Aku masih tak mampu..........
Minggu lepas aku berhadapan dengan tiga situasi nih dalam LRT dan ERL..
- Seorang wanita yang sedang sarat mengandung masuk dalam LRT..semua orang wat dek jerrk..sorang pun tak bagi peluang / tempat duduk pada wanita itu..
- Seorang wanita yang masuk ke dalam LRT bersama anak kecil nya (mungkin dlm setahun lebey la)..pun sama seperti di atas..takder orang nak bagi tempat duduk kat dia..
- Kali ni warga emas (foreigner) laki bini masuk dalam ERL..pun sama gak..tak der orang nak bagi tempat duduk pada mereka..
Apa persamaan cerita kat atas..mereka-mereka yang dpt duduk ni langsung tak bagi peluang pada mereka yang memerlukan..dan yang paling haru..aku yang berdiri nih hanya mampu melihat..AKU MASIH TAK MAMPU NAK MENEGUR ..patut ke aku cakap..'err.Maaf...Encik/Tuan bole bagi tempat duduk kat dia ni tak?'..kang tiba2 orang yang duduk tu bidas aku balik..'eh..u ingat saya ni saje duduk ker..saya ade kanser usus tau..kalo berdiri boleh pengsan woo..usus bole terkeluar woo'..haa..kan haru biru tu..
So moral of the story..pakat2 la renung diri sendiri..aku rasa tak nye patah kaki kalo berdiri sekejap..berbanding mereka yang mengandung, bawak anak kecil atau warga emas ni....kesian kat diaorang ni..
Walaupun aku pernah kupas apa taktik mereka untuk terus duduk kat sini, dah sampai masanya kena ada penambahbaikkan drpd syarikat ERL n LRT ni..Aku cadangkan, buat saje pengumuman dalm ERL n LRT tu cakap 'SILA BAGI TEMPAT DUDUK KEPADA MEREKA YANG MEMERLUKAN'..buat la dalam byk bahasa sket BI, TAMIL , MANDARIN ..ye la..kan 1 Malaysia.pastu ulang berkali kali la kann...so barulah mereka yang duduk sedar sket kot..yang dia tu patut duduk atau berdiri..Amacam?
Comments
sy cadangkan lrt tu buat 1 tempat khas utk OKU (pregnant lady, mom with kids, org2 tua).
kadang saya naik komuter pon salu nampak senario mcm ni.. ada tu anak siap tertido2 sambil berdiri... sian kan? mmg rakyat malaysia skang ni pentingkan diri seniri... haishhh!
ada sorg pompuan mengandung masuk LRT... aku yg tgh berdiri tgk reaksi org2 yg duduk dlm gerabak... sumenya takmo kasi tempat duduk kat pompuan tu... last2 aku tegur sorg mamat yg tgh berbual dgn kawan dia, aku mintak dia bagi pompuan tu duduk dgn bahasa yg elok... nasib baik mamat tu bangun dan bagi tempat duduk kat pompuan tu.
adakalanya kita kena berani kerana sesuatu yg benar... bukankah ini jihad seharian kita?