Mykad Baru 2012

bila ek kita stat pakai ic? dlm umur 12 tahun kan.
ni nak kongsi sket, stat tahun depan januari, JPN akan keluarkan mykad baru.
katanya lebih canggih la, nak mengelakkan pemalsuan cam gitu la.
ni sedutan drpd portal malaysiakini.

Hishammuddin berkata MyKad baru itu diperbuat daripada bahan "polycarbonate" yang lebih tahan serta mengaplikasikan teknologi turisan laser pada permukaan kad.

Hishammuddin berkata MyKad baru itu juga menggunakan cip baru yang telah diuji ketahanannya di Sirim dan makmal semi-konduktor yang diiktiraf.

"Dengan pengeluaran MyKad baru ini juga, ia akan dapat memudahkan lagi urusan harian orang ramai yang menggunakan MyKad," katanya pada sidang akhbar yang turut dihadiri Ketua Pengarah JPN Datin Jariah Mohd Said.

Beliau berkata pemohon baru akan diberikan MyKad baru mulai tahun depan, manakala pemegang MyKad lama boleh menukar kad lama mereka dengan yang baru.

Beliau berkata usaha pengeluaran MyKad oleh JPN dilakukan secara telus menerusi tender terbuka bagi mendapatkan yang terbaik dengan kos yang paling kompetitif.

Published with Blogger-droid v1.7.4

Comments

Popular posts from this blog

Bila Waktu Mula dan Tamat Solat Sunat Dhuha

Kenapa dan Kesan Hempedu Di Buang - Based on True Story

Masjid Berhampiran Stesen LRT/Monorel