Jawapan KKR Untuk Jurutera CFS


Jurutera kontrak perlu mohon untuk diserap ke jawatan tetap


KEMENTERIAN Kerja Raya (KKR) merujuk kepada surat bertajuk Jurutera Kontrak Lama Berkhidmat Mohon Diserap ke Jawatan Tetap yang disiarkan dalam ruangan ini pada 15 Mei 2012.

Untuk makluman, pelantikan Jurutera Gred J41 secara Contract For Service (CFS) merupakan satu inisiatif yang dilaksanakan oleh kerajaan dalam membantu pelaksanaan projek di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).

Pelantikan pegawai CFS telah dilaksanakan secara berperingkat dan dibayar atas konsep pembelian perkhidmatan di mana bayaran ditetapkan terhad kepada gaji, imbuhan tetap khidmat awam dan imbuhan tetap perumahan berdasarkan gred jawatan pegawai tersebut.

Pegawai CFS juga layak mendapat bayaran dan kemudahan ketika menjalankan tugas rasmi seperti yang telah ditetapkan dalam perjanjian dan lain-lain kemudahan yang diluluskan dari semasa ke semasa.

Berdasarkan konsep pembelian perkhidmatan tersebut, emolumen dan kemudahan yang diperoleh pegawai CFS adalah tidak sama dengan emolumen dan kemudahan yang diterima oleh pegawai lantikan tetap lain.

Bagi isu yang dibangkitkan mengenai urusan pelantikan ke jawatan tetap di dalam perkhidmatan awam ia tertakluk di bawah bidang kuasa Pihak Berkuasa Melantik (PBM) yang berkenaan. Oleh itu, pegawai perlu membuat permohonan dan menjalani proses tapisan yang ditetapkan untuk dilantik ke jawatan tetap tertakluk kepada kekosongan jawatan.

Pada masa ini, terdapat 244 kekosongan jawatan tetap gred J41 pelbagai disiplin di Kementerian Kerja Raya (KKR) dan Jabatan Kerja Raya (JKR). Menyedari akan kepentingan serta sumbangan pegawai CFS ini dalam membantu kerajaan dari aspek pengurusan projek, KKR dan JKR telah beberapa kali mengemukakan maklumat mengenai 340 pegawai CFS yang masih berkhidmat untuk diberi pertimbangan oleh PBM yang berkenaan termasuk yang terkini dihantar pada 21 Mac 2012.

Sumber : Ruangan Forum Utusan Malaysia




Comments

Popular posts from this blog

Kenapa dan Kesan Hempedu Di Buang - Based on True Story

Bila Waktu Mula dan Tamat Solat Sunat Dhuha

Masjid Berhampiran Stesen LRT/Monorel