Isu KFC- I City Dah Settle
Isu terajang ni dah settle.
So kita tak yah lah nak panjang panjang kan lagi.
kita pun takder kat situ masa kejadian.
kalo ada lain lah citer.
tp kalo ada pun, perlu ke kita nak bukak cite?
camana pun satu yang aku belajar,
Customer is right but NOT always right!!
x percaya? x apa. pasni cuba la try skrip yang sama kat McD plak.
mana tau dapat penampar BigMac ker. hehehehe.
rilek2. lawak jer. emosi lebey2 . x payah baca blog aku.
--------------------------------------------------------
KFC mohon maaf pada mangsa kekasaran di i-City
6:39PM Feb 18, 2012
Pihak pengurusan KFC Malaysia hari ini bertemu dan memohon maaf kepada pelanggan Danny Ng, yang telah dikasari oleh kakitangannya di cawangan i-City di Shah Alam.
Dalam satu kenyataan hari ini, Timbalan Presidennya, Alan Au berkata rangkaian makanan segera itu juga memohon maaf kepada semua pelanggan pada hari kejadian kerana khidmat yang tidak memuaskan oleh kakitangannya dan kesulitan yang dihadapi mereka.
Ng dan keluarganya bertemu dengan pihak pengurusan KFC petang ini dan menerima permohonan maaf tersebut.
Au berkata, pihaknya amat kesal dengan kejadian tersebut dan memberi jaminan bahawa ia berkaitan dengan kualiti perkhidmatan yang diberikan dan bukan kerana apa juga sebab lain.
Comments