritus Dato' Dr. Shahnon Ahmad 3 - 1983 : Datuk (Dr) Usman Awang 4 - 1985 : Datuk (Dr) A. Samad Said 5 - 1987 : (Dr) Muhammad Dahlan Abdul Biang atau Arena Wati 6 - 1991 : Prof. Dr. Muhammad Haji Salleh 7 - 1993 : Datuk Noordin Hassan 8 - 1996 : Datuk Abdullah Hussain 9 - 2003 : Prof. Madya Dr. Syed Othman Syed Omar 10-2009 : Dato' Dr. Anwar Ridhwan Apapun Tahniah diucapkan kepada Datuk Ahmad Kamal Abdullah atau lebih dikenali dengan nama penanya Kemala. Kemala, 71, dipilih sebagai Sasterawan Negara kerana telah. memberikan sumbangan cemerlang dalam perkembangan kesusasteraan tanah air melalui ciptaan karya kreatif, pemikiran dan kegiatan sastera bermutu tinggi. Pub...

Kenaikan Gaji Tahunan 2012 - SSM Baru

*Kesahihan info ini tidak dapat dikenalpasti. nak pasti tunggu gaji bulan april ya. KENAIKAN GAJI TAHUNAN (KGT) PERBANDINGAN ANTARA SSM DAN New SSM PMR RM40(ssm) -RM80(new ssm) SPM RM50(ssm) -RM95(new ssm) SPM+SIJIL RM50(ssm) - RM95(new ssm) SIJIL RM50(ssm) - RM145(new ssm) STPM/DIPLOMA RM60(ssm) - RM145(new ssm) IJAZAH RM90(ssm) - Rm225(new ssm) Published with Blogger-droid v2.0.4

Tribute To SBPA

Ada sahabat komen, dah byk toner printer habis dok print borang borang masa JPA dok ckp nak laksana skim baru tu lah, tup tup batal. tak kurang jugak berkotak kotak A4 yang menjadi mangsa. Begitu la lumrah alam. Tak semuanya apa yang kita mahu itu kita dapat. Kalau Allah makbulkan semua doa kita serentak, haru biru kita. Yang ni UAI pun ada kupas dlm siri ceramahnya. Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui. Apa pun kerana SBPA ni jugak la, byk bende yang aku cuba kongsikan dlm blog ni. walaupun mgkin ada yg tak tepat, tp itulah realiti. Info sekarang ni dtg dari byk sumber. Mgkin ada yg betul ada yang tidak. Jadi, dgn ini aku jadikan label2 SBPA ini sebagai TributeToSbpa Mana tau tahun 2020 nak buat balik SBPA ker. hehehe. Published with Blogger-droid v2.0.4

Semak Keputusan SPM 2011 Melalui SMS

Image
Amacam, berdebar-debar ker? Sekarang ni dah mudah.sms pun dah bole tahu.. dulu kene kol sekolah..x pun kene g sekolah baru tau result.. Kene sekolah jauh dari rumah..sehari sebelum dah kene bertolak dari kampung halaman.. So ada beberapa jam lagi ni.cer flashback balik..sebelum spm ari tu.ada usaha? ada tawakkal? Kalo ada..InsyaAllah..mudah mudahan dapat lah keputusan yang dihajati.. Apa pun kene redha lah nnti ya.. Kene percaya pada Rukun Iman yang ke-6. Percaya kepada Qada' dan Qadar. Kalo bukan rezeki anda kali ni..mgkin ada rezeki anda di lain hari..

Tun Daim : Hanya Tiga Negeri Selamat Bagi BN!!!

Citer politik sat..ye la , tahun ni tahun PRU kan..jgn korang tnya PRU tu apa udah..susah la aku nak menerangkannya.. Ni analisa dari Tun Daim.. so nak percaya ke tak percaya ker..tu korang punya pendapat la yer.. By the way..dah mendaftar ke sebagai pengundi?? Haa.. tu yang paling penting... Bekas Menteri Kewangan dan bendahari Umno Tun Daim Zainuddin - yang meramalkan bahawa BN akan tumbang di Pulau Pinang, Selangor dan Kedah pada pilihan raya umum 2008 - sekali lagi membuat analisis politiknya. Kali ini, ketika ditemubual oleh akhbar harian Cina Nanyang Siang Pau yang diterbitkan hari ini, beliau berkata kedudukan BN sebenarnya tidak benar-benar selesa. Menurutnya, beliau hanya menjangka kemenangan mudah bagi BN di Johor, Melaka dan Pahang . Bagi merampas semula Kedah dan Selangor dari Pakatan Rakyat, katanya, BN, khususnya Umno perlu mencari barisan kepimpinan yang sesuai. Bagi mengekalkan Terengganu dan Sabah, Umno negeri masing-masing perlu bersatu. Tetapi untuk ...

JOM JOIN BLOGLIST BEN ASHAARI .. CEPAT !

Image
Nak Join Klik SINI Sebelum terlewat.. Dah lama tak join segmen Bro Ben nih... Kata Aku Blog : Memuatkan info-info semasa dari pelbagai sumber..adakala cerita politik, diri sendirik, hiburan, keagaaman. Objektif Kata Aku: Sudah pastinya nak meluahkan pendapat la..sambil kongsi2 info dengan blogger2 yang lain. Apa plak Kata Kau?? Adios.

Kenapa Orang Melayu Tidak Mendaftar Sebagai Pengundi

Image
Seramai 3.7 juta rakyat Malaysia yang layak mengundi masih belum mendaftar sebagai pemilih. Undang-undang di Malaysia menetapkan rakyat yang berumur 21 tahun ke atas layak mengundi dalam pilihan raya. 16.1 juta rakyat Malaysia berusia 21 tahun keatas. Hanya 12.4 juta sahaja yang mendaftar sebagai pengundi. Menurut timbalan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar, dua juta daripada 3.7 juta yang belum mendaftar itu terdiri daripada orang-orang Melayu. Daripada dua juta orang Melayu yang belum mendaftar itu, 60 peratus terdiri daripada golongan yang berumur di bawah 40 tahun, menurut Wan Ahmad. Published with Blogger-droid v2.0.4

Rehat Minda : National Geographic Photo

Image

Jawapan Tun M Mengenai Hukum Hudud

Image
Klik SINI untuk tinggalkan komen dalam blog Tun M.

Jadual Gaji Minimum Maksimum 2012

Image
Intipati ucapan PM semasa perhimpunan khas penjawat awam 8 mac 2012 . Published with Blogger-droid v2.0.4

Keputusan Semakan SBPA: SBPA dibatal! SSM dikekalkan. Kenaikan Gaji 13% Bagi Gred 1-54

Nak citer apa lagi. tajuk dah citer seme dah. hehehe. Hebat sandiwara SBPA ni. Sampai ada yang di'lupus'kan terus. SBPA dlm kenangan!! Kesian kat admin yang bertungkus lumus buat borang ari tu! Published with Blogger-droid v2.0.4

Warded, Admitted, Hospitalized

Image
Alhamdulillah. Segala puji bg Allah, tuhan sekalian alam. Jumaat mlm lepas, Allah menguji aku. Kesakitan yang amat sangat kat tgh2 abdomen dlm perut. Jadinya, terus bergegas ke Hospital Putrajaya. Rupanya something wrong dlm perut aku. To be specified, dan ringkaskas cerita, doktor ckp ada batu karang dlm hempedu. Apa pun, alhamdulillah lg sekali. Sbbnya pada mula doc suspect pankreatitis. Korang google la ek. Bnyak citer penyakit tu. Tp lepas wat ultrasound barulah ketahuan, ada batu karang menginap dalam hempedu. So, doc ckp kene buang batu2 coral tu. tp not now. Alhamdulillah lag sekali doc bagi balik, kene follow up dlm 2 weeks time n confirm th operation date. Sokongan dan doa2 dari wife, family , kawan2 aku dahulukan dgn terima kasih. Allah saje mampu membalas jasa kalian. Kini tgh berusaha dgn perubatan islam. Kita kene ikthiar juga kan. Doakan semoga kesihatan kita semua baik2 hendaknya. Amin Published with Blogger-droid v2.0.4

Tentang Surat

Image
Dari mlm tadi sampai pg ni ramai org ckp tentang surat Tun M pada PM Israel. Ternyata kerajaan begitu komited memberi penerangan tntang isu ni. Jadinya, tentang isu2 lain pun amik la pendekatan yang sama. mudah kan. isu lain tak perlu la aku citer. pasal lembu, felda, lynas dan mcm2 lagi la kan. hehehe. Apa pun isu israel ni takkan habis kat sini. kompem arr. Yang paling penting, selain daripada mentaliti nak carik salah orang jer, tak kisah la kerajaan atau pembangkang. mentaliti nk cari jalan penyelesaian pun kene ada. Nak carik salah senang jer apa! Published with Blogger-droid v2.0.4