Pendekatan Jurulatih Sebagai Pengurus Pasukan Bola Sepak.
Persada bola sepak tanah air tidak pernah lari daripada krisis dan kemelut baik di peringkat nasional mahupun di peringkat negeri.Dari segi sejarah, bola sepak negara kita telah mula berkembang dari Liga semi-pro hinggalah sekarang dikenali sebagai Liga Super.Saya adalah jutaan peminat yang mengikuti zaman kegemilangan Dollah Salleh , Zainal Abidin Hassan kemudian diikuti Subadron Aziz, Azman Adnan dan Matlan Marjan.Nama-nama ini sebenarnya tidak asing lagi di era 80an dan 90an yang mana jika soalan siapa mereka diajukan kepada murid sekolah rendah pada ketika itu pun, mereka tahu siapa mereka dan apa posisi mereka.
Saya tidak menafikan, dalam memajukan institusi sebegini selalunya mudah dipengaruhi oleh pelbagai faktor luar.Masalah pengurusan baik dari segi kewangan, pentadbiran sering kali menjadi onak duri dalam memajukan sesuatu pasukan.Namun saya sedikit berasa hairan, kita sering bermegah-megah dengan Liga Perdana Inggeris (EPL) tapi tidak ada satu perkara pun kita cuba belajar dari apa yang mereka lakukan.Selain daripada suntikan kewangan yang lumayan, saya merasakan ada lagi faktor lain yang membolehkan mereka berjaya memajukan bola sepak mereka.
Saya melihat pendekatan jurulatih sebagai pengurus pasukan boleh diguna pakai untuk memajukan bola sepak negara kita.Saya tidak menidakkan kemampuan pengurus pasukan yang sedia ada sekarang.Mereka juga bertungkus lumus memastikan kejayaan pasukan mereka.
Namun di satu aspek, pendekatan jurulatih sebagai pengurus pasukan tidakkah akan memudahkan lagi pengurusan yang sedia ada.Selain daripada jurulatih adalah “key-person” dalam pembentukkan sesuatu skuad, mereka juga adalah orang yang paling rapat dengan pemain.Jurulatih juga lebih mudah mengetahui apa masalah yang pemain hadapi kerana komunikasi dua hala yang sudah terbentuk sewaktu di padang berbanding pengurus pasukan.
Kita juga sedia maklum, sesetengah pasukan mempunyai pengurus pasukan yang sudah pun mempunyai tanggungjawab lain yang lebih besar.Saya juga tidak menafikan pembabitan mereka yang berprofil tinggi ini tidak lain tidak bukan adalah untuk memudahkan lagi proses mengutarakan sesuatu isu keperingkat atasan kerana pengaruh yang sedia ada dalam diri mereka.Pengaruh juga aspek yang penting, namun FAM haruslah mengkaji dengan lebih mendalam adakah ini yang kita mahu.Saya berpendapat sudah sampai masanya kita berfikir di luar kotak kebiasaan dan terus terbelengu dengan cara yang lama.
Pendekatan seperti ini juga dapat mewujudkan sesuana yang kompetitif setiap pasukan.Selain daripada hanya melatih, mereka juga harus diberi peluang mengurus pasukan mereka.Tidakkah ini adalah salah satu resepi kejayaan kelab-kelab terkemuka EPL yang kita agung-agungkan.
Selain daripada itu, faktor ketidak sefahaman juga dapat dielakkan.Bukannya sekali dua kita melihat pengurus yang tidak “sebulu” dengan jurulatih dalam kancah bola sepak Malaysia.Selalunya yang menjadi mangsa adalah pemain dan penyokong sendiri.Pergolakan dua jawatan utama ini selalunya akan menjadi punca kejatuhan sesuatu pasukan.
Perlantikan jurulatih sebagai pengurus pasukan juga akan meningkatkan tahap motivasi mereka.Jika dikaji dengan teliti, ada banyak perkara yang mungkin ingin diutarakan jurulatih untuk memajukan sesebuah pasukan.Namun dek kerana kuasa atau skop kerja yang terhad maka usaha mereka ini terbatas.Tidakkah kita merasa jurulatih dari negara luar mahupun kelab-kelab (EPL) mampu mengetengahkan pelbagai cadangan demi kebaikan pasukan mereka? Ini kerana mereka bukan sahaja jurulatih, malah juga pengurus yang bertangungjawab sepenuhnya terhadap skuad pimpinannya.
Saya amat berharap FAM dapat mengkaji dengan lebih teliti perkara-perkara sebegini.Kepada penyokong-penyokong fanatik kelab-kelab (EPL), cadangan dan idea anda amat diperlukan.Saya berpendapat FAM akan menerima segala bentuk cadangan dengan hati terbuka untuk difikirkan.Jangan asyik salahkan FAM sahaja.Apa pula sumbangan kita terhadap pembangunan bola sepak negara?

Comments