Keli..oh ..Keli..

Pagi tadi aku dapat email dari seorang office mate..pasal ikan keli rupa nya..

Perbezaan ikan keli memakan bahan haram dan halal

Haram (Ikan yang diternak orang bukan Melayu diberi makan perut ayam, bahan buangan, bangkai dan organ dalaman babi. Semua benda itu tidak halal untuk umat Islam)
· Kepala berbentuk 'V'
· Bentuk badan mirip torpedo
· Badan berwarna hitam berkilat
· Bahagian bawah badan berwarna putih melepak
· Bahagian antara bawah kepala dan badan berwarna kuning
· Apabila digoreng akan meletup kerana banyak lemak


Halal (diberi makan palet halal iaitu campuran beras hancur, tepung ikan, kepala ikan bilis, minyak sawit, bahan buangan kelapa sawit, kiambang dan vitamin)
· Kepala berbentuk 'U'
· Bentuk badan tirus
· Berwarna hitam kelabu dan tidak berkilat
· Bahagian bawah badan berwarna putih kelabu
· Tiada warna kuning kelihatan di bahagian antara bawah kepala dan badan
· Digoreng tidak meletup


Komen aku..
1.Agak sukar la nak membandingkan dari segi rupa bentuk badan si ikan itu..
2.Goreng tak meletup..terlalu subjektif..

so..sebenarnya.. pada aku;
1.Yakin pada tempat yang kita g beli tu .. jgn ada was-was..kalo ada was-was tanya la pada si penjual tu..source ikan dari mana..
2.Kalo still tak yakin..pegi kat pembekal..tak salah aku dah ramai usahawan melayu wat bisnes ni..insyaAllah..niat baik..nak duit halal..ikan tu pun diberi makanan halal..

wallahualam..

Comments

Popular posts from this blog

Bila Waktu Mula dan Tamat Solat Sunat Dhuha

Kenapa dan Kesan Hempedu Di Buang - Based on True Story

Masjid Berhampiran Stesen LRT/Monorel