Posts

Showing posts from November, 2009

Bandar Tasik Selatan Perlu Bersedia Menjelang 2010

Image
Saya adalah antara jutaan pengguna harian Express Rail Link (ERL) dan Light Rail Transit (LRT) di Bandar Tasik Selatan.Saya cukup teruja dengan kemajuan projek terminal bas bersebelah stesen (Express Rail Link) ERL dan menjangkakan projek ini mampu untuk disiapkan dalam masa yang telah dijadualkan.Setelah pengumuman mengenainya telah dibuat oleh Datuk Seri Nazri Abdul Aziz pada Mei lalu, ternyata dari segi mata kasar saya, terminal akan mampu beroperasi pada tahun 2010 seperti yang dijanjikan. Namun apa yang sedikit merisaukan saya ialah, persediaan pengangkutan awam lain yang sedia ada di Bandar Tasik Selatan. Pihak pengurusan Light Rail Transit (LRT), Express Rail Link (ERL) dan KTM Komuter perlu mengambil langkah pro-aktif bagi menampung kapasiti penambahan hampir 100,000 pengguna apabila Terminal Bas ini beroperasi nanti. Ternyata persediaan dan perancangan yang rapi dan juga teratur perlulah dibuat dari awal lagi.Perlu diingat, langkah ini diambil oleh kerajaan pusat bagi mengelak...

Pendekatan Jurulatih Sebagai Pengurus Pasukan Bola Sepak.

Image
Persada bola sepak tanah air tidak pernah lari daripada krisis dan kemelut baik di peringkat nasional mahupun di peringkat negeri.Dari segi sejarah, bola sepak negara kita telah mula berkembang dari Liga semi-pro hinggalah sekarang dikenali sebagai Liga Super.Saya adalah jutaan peminat yang mengikuti zaman kegemilangan Dollah Salleh , Zainal Abidin Hassan kemudian diikuti Subadron Aziz, Azman Adnan dan Matlan Marjan.Nama-nama ini sebenarnya tidak asing lagi di era 80an dan 90an yang mana jika soalan siapa mereka diajukan kepada murid sekolah rendah pada ketika itu pun, mereka tahu siapa mereka dan apa posisi mereka. Saya tidak menafikan, dalam memajukan institusi sebegini selalunya mudah dipengaruhi oleh pelbagai faktor luar.Masalah pengurusan baik dari segi kewangan, pentadbiran sering kali menjadi onak duri dalam memajukan sesuatu pasukan.Namun saya sedikit berasa hairan, kita sering bermegah-megah dengan Liga Perdana Inggeris (EPL) tapi tidak ada satu perkara pun kita cuba belajar d...

Kemelut MCA Jangan Dipanjangkan.

Sejak kemorosotan majoriti undi kepada parti BN pada PRU yang lalu ternyata senario politik kita berubah ke fasa yang baru.Jika dahulu rata-rata rakyat tidak ambil peduli siapa wakil rakyat mereka, kini bukan sahaja siapa mereka malah siapa lawan mereka juga kita selidiki.Itulah Malaysia, negara yang mempunyai rakyat yang semakin matang dari tahun ke tahun semenjak kita melaungkan Merdeka! pada tahun 1957. Angin perubahan yang dilaungkan oleh UMNO pada persidangan mereka Oktober lepas tampak kesannya ke seluruh pelusuk negara.Bukan sahaja semangat perubahan ini dihidang di dada akhbar berbahasa melayu, malah menarik minat editor akhbar-akhbar nasional bahasa lain.Masyarakat melayu khususnya mula menaruh keyakinan terhadap kepimpinan Datuk Sri Najib Tun Razak.Semangat seperti ini juga harus ditelusuri oleh parti kompenen BN yang lain. Kemelut MCA khususnya harus diperbetulkan dengan segera.Bermula dari EGM hingga ke pemecatan beberapa ahli majlis tertinggi baru-baru ini menimbulkan ...