Gaji minimum maid indon- update

Update News BALI 16 Nov. - Selepas tertangguh selama lebih dua tahun, Malaysia dan Indonesia hari ini memuktamadkan memorandum persefahaman (MoU) bagi membolehkanpenghantaransemula pembantu rumah mulai 1 Disember ini. Kedua-dua pihak juga bersetuju dengan beberapa pindaanyang akan menjagakebajikanpembantu rumah dan majikan termasuk potongan gaji olehmajikan, bayarandikenakan olehagensi, kursus dan cuti mingguan. Persetujuan itu dicapai selepas pemimpinkedua-dua negara, DatukSeri NajibTunRazakdan Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono mengadakan mesyuarat dua hala di luar Sidang KemuncakASEAN di sini lewat petang ini. Perdana Menteri ketika mengumumkan demikianberkata,keputusanitujuga membayangkankeikhlasan Presiden Indonesia untuk mencari penyelesaian positif selepasIndonesia membekukan penghantaran pembantu rumah sejak 26 Jun 2009. ‘‘Keputusan ini membayangkan keikhlasan Presiden untuk mencari penyelesaian positif terhadap apa juga masalah demi kepentingan bersama. ‘‘Saya harap berita ini disambut baikdan pelaksanaannya akan berjalanlancar,’’ katanya kepada wartawan Malaysia di sini malam ini. Menurut Perdana Menteri keputusan itu dimuktamadkan selepas sebuah pasukan petugas yang dibentuk oleh kedua-dua negara meneliti beberapa isu dan masalah berkaitan perubahan dalamMoUberkenaan. Katanya, pasukan petugas itu juga akan memantau persetujuan itu dan satu laporanjuga akan dibuat berhubung keputusan berkenaan dalam tempoh tiga bulan ini. Berikutan keputusan itu, dijangkakan 50,000 pembantu rumah bersedia memasuki pasaran Malaysia selewat-lewatnya pertengahan Januari bagi memenuhipermintaanmajikan. Sementara itu, Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S.Subramaniam ketika menjelaskan lebih lanjut mengenai MoU itu berkata, beberapa isu telah dapat diselesaikan. Katanya, kos yang dikenakan olehagensipengambilanpembantu rumahditetapkan sebanyakRM4,511, pembantu rumah juga wajib mengikuti kursus selama 200 jam atau 21 hari yang diuruskan oleh Indonesia. Bagaimanapun ia tidak menetapkan sebarang gaji minimum sebaliknya bergantung kepada kadar pasaran. ‘‘Bayaran gaji juga hendaklah dibuat melalui bank kecuali di kawasan yang jauh atau tidakmempunyai kemudahan tersebut,’’ katanya. Setiap pembantu rumah juga akan diberi cuti satu hari dalam seminggu dan jika dipanggil bekerja pada hari tersebut, majikan perlu membayar mengikut akta yang ditetapkan. Melalui MoU itu juga, majikan tidakboleh lagi menyimpanpasport milikpembantu rumahsebagai menghormati hak yang dimiliki olehpemegang pasport berkenaan. Bagaimanapun, majikan tidak perlu bimbang dengan keputusan itu atau risau pembantu rumah mereka bebas untuk ‘lari’ atau meninggalkan tugas sesuka hati. Ini kerana terdapat peraturan yang mewajibkan agensiyang bertanggungjawab membayar semula segala bayaran yang dikeluarkanolehmajikan sekiranya pembantu rumahlaridalamtempoh enambulan. ‘‘Agensi juga boleh menggantikan pembantu rumahlain,’’ katanya. Mengenai potongan gaji olehmajikan, MoUitumenetapkan hanya terhadkepada RM1,800dan kaedah pemotongan pula hendaklah dalam kadar 50 peratus daripada gaji bulanan. ‘‘Majikan tidak boleh membuat potongan seratus peratus dalam satu masa dan tempoh pemotongan juga boleh dirundingkan oleh kedua-dua belah pihak,’’katanya. -------------------------------------------------------- ni isu hangat dr dl lagi.
Akhirnya 18@19 november 2011, kita bole tau apa kesudahan citer nih.

pertemuan pada 18 dan 19 November itu akan melibatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak; Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono; pegawai kementerian kedua-dua negara dan Pasukan Petugas Bersama (JTC) yang ditubuhkan untuk mengendali urusan pengambilan serta penempatan pembantu rumah.

so kepada mereka yang ada maid sila aware ekk. harap jgn ada isu lain yg timbul plak.
yg pasti mereka pun nak kenaikan gaji lar!!
Published with Blogger-droid v1.7.4

Comments

Popular posts from this blog

Bila Waktu Mula dan Tamat Solat Sunat Dhuha

Kenapa dan Kesan Hempedu Di Buang - Based on True Story

Masjid Berhampiran Stesen LRT/Monorel