Rakyat Malaysia kurang peka proses demokrasi pilih kerajaan

KIRA-KIRA 27.8 peratus atau 4,306,203 rakyat yang layak mengundi belum mendaftarkan sebagai pengundi. Mengikut statistik terkini, 15,470,032 rakyat Malaysia berumur 21 tahun ke atas dan mereka layak mengundi. Hanya 11,163,409 orang yang menunaikan tanggungjawab mendaftar sebagai pemilih sah, demikian antara fakta dikemukakan seorang ahli Yang Berhormat ketika sidang Dewan Rakyat kelmarin. Ternyata statistik ini perlu diambil perhatian serius semua pihak. Ia juga secara tidak langsung menggambarkan hampir 30 peratus rakyat Malaysia bersikap tidak ambil peduli dalam melaksanakan proses demokrasi untuk memilih kerajaan.
Dari satu sudut, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sudah mencuba sebaik mungkin menggalakkan rakyat mendaftarkan sebagai pemilih. Ini dapat dilihat dengan kewujudan pusat pendaftaran di seluruh negara, malah di Pejabat Pos terpilih pun kita berpeluang mendaftar sebagai pemilih.
Kesedaran mendaftar sebagai pemilih harus datang dalam diri sendiri sebagai tanda menunai kewajipan terhadap negara. Cadangan mendaftarkan pemilih secara automatik juga memerlukan kajian terperinci berbanding pelaksanaan pendaftaran secara online yang masih memerlukan individu mengisi maklumat peribadi di internet. Dengan cara ini, SPR masih boleh menyemak dengan teliti maklumat yang diberikan. SPR boleh bekerjasama dengan Jabatan Pendaftaran Negara bagi memastikan tiada masalah berkaitan timbul apabila pendaftaran secara dalam talian dibuat. Dalam menuju status negara maju menjelang 2020, agak mendukacitakan jika masih ada rakyat yang layak mengundi tetapi belum mendaftar sebagai pemilih. Dengan kemudahan disediakan ditambah segala inisiatif yang akan diambil SPR, alasan enggan mendaftar tidak lagi relevan. Dalam memastikan sistem demokrasi terus subur di bumi Malaysia ini, semua pihak harus memainkan peranan masing-masing bagi memastikan tiada individu yang tertinggal dalam menunaikan kewajipan terhadap negara.

Comments

Hazrul D. Nizam said…
Bro, skrg dah moden aku rasa dah wajib pendaftaran automatik dah. Senang untuk bakal pengundi. SPR pun tak payah belanja beratus ribu nak set up booth pendaftaran pengundi campur lagi nak buat iklan merata-rata. Itu semua kos. Lagipun SPR memang terkenal lembab. Bini aku dah register tahun 2008 sampai skrg tak dapat surat. Berapa kali telefon pun tak ada update lagi. Kalau automatik kan senang. Sapa nak tukar maklumat boleh buat 2-3 bulan sebelum pilihanraya. Semua computerised, apa yang nak pening.

Yang lebih penting aku rasa ramai orang tak peduli sangat pasal pilihanraya sebab parti-parti yg bertanding semuanya bengong. 2 kali 5. So why bother? Pendapat je la..tak tau betul tak betul.
Ezzu Raza said…
setuju gak bro..pendaftaran automatik ni mmg dah perlu..tp aku rasa pendaftaran automatik ni aku ada wujud puak2 yang mengambil kesempatan atas "kecerdikan" bidang IT mereka..so..pendaftaran secara online ni membataskan sket la dari puak2 ni ambil kesempatan menangguk di ayer yang keroh..
pasal parti2 yang bertanding tu aku sokong 100%..hehehe..tp untuk menampakkan demokrasi yang diagungkan ni..maka terpaksa la bro..by the way ,,thank for the comment..
lagi satu aku dalam prose belajar menulis..berita harian lebih suka edit or betulkan penulisan aku compare ngan utusan malaysia..so aku bole belajar penulisan akhbar yang betui..hikhik..hantar pendapat kat paper..tak dapat apa2 pun..suka2 jer..
Hazrul said…
takpe bro..slow2..tak kongsi pendapat bila nak maju..nanti boleh ko jadi kolumnis lak..hehe

Popular posts from this blog

Bila Waktu Mula dan Tamat Solat Sunat Dhuha

Kenapa dan Kesan Hempedu Di Buang - Based on True Story

Masjid Berhampiran Stesen LRT/Monorel