Klik Klik

Friday, June 15, 2012

Apa itu 'Bokeh'?

BAGI peminat fotografi yang sudah lama berkecimpung dalam hobi ini, perkataan bokeh seakan-akan satu perkara asing bagi mereka. Ini disebabkan bokeh yang berasal daripada perkataan Jepun, 'boke', yang bermaksud kabur atau jerebu kini diadaptasikan dalam elemen fotografi yang bermaksud nilai estetika kawasan kabur dan mula digunakan oleh peminat fotografi masakini.

Bokeh mula diperkenalkan pada tahun 1997 melalui majalah Photo Techniques oleh editornya pada ketika itu, Mike Johnston.

Namun, bokeh bukanlah hanya teknik fotografi yang mengaburkan bahagian latar belakang sahaja tetapi ia lebih kepada nilai atau suasana menarik di bahagian latar belakang.

Sebagai contoh, rakaman dilakukan dengan subjek berlatar belakangkan pancaran cahaya dari kejauhan atau kilauan matahari yang melalui celah-celah dedaunan.

Ini akan menghasilkan satu bentuk cahaya yang bulat dan menghasilkan efek yang menarik.

Untuk mendapatkan efek ini, lensa utama atau prime lens sering digunakan termasuk lensa yang mempunyai jarak fokus yang panjang.

Selain itu, bukaan (aperture) perlulah dibuka habis sebagai contoh lensa yang mempunyai bukaan terbesar f/1.8. Namun bokeh boleh terjadi dengan bukaan f/5.6 juga bergantung kepada kedudukan subjek dengan lensa dan juga keadaan latar belakang.

Apa kata, pembaca cuba rakamkan gambar yang mempunyai efek bokeh.

Gunakan bukaan paling besar yang ada pada lensa anda. Rapatkan subjek dan cari latar belakang yang bercahaya atau berlampu untuk mendapatkan efek menarik.

Anda boleh menggunakan tetapan 'A' atau 'Av' pada kamera dan biarkan pengatup (shutter) ditentukan. Bagi mereka yang menggunakan tetapan manual, buka bukaan paling besar dan tentukan pengatup mengikut keadaan cahaya.

Sumber: Utusan Online

Published with Blogger-droid v2.0.4

1 comment:

-gedek! said...

ok, baru lepas gugel contoh bokeh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...