Klik Klik

Wednesday, September 12, 2012

Asal Usul Sang Saka

Sumber: Ruangan Kolum MKini.

Apa sebenarnya sejarah Sang Saka ini? Bendera ini dikatakan muncul seawal zaman Langkasuka. Seawal zaman Srivijaya. Seawal zaman Majapahit dan Mataram. Warna merah puteh ini adalah motif Nusantara. Motif alam Melayu. Merah adalah darah rakyat. Putih ialah kesucian hati rakyat.

Sayugia diingatkan di sini - bendera Sang Saka Tanah Melayu ini memiliki sejarah yang gilang gemilang. Sang Saka ini bukan diciplak dari bendera Amerika. Sang Saka lahir dari bumi Melayu - lahir dari bumi Nusantara.

Bendera ini telah dibawa ke persidangan Afro-Asia di New Delhli pada tahun 1947. Bendera ini adala payung untuk para nasionalis Melayu sama ada dari Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), Kesatuan Melayu Muda, API atau AWAS.

Pada perjumpaan semua pertubuhan Melayu pada tahun 1946 di Ipoh - Sang Saka telah dicadangan untuk menjadi bendera rasmi United Malays National Organisation. Ia diterima tetapi keris dan warna kuning telah dimasukan ke dalam motif Sang Saka. Ini telah dibantah oleh PKMM - yang dipimpin oleh Pak Sako dan Ahmad Boestamam. Mereka yang anti-Britsih dan anti feudal telah meninggalkan dewan. Kuning/keris secara semiotik dibaca sebagai nahu feudal dalam gerakan nasionalisme Melayu.

Mereka yang membantah simbol ini telah meneruskan perjuangan dan tidak bersama United Malays National Organisation. Akhirnya mereka menjadi mangsa British - ditangkap dan dibunuh -apabila British mengistiharkan darurat pada 20 Jun 1948.

Justeru adalah satu kebebalan jika menuduh Sang Saka berasal dari China, dari Singapura, atau meniru bendera Indonesia. Sang Saka ini telah wujud dalam kesedaran nasional berpuluh tahun dahulu. Ia telah cuba dilupuskan dari ingatan bersama.

1 comment:

Durio Zibethinus said...

WORDDDDDDDDDD!!!! Cadangkan kepada yang nak membuat andaian andaian yang membebalkan diri sendiri tu agar membuat "kerja rumah" sebelum menuduh yang bukan bukan!!! Nice entry bro!! Kudos

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...