Perlu Ujian Kesihatan Kepada ADUN

ADUN Kerdau, Datuk Zaharuddin Abu Kassim daripada Umno meninggal dunia petang tadi.

Allahyarham dikatakan menghembuskan nafas terakhirnya ketika dalam perjalanan ke hospital selepas dilaporkan terjatuh di bilik air rumahnya.
Menurut laporan Bernama, Ketua Polis Daerah Temerloh ACP Mohd Noor Mansor berkata pihak Hospital Sultan Ahmad Shah (HOSHAS) Temerloh mengesahkan Zaharuddin, 63, meninggal dunia
di hospital berkenaan pada jam 7.15 petang.
"Datuk Zaharuddin disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung," katanya ketika dihubungi di Kuantan.
Sejak setahun lalu, Zaharuddin seringkali keluar masuk hospital kerana pelbagai penyakit.

Ni berita kita terima semalam..Al- Fatihah diucapkan kepada Allahyarham..dan Takziah kepada keluarga allahyarham..

Kali ni nak bawak isu berat sket..ajal maut memang ditangan tuhan..sejak kita dalam perut lagi kita ..takdir kita dah ditulis..tp melihat kepada perkembangan politik tanah air sekarang..rasanya..tak keterlaluan untuk kita pastikan yang setiap wakil rakyat yang bertanding perlu mempunyai tahap kesihatan yang baik..malah kalo ada baca dalam Malaysia Kini..ada statistik yang agak membimbangkan..



Tidakkah statistik itu menunjukkan ada penyakit yang sudah sedia ada ketika wakil diputuskan untuk menjadi calon parti politik masing2..Aku melihat secara universal dan tidak tertumpu kepada satu2 parti politik sahaja..

Jadi ..aku rasa pihak yang berkenaan haruslah pandang serius perkara ni..sejajar nak menuju negara maju ni..jgn abaikan kesihatan diri..dan generasi muda perlu mengambil iktibar..kalo ada yang nak pasang angan2 nak jadi wakil rakyat..selain pandai bercakap..mcmana tahap kesihatan anda..nak bg yang terbaik untk rakyat..perlu perispkan diri dari semua aspek..betul tak!?

Comments

THE GREEN said…
salam bro..

btul, ajal tu ditentukan Allah. tp kita selaku manusia pun mmg disuruh beringat. ingat 5 perkara sblm dtg 5 perkara...

Popular posts from this blog

Kenapa dan Kesan Hempedu Di Buang - Based on True Story

Bila Waktu Mula dan Tamat Solat Sunat Dhuha

Masjid Berhampiran Stesen LRT/Monorel